TIMBALAN NAIB CANSELOR UiTM SHAH ALAM MELAWAT MUZIUM PENGURUSAN UUM

Muzium Online – Pada 24 Mei 2022 yang lalu , satu rombongan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM Shah Alam telah mengadakan lawatan ke Muzium Pengurusan UUM.

Delegasi ini juga turut diiringi oleh  YBhg. Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UiTM Shah Alam, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Abdul Majeed, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UiTM Shah Alam serta warga akademik UiTM yang lain.

Bagi memenuhi objektif lawatan tersebut, delegasi telah dibawa melawat keseluruhan muzium.  Lawatan tersebut yang berlangsung selama setengah jam dan dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan sejarah Sintok dan seterusnya diikuti dengan taklimat yang menyentuh tentang hal-hal Pengurusan UUM, Pengurusan Islam dan sebagainya.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Perkhidmatan Pelawat, Encik Hisomuddin Abdullah.  Kehadiran delegasi ini turut diiringi oleh Tuan Haji Mohd Fairus Abd Majid, Pengarah Muzium Pengurusan UUM serta  kakitangan muzium.

Muzium Pengurusan UUM mengucapkan terima kasih kepada delegasi UiTM atas lawatan mereka pada kali ini. Semoga hubungan kerjasama ini akan terjalin lagi pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh: Muzium Pengurusan UUM

Gambar oleh: Muzium Pengurusan UUM