PSB ADAKAN SIARAN FB LIVE “GET TO KNOW OUR LIBRARY : SERVICES AND FACILITIES”

PSB Online – Satu siaran Facebook (FB) Live telah berjaya diadakan pada 7 Disember 2021. Taklimat secara siaran langsung ini telah disampaikan oleh Cik Mazyana Hashim, Pustakawan dari Bahagian Perkhidmatan Pengguna, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

Ianya adalah di bawah projek ‘User Engagement Programme’ yang melibatkan seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Ahmad Azizi Mohd Kasri yang kini berkhidmat bersama PSB untuk membantu dalam mempromosikan servis dan pekhidmatan perpustakaan menerusi platform media sosial.

Taklimat bertajuk “Get to Know Our Library: Services and Facilities” ini adalah aktiviti kedua di bawah program ini dan ianya telah berjaya diadakan dengan kerjasama beberapa unit dalaman PSB. Taklimat ini telah berlangsung selama satu jam bermula pukul 2.30 petang. Antara intipati utama adalah mengenai laman sesawang perpustakaan, koleksi perpustakaan serta servis dan perkhidmatan yang ditawarkan di PSB. Sepanjang berlangsungnya taklimat ini, persoalan daripada pengguna menerusi ruangan komen telah dikendalikan oleh Pn. Fadzilah Hussin, Pustakawan dari Bahagian Perkhidmatan Pengguna.

Peserta yang menyertai taklimat ini telah diberi mata merit dan sijil digital.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Noraini Alias