Satu sesi perkongsian ilmu siri kedua telah diadakan di Auditorium 1, Bangunan Utama, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada 31 September 2019 yang lepas.
Sesi ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada semua Pustakawan PSB berkongsi maklumat-maklumat terkini di samping menarik minat mereka dalam mendalami ilmu yang dikongsikan agar dapat dipraktikkan ke dalam pekerjaan seharian mereka.
Customer Experience atau CX adalah topik perkongsian pada kali ini. Ianya telah disampaikan oleh Cik Hanie Azyyati Abd Jamil dari Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat. Menurut beliau, topik ini dipilih kerana ianya amat bertepatan dengan kewujudan PSB yang menawarkan servis kepada pengguna. CX boleh didefinisikan sebagai bagaimana cara seseorang merasakan ketika menggunakan sebuah produk, sistem, atau jasa. Ianya amat penting kerana setiap servis yang diberi atau digunakan akan melahirkan CX dan tahap kepuasan yang tinggi adalah tergantung kepada proses ketika servis tersebut diberi atau diterima.
Selain itu juga, perkongsian ilmu mengenai ‘Online Database Subscription Effectiveness’ telah disampaikan oleh Pn. Hasma Harun daripada Bahagian Siri. Beliau menyentuh mengenai ‘Return on Investment’ dan Value on Investment’ bagi setiap langganan pangkalan data tersebut.
Sesi ini telah tamat sekitar jam 4.30 petang.
Disediakan dan gambar oleh: Noraini Alias