PSB ANJUR BENGKEL PEMANTAPAN PERKHIDMATAN SIRKULASI

PSB Online  –  Terdahulu, Sirkulasi dan Perkhidmatan Pembaca adalah sebuah unit di bawah seliaan Bahagian Perkhidmatan Pengguna Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dan lebih berfungsi kepada penyampaian perkhidmatan berorientasikan servis kaunter dan pelanggan. Namun, selepas penstrukturan semula PSB pada April 2020 yang lalu, Unit ini  telah bertukar nama kepada Unit Perkhidmatan Pelanggan. Unit ini diketuai oleh seorang Pustakawan Kanan dan mempunyai seramai 17 orang kakitangan sokongan yang lain.

Pada 04 Mac 2021, satu bengkel Pemantapan Perkhidmatan Sirkulasi telah diadakan menerusi atas talian Webex untuk tujuan refresh dan kemaskini kepada semua peserta tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang masih dibawah kawalan dan seliaan Unit ini. Bengkel ini telah dianjur oleh Unit Latihan dan Kualiti PSB dengan objektif supaya peserta mengambil maklum dan cakna akan perubahan operasi setelah penyusunan semula  struktur organisasi demi memperkukuhkan lagi penyampaian perhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

Bengkel ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan dikendalikan oleh Puan Asmaniza Mansor,  Pustakawan Kanan  merangkap Ketua Unit Perkhidmatan Pelanggan PSB. Antara kandungan bengkel yang dikupas oleh Puan Asmaniza adalah mengenai sejarah perkhidmatan  Sirkulasi dan Perkhidmatan Pembaca, norma baharu ketika musim pandemik  dan mendepani  cabaran masa depan.

Menurut Puan Asmaniza “beroperasi di bawah struktur baharu, terdapat 6 proses kerja yang sebelum ini dibawah  tanggungjawab Unit kami, telah dipindahkan kepada Unit Pengurusan Koleksi,  Bahagian Sumber Ilmu PSB. Antara proses kerja itu adalah susunan buku, aduan buku tak dapat dikesan , penerimaan buku – buku baharu, kutipan pemulangan buku secara  online dan offline,  pameran buku baharu dan penjilidan bahan rosak. Saya harap semua staf PSB terutama  para petugas kaunter mengambil maklum akan perubahan ini.” Seterusnya Puan Asmaniza juga berkongsi tentang  norma baharu COVID -19  terutama tentang prosedur operasi standard (SOP) yang perlu semua pelanggan PSB patuhi sekiranya ingin memasuki PSB.

Di penghujung bengkel ini, Puan Asmaniza berkongsi tentang cabaran semasa yang wujud iaitu mengenai kekurangan pengunjung yang hadir dan menggunakan perkhidmatan perpustakaan akademik seperti PSB terutama di musim COVID-19 ini. Beliau menyeru semua peserta untuk turut sama-sama merenungi bagaimana untuk mengatasi masalah ini supaya PSB kekal relevan serta dapat menarik minat dan selera trend pelajar masa kini agar hadir dan memeriahkan perpustakaan.

Bengkel ini telah berakhir pada pukul 10.15 pagi.

 

Disediakan dan gambar oleh : Azniza Binti  Ahmad