Kodiang : Bukit Merah/The Red Hill

Pekan Kodiang terletak berhampiran dengan sempadan Kedah dan Perlis dan namanya dipercayai berasal dari dialek Siam iaitu “Kok” atau “Kor” yang membawa maksud pulau, bukit atau belukar dan “Deng” pula bermaksud merah. Oleh itu nama Kokdeng itu bermaksud “Pulau Merah” atau “Belukar Merah”. Nama itu kemudian menjadi sebutan dalam Bahasa Melayu menjadi “Kodiang”.

Mengikut cerita orang-orang dahulukala, kawasan Kodiang itu adalah merupakan lautan yag akhirnya berlaku mendapan dan timbul pulau-pulau kecil atau muncul beberapa buah bukit. Sehingga kini terdapat beberapa batang sungai yang dikelilingi sawah. Bukti pada keadaan ini boleh dilihat pada bukit-bukit di sekitar Kodiang iaitu Gua Pasir, Gua Angin, Gua Kerbau dan lain-lain dan sehingga sekarang masih terdapat tulang-tulang serta kerangka hidupan laut.

Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama, kira-kira 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui Jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah terdapat sebuah kampong yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau. Di kampong inilah yang dimaksudkan sebagai bukit merah itu, di mana pada musim kemarau dapat dilihat bukit ini bertukar menjadi merah dan kering. Nama Bukit Keplu juga berasal dari Bahasa Siam yang bermaksud Bukit Sireh (Kok Plu) yang sinonim dengan warna merah dari amalan memakan sirih dikalangan penduduk terdahulu.

Bukit Keplu ialah sebuah bukit batu kapur yang dikelilingi sawah padi dan terdapat beberapa buah gua yang mempunyai cerita menarik dan sejarah tersendiri. Antara gua-gua tersebut terdapat lukisan-lukisan (tulisan) purba dan artifek yang masih kelihatan hingga hari ini. Antara gua-gua yang boleh dikunjungi ialah Gua Kerbau, Gua Gong, Gua Ikan, Gua Gelap, Gua Pasir, Gua Pelamin dan Gua Kelawar.

Masyarakat Kodiang majoritinya adalah terdiri dari orang Melayu Islam dan bertani seperti bersawah dan berkebun getah sebagai sumber ekonomi. Di samping itu terdapat juga kaum Cina dari etnik Hokkien dan etnik lain seperti India yang menjalankan aktiviti perniagaan dan mereka ramai mendiami di Lorong Belakang Mesjid. Selain dari itu terdapat juga bangsa Siam yang kebanyakannya menetap di sekitar Padang Sera kerana di situ terdapat sebuah Wat Siam yang besar.

English

Kodiang : The Red Hill

Kodiang town is located at the boundary of the state of Kedah and Perlis and its name was believed to be originated from a Siam dialect as a red hill/island which is “Kok” or “Kor” means an island, hill or bush and “Deng” means red. The name became Kodiang in Malay dialect after generation of assimilation.

According to the elderly oral stories, Kodiang area was once surrounded by an ocean which in time receding and became a sediment. During this time many small islands or hills suddenly emerge and surrounded by a few of rivers that became the main source for paddy cultivation in the area. Based on the excavation, the hills surrounding the area such as Gua Pasir, Gua Angin, Gua Kerbau etc found an evidence of old bones and clams from marine life until now.

The old Kodiang can be found at Kampung Kodiang Lama, about 1 kilometer from the junction of the new town of Kodiang and the road to Jitra. There is an old village near Bukit Keplu and Gua Kerbau which is the birth placed of the red hill as mention early where the hill turned into a red and dry climate during the drought season. The name Bukit Keplu (Keplu Hill) also originated from Siam dialect “Kok Plu” which mean Bukit Sireh (Sireh Hill) and it is synonym to the colour of betel chew practice among the earlier residents.

Bukit Keplu is a limestone hill which surrounded by a paddy field and have a few caves that consist of historical facts and legends. Among them are Gua Kerbau, Gua Gong, Gua Ikan, Gua Gelap, Gua Pasir, Gua Pelamin and Gua Kelawar which some of them contain ancient drawing or marking and old artifacts that still exist to this day.

Majority of Kodiang residents are Malay people which worked in the agriculture activity such as paddy field and rubber plantation as their main economic resources. In addition, there are also Chinese (Hokkien ethnic) and Indian community which involved in small businesses or agriculture and most of them live in the Lorong Belakang Mesjid area. Meanwhile the Siamese community centred at the area of Padang Sera because the existence of a big temple called Wat Siam.

Sumber/Resource : Internet

Language


Blog Home

PSB Blog provides the insights of library information, explores research resources from our outstanding collections and updates readers on library events. (If error occurred when you select language translation, please change back to English.)

Disclaimer/Penafian

The views, opinions and comments expressed in this blog page are those of the authors and do not necessarily reflect the official policy or position of Universiti Utara Malaysia or Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM unless explicitly stated. The Library is not liable for any damages arising from the contents or otherwise from the use of or inability to use this blog page or any material contained in it, or from any action or decision taken as a result of using the blog. (Segala pandangan, pendapat dan komen di dalam halaman blog ini adalah nukilan pengarang berkenaan dan tidak menggambarkan polisi atau situasi rasmi Universiti Utara Malaysia atau Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM kecuali jika dinyatakan. Pihak Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan hasil dari isi kandungan atau dari penggunaannya atau apa jua bahan didalamnya atau dari sebarang hasil atau keputusan dari penggunaan halaman blog ini.)

Share :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × three =