Mengenai PSB

Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia (PSB UUM) adalah sebuah perpustakaan akademik di Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Julai 1984 seiring dengan penubuhan universiti oleh pihak Kerajaan pada tahun, 1984. Pada awal penubuhannya, ia telah ditempatkan di kampus sementara di Jitra, Kedah dan menyediakan perkhidmatan kepada pelajar UUM dengan pertumbuhan koleksi dan bahan perpustakaan yang sentiasa bertambah. Sejajar dengan pembinaan kampus induk di Sintok siap sepenuhnya pada September 1990, ia telah berpindah ke bangunan sekarang dan mula menawarkan perkhidmatan dan koleksi yang lebih eksklusif untuk memenuhi keperluan akademik. Bangunan perpustakaan yang pada awalnya boleh diduduki lebih dari 1000 pengguna pada suatu masa telah berganda dengan adanya bangunan tambahan pada tahun 2012. Kedua bangunan tersebut yang mencakupi keluasan 49,169 meter persegi memberi tumpuan untuk memenuhi jangkaan terhadap pertambahan pelajar, ahli akademik, bahan pengajaran dan pembelajaran serta kecanggihan teknologi maklumat pada masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, jumlah pelbagai bahan di dalam koleksi PSB UUM sehingga kini telah mencapai lebih dari 1.2 juta dan proses sirkulasi bahan telah mencapai lebih dari 100 ribu pada setiap tahun. Ia turut disumbangkan dengan perolehan bahan digital dalam pelbagai bidang yang memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran di UUM dengan lebih dari 1 juta judul. Sebagai informasi, perpustakaan telah dijenamakan kepada nama Almarhumah Sultanah Kedah, KDYMM Tuanku Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan telah dirasmikan pada pada 21 September 1999 oleh Almarhum Sultan Kedah, KDYMM Al-Sultan Almu'Tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Visi Kami

Untuk memastikan Perpustakaan mencapai kecemerlangan dalam sistem pengurusan, amalan profesionalisme dan perkhidmatan berkualiti untuk pengguna.

Misi Kami

Untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang yang berkualiti untuk membantu usaha pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Fakta Perpustakaan

  • Jumlah Bahan Keseluruhan : 1,187,816 naskhah
  • Jumlah Bahan Bercetak : 187,816 judul
  • Koleksi Digital : > 1 juta
  • Edaran Bahan : > 100,000 bahan setiap tahun
  • Pengguna : > 400,000 pengguna setiap tahun
  • Staf : 111 orang
  • Keluasan Bangunan : 49,169 meter persegi
  • Kapasiti Pengguna : > 3000 tempat duduk

Alamat Kami

Kampus Utama
Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman, Malaysia
Tel: 6049283627 | Faks : 6049283613
Emel: uumlib@uum.edu.my

Cawangan
Perpustakaan UUM Kuala Lumpur
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz
50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel:60326103015 | Faks:60326949228

Nilai-Nilai Kebersamaan

  • Refleksi Diri - Kepercayaan terhadap penilaian diri secara berterusan supaya kami dapat mengambil langkah pembetulan dan memperbaiki kelemahan terhadap pendekatan yang dilakukan.
  • Kecemerlangan - Kepercayaan terhadap keutuhan dan berusaha untuk mencapainya, sentiasa kreatif, inovatif dan berkolaborasi serta berorientasikan penyelidikan supaya sentiasa relevan, dirujuk dan dihormati.
  • Saling Menghormati dan Menerima - Kepercayaan terhadap nilai ihsan, saling menghormati dan belas kasihan dalam mewujudkan perhubungan yang harmoni di kalangan pelajar, staf, masyarakat dan orang lain secara global.
  • Komunikasi - Kepercayaan terhadap keperluannya, efektif dan komunikasi terbuka diantara semua pihak dan pihak berkepentingan.
  • Bersyukur - Kepercayaan dalam menyatakan terima kasih terhadap keberkatan yang diberikan oleh Tuhan kepada kita dan secara rendah diri menerima ketetapan dariNya dengan tenang dan sabar.
  • Pembelajaran Sepanjang Hidup - Kepercayaan bahawa pembelajaran sepanjang hidup adalah satu keperluan dalam kehidupan.
  • Integriti - Kepercayaan terhadapnya dan menguatkuasakan prinsipal berteraskan kejujuran, keikhlasan dan transparensi apabila menjalankan tangggungjawab dan mengendalikan tugas kami.
img7
DSC_8038
DSC_8038
Kongsi :