Menguruskan Tugasan Anda

DatabaseMenerima tugasan dari pensyarah anda adalah satu amalan biasa di dalam mana-mana pusat pengajian tinggi. Ia adalah satu manifestasi mengenai pemahaman anda tentang sesuatu yang anda pelajari atau topik yang dikaji. Walaubagaimanapun menguruskan tugasan secara tersusun dengan menggunakan alatan atau sumber yang kedapatan di dalam perpustakaan bukanlah tugas yang mudah. Ini adalah kerana pemerhatian dan perolehan maklumat yang tepat dari sumber-sumber yang disediakan amat memerlukan kemahiran apatah lagi jika ia melibatkan alatan berteknologi secara atas talian.

Kemahiran teknikal perolehan maklumat secara tersusun perlu dipelajari supaya maklumat yang diperolehi untuk menyiapkan tugasan anda adalah tepat. Tugasan yang mengandungi maklumat yang terkini, tepat, memenuhi cakupan topik, mengikut kaedah rujukan yang bersesuaian dan sitasi yang berintergriti adalah satu hasil akademik yang bernilai tinggi. Ia juga akan menggambarkan ketelitian penulis yang mementingkan kualiti penulisan untuk dijadikan rujukan semasa.

Kemahiran perolehan maklumat ini boleh dipelajari dengan mudah dari perpustakaan dimana pelajar tersebut berada. Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM sebagai contohnya menyediakan pelbagai sesi pembelajaran yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar seperti literasi maklumat, kaedah pencarian bahan menerusi pangkalan data, induksi pelajar baru dan sebagainya. Pelajar juga boleh mengambil peluang untuk menajamkan skil perolehan maklumat menerusi perkhidmatan Konsultasi Peribadi yang merupakan satu perkhidmatan profesional yang disediakan oleh Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat selain dari Meja Perkhidmatan yang berbentuk umum. Pelajar UUM, ahli fakulti dan staf adalah dialukan untuk membuat janji temu secara konsultasi bersemuka dengan pustakawan rujukan. Perkhidmatan ini disasarkan kepada pengguna yang memerlukan bantuan mendalam, atau lanjutan dengan penyelidikan mereka atau membincangkan perkhidmatan dan sumber yang pelbagai di perpustakaan. Malah ia akan membantu anda untuk mempercepatkan proses pencarian maklumat, mendapatkan butiran perkhidmatan dan aktiviti perpustakaan terkini, pengaksesan sumber elektronik perpustakaan dan banyak lagi seperti :

  • Identifikasi Sumber
  • Jenis bahan perpustakaan
  • Informasi Penyelidikan
  • Navigasi Laman
  • Alatan pencarian perpustakaan
  • Tip dan panduan
  • Maklumat terhadap bidang spesifik yang berkepentingan
  • Latihan terhadap pencarian dan perolehan maklumat

Selain dari itu Perpustakaan juga menyediakan pelbagai panduan seperti Buku Panduan, Bagaimana Saya?, Langkah Pemula dan Bagaimana Menguruskan Tugasan Anda sebagai tambahan untuk meningkatkan kemahiran pelajar atau pengguna perpustakaan.

Atau anda mungkin boleh mendapat bantuan dari video berikut tentang bagaimana menulis tugasan yang baik.

Share :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 2 =