Prosedur Kecemasan

Panduan Persediaan Kecemasan Anda!

Prosedur ini disediakan sebagai satu panduan umum untuk staf dan pengguna perpustakaan dalam situasi kecemasan yang berlaku di dalam premis perpustakaan dan persekitarannya. Anda sebaiknya membiasakan diri anda dengan prosedur yang dinyatakan sebelum situasi kecemasan benar-benar berlaku.

Semasa berlaku kecemasan, beri perhatian terhadap panduan berikut:

  • Jangan gunakan lif. Jika anda berada di dalam lif, keluar dengan segera di aras selanjutnya.
  • Bertenang, jangan panik atau agitasi.
  • Jangan berlari.
  • Keluarkan arahan dengan tenang tetapi tegas.

Biasakan diri anda dengan semua pintu keluar kecemasan di mana sahaja anda berada. Jika anda berada di dalam premis perpustakaan, sila ikuti prosedur kecemasan berkaitan untuk keluar dari bangunan. Jika berlaku kecemasan, adalah menjadi tanggungjawab utama staf perpustakaan bertugas untuk melakukan apa jua yang perlu untuk memastikan keselamatan pengguna dan staf perpustakaan sedia ada terpelihara. Tanggungjawab selanjutnya adalah untuk meminimakan kesan kerosakan terhadap harta benda apabila berlaku tragedi selagi ia tidak menjejaskan atau mengancam keselamatan seseorang.

Walaupun terdapat banyak jenis kecemasan, pihak kami telah mengenalpasti 4 jenis kecemasan utama yang memerlukan prosedur sekiranya berlaku di dalam premis perpustakaan iaitu kebakaran, kegagalan bekalan kuasa, tingkah laku/kondisi mengancam, cuaca buruk dan lain-lain kecemasan.

Jenis-jenis Kecemasan

  • Biasakan diri anda dengan lokasi alatan pemadam api dan penarik penggera sebelum berlakunya masalah.
  • Jika anda mengesan kebakaran sebelum penggera diaktifkan secara automatik, sila aktifkan penggera dan tinggalkan bangunan. Jangan gunakan lif. Beredar ke kawasan selamat atau di poin berhimpun.
  • Anda mungkin boleh memadamkan kebakaran kecil dengan alatan pemadam api secara sendirian setelah penggera dibunyikan, tetapi perlulah berhati-hati supaya tidak meletakkan diri anda dalam bahaya.
  • Orang kurang upaya, yang tidak boleh menggunakan tangga, perlulah menunggu staf perpustakaan untuk bantuan.
  • Ambil barangan peribadi anda JIKA hanya berada berdekatan. Setelah berada diluar, jangan masuk semula sebelum dibenarkan berbuat demikian.
  • Jangan menghalang pasukan bomba untuk mengakses bangunan. Berhimpun jauh dari kawasan operasi mereka.
  • Sekiranya berlaku kegagalan bekalan kuasa di dalam premis perpustakaan, lampu kecemasan akan dinyalakan. Kedua-dua bangunan perpustakaan mempunyai bekalan kuasa bantuan yang akan memberi pencahayaan yang memadai untuk tujuan perpindahan kerana anda perlu bersedia untuk meninggalkan bangunan jika perlu.
  • Staf bertugas akan mengambil langkah mengenalpasti sebab keralatan berlaku dan jika perlu kemudiannya menguruskan pemindahan. Jika bangunan berkaitan perlu dikosongkan, saluran pemindahan yang sama seperti jika berlakunya kebakaran akan digunakan.
  • Sekuriti perpustakaan akan menghalang sesiapapun dari memasuki bangunan terlibat.
  • Staf perpustakaan akan membantu pengguna dengan mengarahkan mereka dengan bantuan lampu suluh yang sepatutnya berada di lokasi pentadbiran perpustakaan. Mereka juga akan membantu pemindahan individu kurang upaya yang memerlukan bantuan.

Kegagalan Lif

  • Lif dibekalkan dengan telefon untuk membolehkan pengguna memohon bantuan jika mereka terperangkap di dalam lif atau kegagalan bekalan kuasa.
  • Jika anda menerima permintaan bantuan atau mendengar seseorang terperangkap di dalam lif, hubungi segera staf perpustakaan bertugas.
  • Bantu mereka yang terperangkap dengan memaklumkan bantuan dalam perjalanan.

