PSB TERIMA LAWATAN 5S DARI JABATAN PENDAFTAR

Seramai 20 orang warga kerja dari Jabatan Pendaftar mengadakan lawatan penandaarasan amalan kualiti 5S ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada 12 Mei 2016 yang lalu. Rombongan yang diketuai oleh Encik Muhamad Nazir Hamzah, Pengerusi  5S Jabatan Pendaftar  tiba seawal jam 9.30 pagi dan disambut mesra oleh semua Ahli Jawatankuasa 5S PSB.

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa 5S, Tuan Haji Abu Hassan Ghazali dan disusuli dengan sesi soal jawab dan perbincangan ringkas. Di antara perkara-perkara yang dikongsikan oleh PSB adalah sejarah amalan 5S jabatan, aktiviti-aktiviti 5S yang telah dijalankan, peranan jawatankuasa kecil 5S seperti latihan, promosi dan audit serta kriteria audit dalaman 5S jabatan.

Rombongan turut dibawa melawat ke beberapa zon sekitar PSB untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti-aktiviti dan perlaksanaan amalan 5S di PSB. Lawatan ini berakhir sekitar jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh: Isanuddin Bidin
Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail