Kejayaan menganjurkan ‘Ladies Zumba’ Siri 1 dengan penyertaan yang menggalakkan, Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan (BAKAL), Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), telah meneruskan aktiviti ini dengan Siri yang kedua pada 8 Ogos 2019 yang lalu.
Bertempat di Foyer Auditorium 2, Bangunan Tambahan PSB, aktiviti ini telah diadakan selama 1 jam bermula pada jam 8.30 pagi. Semoga dengan penganjuran aktiviti seperti ini, ianya dapat melahirkan warga PSB yang sihat dan cergas setiap masa.
Disediakan oleh: Noraini Alias