25 Julai 2019 – Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan (BAKAL), Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), telah menganjurkan satu aktiviti zumba bertempat di foyer auditorium 2, Bangunan Tambahan PSB.
Aktiviti yang diberi nama ‘Ladies Zumba’ ini adalah atas permintaan ramai kaum hawa di PSB yang menginginkan gaya hidup yang sihat dan cergas.
Penganjuran aktiviti ini juga telah mendapat kelulusan Ketua Pustakawan sendiri dan ianya haruslah diadakan mengikut waktu tertentu sahaja dan tidak menjejaskan tugas hakiki masing-masing.
‘Ladies Zumba’ Siri 1 ini telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi. Sambutan yang menggalakkan juga diterima daripada kaum hawa di mana seramai 39 orang telah menyertai aktiviti ini. Semoga penganjuran aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
Disediakan oleh: Noraini Alias
Gambar oleh: Mazyana Hashim