Pencapaian

1984 - 1999 : Permulaan Baru

1984

Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia wujud seiring dengan penubuhan universiti itu sendiri pada tahun 1984 di sebuah kampus sementara yang bertempat di Bandar Baru Darulaman Jitra. Kampus tetap universiti yang berada di sebuah lokasi pendalaman kawasan Sintok, Kedah; 48 kilometer ke utara dari bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah dan 10 kilometer ke timur Changlun, sebuah pekan kecil di lokasi antara Lebuhraya Utara Selatan; berada dalam pembinaan sehingga awal 1990an. Ia terletak dalam kawasan seluas 926 hektar hutan dan bekas lombong timah yang dilengkapi dengan jeram dan tasik kecil.

1990

Dalam tahun 1990, perpustakaan adalah salah sebuah jabatan yang pertama berpindah ke kampus universiti di Sintok, Kedah; 48 kilometer ke utara dari bandar Alor Setar.

Perpustakaan menerima Anugerah Inovasi UUM sebagai sebuah jabatan yang mengimplementasikan inovasi berbentuk teknologi dalam pelbagai perkhidmatannya.

Perpustakaan pertama di Malaysia memiliki Sistem Rangkaian CD-Rom

Perpustakaan pertama di Malaysia menerima MS ISO 9002 Persijilan Sistem Kualiti

1999

Perpustakaan UUM telah dirasmikan oleh KDYMM Almarhum Al-Sultan Almu'Tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah pada 21hb September 1999. Ia juga telah dijenamakan bersempena nama, KDYMM Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Sultanah Kedah.

2000 - 2010 : Pertumbuhan Organisasi

2000
  • MS ISO 9002:1994 Persijilan
  • Tempat pertama Banner Terbaik Perarakan Maulidur Rasul 1421H

Antara jabatan kerajaan terbaik menerima pencalonan Anugerah Kualiti Perdana Menteri

  • MS ISO 9002:1994 Persijilan
  • Tempat pertama dalam Pertandingan Laman Sesawang bersempena Hari Kemerdekaan ke 45
  • Tempat pertama dalam Pertandingan Bola Tampar lelaki Antara Jabatan UUM
  • Tempat ketiga dalam Ceria Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 45 Kategori Divisyen A
2003
  • Tempat pertama dalam Pertandingan Laman Sesawang sempena Hari Kemerdekaan ke 46
  • MS ISO 9001:2000 Persijilan
  • Tempat ketiga dalam Pertandingan 5S Antara Jabatan UUM
  • Mencapai kadar pengguna tertinggi untuk pangkalan data Science Direct peringkat Malaysia
2004

Memenangi Anugerah Kualiti Naib Canselor Kategori Divisyen A

 

2005
  • Anugerah Khas Juri Perarakan Maulidur Rasul 1426H
  • Tempat ketiga dalam Pertandingan Reka Bentuk Laman Sesawang sempena Hari Kemerdekaan ke 48
2006
  • Tempat ketiga dalam Pertandingan Amalan 5S Kategori Divisyen A
  • Tempat ketiga Ceria Merdeka Kategori Divisyen A
2007
  • Tempat pertama dalam Ceria Merdeka Kategori Divisyen A
  • Tempat kedua dalam Pertandingan Amalan 5S Kategori Divisyen A
2008
  • Tempat kelima dalam Pertandingan Amalan 5S Antara Jabatan UUM
  • Memenangi Pertandingan Kualiti Antara jabatan UUM
  • Memenangi Penilaian Amalan Kualiti dan Inovasi UUM (5S)
  • Anugerah Inovasi Terbaik untuk kumpulan KIK Smart, PSB UUM– Kategori Pentadbiran Kumpulan Inovasi & Kreatif peringkat IPTA pada 2009 berlangsung di Univ. Malaysia Sabah.
2010
  • Memenangi Penilaian Amalan Kualiti dan Inovasi UUM (5S)
  • Pemenang Konsisten Amalan 5S Antara Jabatan UUM
  • Menganjurkan satu seminar berjudul "Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat di Perpustakaan" peringkat kebangsaan dari 3-5 Ogos 2010 di Pulau Pinang.

2011 - 2019 : Pencapaian Yang Konsisten

2011
  • Tempat kedua dalam Penilaian Amalan Kualiti dan Inovasi (5S)
  • Tempat keempat Anugerah Penggunaan Tertinggi pangkalan data Emerald peringkat Universiti Global
  • Tempat kedua dalam Penilaian Amalan Kualiti dan Inovasi (5S)
  • Tempat kedua dalam Kumpulan Inovasi dan Kreatif (ICC) Mini Konvensyen, peringkat UUM
  • Tempat kedua Anugerah Penggunaan Tertinggi pangkalan data Emerald peringkat Universiti Global
  • Memenangi Penilaian Amalan Kualiti dan Inovasi UUM (5S)
2014
  • Tempat kedua - Anugerah penggunaan tertinggi Emerald Group Publishing 2013
  • Tempat ketiga - Muat Turun Penyelidikan Tertinggi Emerald Group Publishing di Malaysia 2013
  • Kumpulan Smarties PSB UUM memenangi pertandingan 5S/QE dalam Konvensyen Mini Amalan KIK dan Persekitaran Berkualiti (5s/QE), peringkat UUM pada 24 Februari 2014.

2015
  • Anugerah Kecemerlangan UUM 2014 - Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan (Pusat Penanggungjawab Terbaik)
  • Memenangi Penilaian Amalan Kualiti dan Inovasi UUM (5s/QE) 2014
  • Pemenang Kumpulan Inovasi dan Kreatif (ICC) Mini Konvensyen, peringkat UUM 2014
  • Pemenang Mini Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif kali ke 4 (ICC) peringkat Universiti Utara Malaysia
  • Tempat ketiga Penilaian Amalan Kualiti dan Inovasi (5S/QE) 2015
  • Tempat kedua Anugerah Penggunaan Tertinggi pangkalan data Emerald peringkat Universiti Global
2017
  • Anugerah Kecemerlangan UUM 2015/2015 - kategori Jabatan Terbaik
  • Tempat ketiga dalam Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE untuk 2016

2018
  • Kumpulan KIK PSB - BLINC telah memenangi tempat ketiga dalam Konvensyen Terbuka KIK peringkat UUM pada 15 Mei 2018.

  • Tempat keempat Anugerah Penggunaan Tertinggi menerusi Emerald bagi tahun 2017, kategori global
  • Tempat ketiga Muat turun Hasil Penyelidikan Tertinggi menerusi Emerald bagi tahun 2017, peringkat Malaysia
2019
Kongsi :