Menempuh Ramadhan Di Kala Covid 19

Mendekati dan menempuhi bulan penuh keberkatan, Ramadhan pada tahun ini pasti amat berbeza. Menunaikan ibadah puasa semasa pandemik Covid 19 sedang memuncak pastinya bukan mudah seperti kebiasaan lebih-lebih lagi dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan yang terus dipanjangkan masanya oleh pihak berkuasa. Rancangan berbuka iftar, solat jemaah terawih, bacaan tadarus al-Quran and program qiamullail semuanya bakal dibatal di masjid atau surau kerana tiada sebarang tanda pandemik COVID-19 bakal reda esok mahupun lusa. Apapun ibadah puasa tetap akan kita laksanakan tetapi dengan beberapa adaptasi yang tidak dapat dielakkan.

 

  1. Lakukan Ibadah Di Rumah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkiflie Al-Bakri memberi semangat agar umat Islam menganggap kekangan bekerja yang dihadapi ini sebagai peluang keemasan untuk membuat ibadat dengan lebih tenang. "Kita boleh berehat dengan baik. Sekarang kita boleh solat berjemaah bersama keluarga setiap waktu. Sebelum ini mungkin hanya dibuat ketika Ramadan, tapi sekarang boleh beramal dengan banyak dalam tempoh 24 jam," katanya.  Beliau berkata, tempoh PKP khususnya dalam bulan Ramadan harus dilihat secara bijaksana dengan sudut pandangan yang penuh kebaikan serta manfaat sewaktu di akhirat."Bila puasa dalam keadaan terhindar daripada situasi yang berpengaruh buruk, inilah nikmat kerana pahala puasa dan amal ibadat kita lebih terjamin berbanding semasa tiada PKP," tambahnya.

  1. Tiada Bazar Ramadhan Seperti Biasa

Negeri Sembilan adalah negeri pertama yang mengambil keputusan membatal penganjuran bazar Ramadan memandangkan bahaya penularan COVID-19 yang masih wujud. Beberapa negeri lain antaranya Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mengambil inisiatif membatalkan operasi bazar Ramadan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Secara keseluruhan lebih 100,000 peniaga bazaar di seluruh negara terjejas kerana tidak dapat menjalankan perniagaan dengan kehilangan pendapatan dijangka membabitkan sekurang-kurangnya RM500,000. Tetapi ada inisiatif lain apabila Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia akan membangunkan platform e-bazar Ramadan kepada ahlinya bagi memberi peluang mereka berniaga secara dalam talian. Setiausaha Agungnya, Mohamed Zamri Mohammed, berkata sebuah laman web akan dibangunkan bagi proses jual beli melalui e-bazar Ramadan itu yang mempunyai rangkaian dengan syarikat logistik. Katanya, inisiatif sebagai persediaan susulan penularan COVID-19 itu kini di peringkat awal dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peniaga bazar. “Melalui platform disediakan, kita akan wujudkan rangkaian penghantaran dalam kalangan ahli untuk mengurangkan kos...sehingga kini kita laksanakan dulu di Wilayah Persekutuan.

  1. Penutupan Masjid dan Surau

Dengan penutupan masjid, ini sepatutnya memberi peluang sang bapa sebagai ketua keluarga mengimamkan solat terawih di rumah serta mengetuai majlis tadarus. Terawih dan qiamullail pula wajar dilakukan sepertiga malam dan bukan seperti biasa selepas Isyak. Ini memberi ruang untuk sahur yang sempurna sebelum solat subuh dilakukan sekeluarga berjemaah. Ditanya mengenai pelaksanaan solat terawih, Ustaz Azhar Idrus berkata, PKP juga tidak menghalang umat Islam untuk mengerjakan ibadah sunat terawih meskipun perlu dibuat di rumah masing-masing. Katanya, mengerjakan solat terawih dirumah bersama ahli keluarga bukanlah sesuatu perkara asing kerana melihat contoh pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda juga melaksanakan solat terawih di rumah sebelum pergi ke masjid.

Anggaplah cabaran yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kita pada bulan Ramadhan nanti adalah penambah pahala daripada kebiasaan. Ujian yang diberikan ini mempunyai hikmah yang tersendiri jika kita sentiasa berfikir dan bersyukur. Selamat beribadah puasa di bulan Ramadhan 2020:1441.

(PSB Kehilangan Seorang Ketua, Sahabat dan Bapa - Belasungkawa diatas pemergian Allahyarham Muhamad Mazlan Jalla, Timbalan Ketua Pustakawan PSB UUM pada 13 April 2020. Semoga rohnya sentiasa didalam lindungan Allah, dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam syurga. – Dari seluruh warga PSBUUM)

Language


Blog Home

PSB Blog provides the insights of library information, explores research resources from our outstanding collections and updates readers on library events. (If error occurred when you select language translation, please change back to English.)

Blog Archive/Arkib

Disclaimer/Penafian

The views, opinions and comments expressed in this blog page are those of the authors and do not necessarily reflect the official policy or position of Universiti Utara Malaysia or Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM unless explicitly stated. The Library is not liable for any damages arising from the contents or otherwise from the use of or inability to use this blog page or any material contained in it, or from any action or decision taken as a result of using the blog. (Segala pandangan, pendapat dan komen di dalam halaman blog ini adalah nukilan pengarang berkenaan dan tidak menggambarkan polisi atau situasi rasmi Universiti Utara Malaysia atau Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM kecuali jika dinyatakan. Pihak Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan hasil dari isi kandungan atau dari penggunaannya atau apa jua bahan didalamnya atau dari sebarang hasil atau keputusan dari penggunaan halaman blog ini.)

Share :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 − three =