TAKLIMAT ETHESIS DAN PEMANTAPAN PERKHIDMATAN KAUNTER PSB

PSB Online – Memandangkan sesi semester baharu telah bermula, Bahagian Perkhidmatan Pengguna dengan kerjasama Unit Repositori Institusi telah mengadakan satu sesi taklimat bertujuan untuk memantapkan lagi servis dan perkhidmatan kaunter apabila berhadapan dengan pengguna kelak. Peserta yang terlibat adalah semua Pustakawan dan semua Pembantu Pustakawan.

Taklimat Mengenai e-Thesis dan Pemantapan Perkhidmatan Kaunter PSB ini telah diadakan pada 24 Mac 2021 bertempat di Auditorium 2, Bangunan Tambahan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Dimulai dengan kata alu-aluan oleh Cik Mazyana Hashim Taklimat selaku Ketua Bahagian Perkhidmatan Pengguna dengan dikuti oleh Pn. Ku Safina Ku Ismail dari Unit Repositori Universiti dengan taklimat beliau mengenai elektronik thesis dan disertasi. Menurut beliau, terdapat perubahan kepada polisi ethesis di mana, ianya tidak lagi bebas dimuatturun teks penuhnya oleh pengguna. Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada semua petugas kaunter untuk mengambil maklum akan hal ini bagi membantu pengguna kelak.

Seterusnya, taklimat ini diteruskan dengan Makluman Norma Baharu di Perpustakaan oleh Pn. Asmaniza Mansor selaku Ketua Unit Perkhidmatan Pelanggan. Beliau memaklumkan mengenai tatacara terkini memasuki perpustakaan, kaedah terkini mencari bahan perpustakaan, kewajipan pemakaian pelitup muka dan hidung dan lain-lain lagi. Tambah beliau, pematuhan kepada standard operating procedure (SOP) norma baharu ini perlu dipatuhi oleh semua staf PSB sekiranya mahu pengguna mematuhi kesemua norma baharu yang telah ditetapkan. Selain itu juga, beliau turut memaklumkan bahawa Bilik 24 Jam juga telah beroperasi sepenuhnya dengan pematuhan SOP kendiri.

Setelah itu, sesi taklimat ini diteruskan dengan taklimat oleh Cik Nor Allia Askandar dari Unit Perundingan Maklumat. Di kesempatan ini, beliau memaklumkan mengenai Kajian Kepuasan Pengguna atau User’s Satisfaction Survey. Menurut beliau, maklumat pautan kajian ini telah diletakkan di kaunter One Stop Centre. Oleh yang demikian, semua petugas kaunter yang bertugas dan melayani pelanggan, adalah dimohon untuk meminta pengguna menjawab soal selidik tersebut.

Taklimat ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari.

 

Disediakan dan gambar oleh: Noraini Alias