TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA – CATATAN PENGALAMAN OLEH PELAJAR LATIHAN INDUSTRI INTAKE MAC 2021 DI PSB

Tanggal tarikh 25 dan 26 Julai 2021 adalah merupakan hari terakhir buat 2 orang pelajar praktikum dari Universiti Utara Malaysia (UUM) di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Mereka telah menjalani latihan industri selama 4 bulan dan selama tenpoh itu, banyak ilmu dan pengetahuan telah mereka perolehi. Mereka adalah merupakan pelajar pertama dari jurusan selain dari bidang perpustakaan yang diterima untuk menjalani latihan praktikum bersama-sama PSB. Ikuti catatan pengalaman mereka sepanjang menjalani latihan di PSB.

 

Catatan oleh Puteri Nur Qistina binti Radzin, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi, UUM 

“Assalamualaikum, pertama sekali ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian dari warganya. Selama empat bulan saya ditempatkan di Bahagian Sumber Ilmu, pelbagai ilmu pengetahuan yang berlainan dan berbeza yang dapat saya perolehi. Paling penting sekali adalah bagaimana pengalaman saya di sini mengubah perspektif dan sudut pandangan saya selama ini terhadap fungsi dan peranan perpustakaan itu sendiri di mana sebelum ini saya hanya menganggap bahawa perpustakaan ini sekadar tempat untuk peminjaman dan pemulangan buku sahaja, namun ternyata tanggapan saya selama ini adalah silap. Kini saya sedar bahawa tanpa kewujudan perpustakaan adalah amat mustahil untuk melahirkan golongan ilmuan yang bijak pandai serta perpustakaan juga turut menyumbangkan kepada pembangunan sesebuah komuniti dan kehidupan manusia.  

Mengenai projek yang perlu dilaksanakan, projek individu saya adalah berkaitan dengan Return on Investment (ROI) terhadap Bahagian Sumber Ilmu telah membantu saya untuk mengenal lebih mendalam lagi tentang bagaimana sesebuah perpustakaan ini berfungsi dan semestinya pulangan dari apa yang telah dilaburkan oleh pihak perpustakaan adalah sesuatu yang tidak boleh kita nilai dari segi kuantiti. Manakala, untuk projek berkumpulan pula, iaitu ‘Program Libatsama Mahasiswa dan Komuniti’ juga secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada rakan-rakan dan saya untuk belajar dan menjadi sebahagian daripada warga PSB untuk mengatasi masalah yang dihadapi dek kerana pandemik ini. Akhir sekali, saya ingin sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih atas pengalaman yang berharga ini dan seandainya ada ruang waktu dan rezeki semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang. Insya-Allah.” 

 

 Catatan oleh Syaidatul Aziewa Mohd Ab Ghani, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pemutusan, UUM 

“Assalamualaikum WBT. Pertama sekali, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM di atas kesudian menerima saya sebagai pelajar praktikum selama 4 bulan walaupun saya datang daripada course yang berbeza daripada course Library Science. Selama 4 bulan saya menjalani praktikum di PSB UUM, banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat. 

Permulaan saya sebagai pelajar praktikum di sini bermula dengan Latihan Orentasi di setiap Bahagian dan Unit yang ada di PSB UUM selama seminggu. Dalam minggu tersebut, banyak pengetahuan tentang PSB UUM yang saya perolehi. Antaranya, sebelum ini, saya beranggapan bahawa PSB ini hanyalah tempat peminjaman buku namun, setelah menjalani orentasi, saya mendapati bahawa PSB mempunyai banyak fungsi dan peranan yang tersendiri mengikut unit-unit yang ada di sana. Saya mendapati, PSB mempunyai 7 Bahagian seperti (Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Arkib Universiti, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi & Matlumat Ilmiah, Bahagian Sistem Maklumat, Bahagian Sumber Ilmu, Bahagian Muzium Pengurusan) dan juga mempunyai 31 unit. 

Sepanjang tempoh 4 bulan ini, saya telah ditempatkan di Bahagian Perkhidmatan Komunikasi & Maklumat Ilmiah. Di sini, saya telah diberi 2 projek iaitu 1 projek berkumpulan yang memerlukan kami untuk membuat Kertas Kerja Cadangan Aktiviti dan juga 1 projek individu yang memerlukan saya untuk membangunkan “PSB Online Database System menggunakan Microsoft Access”. Projek berkumpulan bertajuk “Program Libatsama Mahasiswa dan Komuniti” memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan praktikum yang lain menjadi sebahagian daripada warga PSB UUM. Projek individu saya juga telah membantu saya mendalami lebih dalam lagi tentang proses pembinaan sistem di dalam organisasi. 

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada staf-staf di Bahagian Perkhidmatan Komunikasi & Maklumat Ilmiah dalam membantu saya menyesuaikan diri di PSB dan juga dalam membantu saya dalam menyiapkan projek-projek saya. Terima kasih juga di atas pengalaman yang diberikan dalam membantu mempersiapkan diri melangkah ke arah alam pekerjaan.”  

 

PSB mengucapkan sekalung tahinah atas kejayaan menamatkan latihan industri dengan jayanya walaupun sedikit terganggu dengan ancaman wabak pandemik  Covid 19 yang melanda negara. Semoga dengan pengalaman yang dikecapi dapat menambah ilmu di dada untuk menempuh alam pekerjaan kelakTerima kasih dan selamat maju jaya. 

 

Disediakan oleh : Puteri Nur Qistina binti Radzin & Syaidatul Aziewa Mohd Ab Ghani

Disunting oleh : Noraini Alias