Sudut Sasterawan Negara

Latar Belakang Projek

Cadangan untuk mewujudkan Sudut Sasterawan ini adalah inisiatif untuk menyahut seruan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk memartabatkan dan mengetengahkan karya-karya tokoh sasterawan negara agar dapat meningkatkan kesedaran dan memupuk minat warga kampus terutamanya mahasiswa dalam bidang kesusasteraan selain untuk melahirkan mahasiswa yang bersahsiah unggul.

Terdahulu, memetik sumber Berita Harian Online bertarikh 30 Mei 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyatakan kebimbangan beliau dengan sikap pelajar dan penuntut universiti yang tidak berminat dan tiada kecenderungan mendalami sastera, bahasa dan budaya terutama karya tokoh tempatan. Bersandarkan kenyataan tersebut, langkah memperkenalkan Sasterawan Negara di universiti merupakan salah satu inisiatif awal bagi menyuburkan rasa cinta kepada sastera tempatan terutama di kalangan mahasiswa universiti.

Melalui Sudut Sasterawan ini juga, ianya dijangka dapat memperkenalkan karya serta pemikiran para Sasterawan Negara melalui pelbagai pendekatan dan platform. Selain itu juga, pemerkasaan karya sastera dalam membentuk keperibadian pelajar merupakan suatu keperluan kerana karya sastera mampu berfungsi dengan baik sebagai wadah yang melahirkan generasi mahasiswa yang cemerlang. Usaha ini juga dilihat mampu meningkatkan penghayatan warga kampus terhadap karya sastera tanah air dan nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya. Melalui cara ini, karya-karya nukilan Sasterawan Negara akan terus menjadi pilihan untuk dibaca, dihayati dan seterusnya dibincangkan dalam wacana ilmu di peringkat universiti.

Antara tujuan lain mewujudkan sudut ini di dalam PSB adalah untuk menyokong Kempen Membaca di samping memperkenalkan kesemua 15 tokoh sasterawan negara yang telah menerima penganugerahan tertinggi “Anugerah Sastera Negara” oleh kerajaan Malaysia atas usaha mereka dalam memberi sumbangan yang cemerlang untuk perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi. Sudut Saterawan Negara ini juga diharap dapat memupuk minat serta rasa cinta terhadap karya sasterawan di kalangan masyarakat kampus UUM terutama di kalangan pelajar memandangkan ramai di antara pelajar kita dilihat kurang mengenali sasterawan negara yang banyak menghasilkan penulisan yang berkualiti dan boleh dipelajari untuk generasi masa kini.

Biografi Sasterawan Negara

Berita Sasterawan