TNC PENYELIDIKAN DAN INOVASI MELAWAT MUZIUM UUM

PSB Online – [Berita Muzium] 29 Mac 2021 – Satu lawatan ringkas oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) iaitu Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah ke Muzium Pengurusan UUM telah diadakan sempena Program Kampusku Lestari 2021.

Objektif program ini adalah untuk memfokuskan aspek kebersihan, kebolehgunaan peralatan dan keceriaan persekitaran. Lawatan program ini telah bermula di inapan siswa, pusat-pusat pengajian, dewan-dewan kuliah dan pusat-pusat tanggungjawab.

Prof. Dr. Haim Hilman berserta delegasi beliau telah disambut baik oleh Pengarah Muzium iaitu Dr. Kasri Saidon bersama 2 orang pegawai dan beberapa staf muzium yang lain. Taklimat ringkas juga turut diberi oleh Pengarah Muzium kepada delegasi ini mengenai penerangan serba sedikit berkaitan Muzium Pengurusan UUM.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi tersebut turut tertarik dengan beberapa segmen pameran di muzium  terutama di bahagian pengurusan jenazah islam. Dalam  lawatan pertama kali ke Muzium UUM sejak beliau dilantik ke jawatan TNC, Prof Haim Hilman turut  berharap pihak Muzium UUM dapat meneruskan dan menambahbaik lagi fungsi Muzium pada masa hadapan.