Ancaman Bom
Jika anda menerima panggilan berkaitan ancaman bom, jangan panik. Bertenang dan cuba untuk :

  • Dapatkan Maklumat - Terus pastikan pemanggil berada dalam talian tanpa membahayakan diri anda dan orang lain didalam bangunan terbabit. Dengar dengan telliti perincian ancaman dan cuba untuk memastikan pemanggil berterusan bercakap sehingga anda memperoleh maklumat berikut :
    • Bila bom tersebut dijangka meletup?
    • Dimana bom itu berada?
    • Apakah bentuk bom tersebut?
    • Apakah jenis bom tersebut?
    • Apakah yang akan menyebabkannya meletup?
    • Adakah pemanggil yang meletakannya?
    • Kenapa?
    • Apakah nama pemanggil?
  • Hubungi Jabatan Keselamatan UUM atau polis dengan segera. Teruskan berdiam diri mengenai ancaman tersebut dan maklumkan kepada staf bertugas jika perlu bantuan.
  • Pihak polis akan melakukan pencarian dengan bantuan jabatan kecemasan berkenaan dan biasa dengan kawasan sekitar. Jika objek yang diragukan atau bom yang berpotensi ditemui, kawasan berkenaan akan dikosongkan serta merta.

Bungkusan Meragukan

If a suspicious package (irregular shape, soft spots or bulges, make a buzzing or ticking noise or sloshing sound or strange odor. Pressure or resistance might be noted when removing contents from an envelope or parcel) is received or found in the library premises

  • Do not handle the package. Immediately report to the library staff on duty and provide the following information:
    - nama anda
    - description of the object
    - location of the object
  • If necessary, the library staff will:
    - notify the UUM Security Department or the police for further assistance
    - evacuate the immediate area if necessary
    - make sure no one goes near or attempts to move the object
    - have someone meet the response unit and direct them to the object

Tornado / Heavy Rain / Blizzard

  • When a warning is issued by sirens or other means of tornado warning :
    -Move quickly to lowest level, interior space (hallway, basement, restroom)
    -Get low
    -Cover back of head
    - Monitor news
    - Stay in shelter until warning expires
  • Remain sheltered until the tornado threat is announced to be over.

Flood

  • Do not immediately enter a flooded area; there may be danger of electrical shock or heavy current.
  • Do not attempt to walk through flood waters. It only takes six inches of moving water to knock you off your feet. Water may be deeper than it appears and can hide many hazards (i.e. sharp objects, washed out road surfaces, electrical wires, chemicals, dll).
  • Follow instruction for evacuation if necessary.

Blizzard/Storm

  • If you’re inside the library premises, stay inside until the situation calm down.
  • Outdoor - When you hear thunder, go inside a substantial building or a vehicle with a metal roof and metal sides and stay inside for 30 minutes after the last sound of thunder. If you are caught outside, avoid open areas and never stand under a tall, isolated tree.
E. Lain-lain Kecemasan

Bantuan Awal
Dapatkan bantuan dari seseorang yang mempunyai kemahiran dalam memberi bantuan kecemasan. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk menguruskan bantuan awal, jangan teruskan kerana anda mungkin memburukkan keadaan. Seseorang yang cedera sebaiknya tidak digerakkan kecuali oleh mereka yang terlatih / petugas penyelamat atau dia berada didalam keadaan bahaya yang boleh memudaratkan lagi kecederaan atau menyebabkan kematian dengan berada di lokasi asal.

Pengsan / Tidak Sedarkan Diri
Jangan menganggap satu kematian telah berlaku. Dapatkan bantuan dari seseorang yang mengetahui CPR atau hubungi Jabatan Kecemasan UUM (049284444). Lihat jika terdapat Tag MEDIK dengan simbol kesihatan. Ia mungkin berada pada bahagian tangan, leher, atau dompet. Keberadaan tag ini akan memberi petunjuk masalah kesihatan yang dihadapi mangsa.

