SCAVENGER HUNT DI PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH

PSB Online-Pada Selasa 23 Januari 2024, telah berlangsung acara tahunan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) Scavenger Hunt. Menurut Ketua Jawatankuasa Aktiviti Scavenger Hunt, Pustakawan Puan Fadzilah Hussin, Program Scavenger Hunt bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mempelajari fakta-fakta, sejarah, dan maklumat tentang UUM dan PSB secara interaktif dan menyeronokkan. Peserta perlu mencari petunjuk, menjawab soalan, dan menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint dalam perpustakaan. Pemburuan maklumat hanya boleh diteruskan apabila tugasan-tugasan di setiap checkpoint berjaya diselesaikan.

Peserta seramai 130 orang merupakan  wakil  dari Inapan Siswa (INASIS),  Kelab/Persatuan Pelajar, dan juga Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UUM). Program Scavenger Hunt juga diadakan bersempena Program Sambutan 40 Tahun UUM ini merupakan salah satu aktiviti Program Kempen Kesedaran Maklumat yang berlangsung selama 14 Januari 2024- 23 Januari 2024.

 

Aktiviti ini telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan, Profesor Dr. Che Azlan Taib. Dalam ucapan beliau berharap semua peserta dapat menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan pusat pengajian tentang perkhidmatan koleksi dan kemudahan yang disediakan oleh PSB. Beliau menekankan bahawa semua warga kerja PSB sentiasa bersedia menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pengguna. Semua peserta perlu menjadikan berbagai format koleksi PSB sama ada elektronik atau bercetak sebagai sumber bahan-bahan rujukan yang boleh membawa mereka kepada pencapaian yang cemerlang dalam pembelajaran mereka. Melalui aktiviti sebegini, kemahiran pencarian dan pengesanan maklumat dapat ditingkatkan. Diharapkan juga selepas mengadakan berbagai aktiviti bersama pelajar, 50 peratus (%) kehadiran pengguna ke PSB dapat ditingkatkan bagi tahun 2024.

-Tamat-

Hasma Harun

Gambar: Syed Muhammad Amirul Ashraf Bin Syed Ismail.