PSB DIKUNJUNGI OLEH POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN

Perpustakaan Sultanah Bahiyah telah menerima kunjungan daripada pelajar Diploma Pengajian Perniagaan Semester 6C, Politeknik Kota Baru, Kelantan pada 28 Januari 2016. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi Kursus Operation Management untuk memenuhi keperluan interaksi dengan industri. Selain itu, mereka turut berpeluang untuk melihat dan merasai persekitaran Perpustakaan Universiti Utara Malaysia secara umumnya.

Lawatan ini diketuai Cik Umi Assalihat Abd Salleh disertai bersama 33 orang pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring yang ingin mendapat pendedahan mengenai maklumat bahan-bahan yang ada di dalam Perpustakaan. Mereka juga amat teruja dengan koleksi bahan-bahan yang terdapat di sini dan membuatkan mereka ingin melanjutkan pelajaran di UUM pada suatu hari nanti.

Akhir sekali mereka dibawa melawat ke kaunter utama, koleksi dan kemudahan yang disediakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai pengurusan perpustakaan PSB yang berbeza dengan perpustakaan mereka.

Disediakan oleh : Ku Azmi Bin Ku Ibrahim | Gambar oleh : Mohd Fuzi Bin Ismail