Gempa Bumi
Bertenang. Jangan berlari atau panik. Sila berada pada tempat asal. Jika anda berada diluar, teruskan disitu; dan jika anda berada di dalam, teruskan berada disitu. Jika anda berada didalam duduk atau berdiri menghadap dinding atau pintu; atau dapatkan perlindungan dibawah meja. Jangan berada dekat dengan tingkap atau pintu luar. Jika anda berada diluar, sila berada berjauhan dari bangunan, berada dibawah wayar elektrik, berdekatan tiang, atau sebarang benda yang berkemungkinan akan longgar dan jatuh.

Renjatan Elektrik
Jangan dekati mangsa jika renjatan kejutan masih berlaku. Pastikan kawasan adalah selamat. Cuba pisahkan sumber renjatan jika boleh dengan bahan penebat (kering, pemegang penyapu berkayu, dll.) atau buka litar elektrik di pemutus utama. Mulakan bantuan CPR dan panggil ambulan.

Kecemasan Berkaitan Dadah & Psikiatri
Jangan berdebat dengan seseorang yang berada dibawah pengaruh dadah atau krisis psikiatri. Berwaspada dengan kemungkinan berlakunya keganasan dan jangan membuat provokasi atau mengganggu orang terbabit. Staf bertugas akan cuba untuk menenangkannya menerusi perbualan dan mendengar dengan sabar sementara yang lainnya menghubungi pihak polis dan keselamatan. Mereka akan berterusan berinteraksi sehinggalah bantuan tiba.

Keracunan
Cuba cari sumber keracunan dan ikutlah langkah segera rawatan sepertimana dicetak pada label jika kedapatan. Maklumat tambahan boleh didapati dengan menghubungi pihak Pusat Kesihatan UUM. Panggil ambulan dan serahkan sumber keracunan yang disyaki untuk pegawai kecemasan untuk tindakan lanjut. Mohon bantuan staf perpustakaan jika perlu.

Kerosakan atau Gangguan Fungsian Terhadap Alatan Perpustakaan
Jika anda mendapati terdapat sebarang kerosakan terhadap bangunan perpustakaan (tingkap, dinding, pintu, dll.) atau gangguan fungsian kepada perkhidmatan berbentuk fizikal (lampu, tandas, pili atau pancutan air, dll.) laporkan penemuan ini kepada staf perpustakaan bertugas dengan segera. Jangan bertindak untuk mencuba memperbaiki kerosakan tersebut untuk mengelakkan kecederaan.

Awas!

Keadaan kecemasan yang berbeza memerlukan langkah kawalan yang turut berlainan untuk memastikan keselamatan terpelihara. Sifat situasi sesuatu kecemasan yang tidak dapat diramalkan amatlah memerlukan refleksi tindak balas dan pemikiran segera yang jelas untuk mengelak kecederaan. Ini adalah panduan untuk memelihara diri anda semasa berlakunya kecemasan, namun ia tidaklah bermakna memberi solusi sepenuhnya terhadap setiap keadaan. Semasa berlakunya kecemasan sebenar pihak universiti dan petugas penyelamat akan memberi prosedur tambahan dengan langkah yang lebih menyeluruh selaras dengan protokol komunikasi kecemasan sedia ada. Sebarang arahan spesifik yang diberikan semasa berlakunya insiden perlu dipatuhi dengan serius.

Talian Penting!

U-ASSIST - 04 928 7777
Sekuriti Perpustakaan - 6049283631
Sekuriti UUM - 6049283333/2416
Klinik UUM Kecemasan - 6049284444
Klinik UUM (selepas 11 PM) - 013 593 0028
Keselamatan - 04 928 3333
Ambulan (UUM) - 04 928 4444
Ambulan (Jitra) - 04 917 4333
Balai Polis (Changlun) - 04 924 1222
Balai Polis (Bukit Kayu Hitam) - 04 922 2230
Balai Polis (Jitra) - 04 917 2222

Pasukan Responsif Kecemasan
Mohd Amirul Kasyful Nur Zulkifli
Airuzaidi Abdul Razak
Mohd Iruan Hussin
Ajmal Afif Abdul Rais

Kongsi :