
PSB ONLINE:11 Jun 2024 – Pada tahun 2024, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya merangkul 3 anugerah berprestij iaitu Worldwide High Usage Award 2024 di tangga ke 15 dan High Usage Award 2024 (Malaysia Public Institutions Category) di tangga kedua serta High Research Output Award 2024 di tangga ketiga. UUM telah merekodkan sebanyak 163,799 artikel yang telah dimuatturun dan menerbitkan 77 artikel daripada 104 orang pengarang sepanjang tahun 2023.
Anugerah berkenaan telah diterima oleh Pn Rahimah Ishak, Penolong Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) mewakili Universiti Utara Malaysia semasa menghadiri Emerald Conference 2024 yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur.
Anugerah ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan Emerald dan juga meningkatkan nilai hubungan kerjasama antara institusi dan ahli akademik seluruh dunia. Manakala tempat pertama disandang oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM), diikuti dengan tempat ketiga Universiti Sains Malaysia (USM).
Untuk maklumat lanjut, boleh dicapai melalui https://www.emeraldgrouppublishing.com/news-and-views/news-and-press-releases/celebrating-emeralds-high-usage-awards-2024
Tahniah sekali lagi kepada UUM.
Disediakan oleh: Siti Ainsyah binti Kamis
Gambar oleh: Syed Muhammad Amirul Ashraf bin Syed Ismail