GOTONG-ROYONG EKSA PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH

PSB telah berjaya menjalankan aktiviti Taklimat EKSA dan Gotong-royong EKSA pada 10 Julai 2024. Gotong-royong melibatkan semua pustakawan dan semua staf PSB dan dimulai dengan taklimat mengenai EKSA oleh Pengerusi Jawatankuasa EKSA PSB, Cik Hanie Azyyanti Abdul Jamil dan Juruaudit EKSA Universiti merangkap ahli Biro Audit EKSA PSB, Puan Nasiha Binti Abdul Rashid dan Nurhafidzoh Asyiqin Binti Ahmad.

Taklimat lebih fokus kepada penjelasan tentang perbezaan amalan persekitaran berkualiti 5S dan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam). Puan Nasiha dan Puan Nurhafidzoh Asyiqin menekankan tentang kriteria audit EKSA dan semua ketua zon serta ahli-ahli zon perlu bergotong-royong mengemaskini maklumat di sudut-sudut 5S sebelum ini bagi memenuhi audit EKSA. Cik Hanie menjelaskan tentang semua logo, misi, visi EKSA perlu menggunakan rekabentuk yang disediakan oleh Universiti serta PSB sebagai ahli Zon 4 EKSA perlu menggunakan label dan lain-lain yang standard seperti yang disediakan oleh AJK Induk EKSA Zon 4. Amalan bagi memenuhi EKSA lebih kepada penjimatan sumber-sumber dalam masa yang sama perlu cepat dan memudahkan pelaksanaan kerja.

Gotong-royong kali ini perlukan komitmen semua staf untuk menyisih item-item yang tidak berkaitan dengan tugas dan PSB dan perhiasan di workstation terhad hanya tidak melebihi 5 item perhiasan. Label laci di workstation perlu mengikut standard iaitu laci teratas dilabel Alatulis, diikut Dokumen dan yang ketiga bawah Peribadi. Semua item yang tidak berkaitan dengan tugas atau kerja seperti koleksi keychain, gambar-gambar keluarga yang banyak, koleksi peribadi seperti model kereta, watak-watak anime dan sebagainya perlu disisih dari workstation. Sudut-sudut green boleh diwujudkan, tetapi dengan minimum hiasan dan tidak ada unsur-unsur hiasan yang melampau bagi mengelakkan imej korporat universiti terjejas.

Selepas gotong-royong dijalankan, auditor EKSA dalaman PSB akan melaksanakan audit kendiri dan akan melaporkan penemuan audit kepada semua ketua zon dan ahli-ahlinya untuk dibuat pembetulan dan penambahbaikan bagi memenuhi kriteria amalan EKSA di universiti.

Terima kasih kepada semua pustakawan dan semua staf PSB yang telah memberi komitment tinggi dan bekerjasama dengan Jawatankuasa EKSA PSB.