Untuk Pelajar Baru

Selamat Datang ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia (UUM) - Tahniah kerana telah mengambil langkah ke hadapan untuk Langkah Pemula anda dengan menerima tawaran untuk pengajian di UUM. Menentukan apa yang ingin dilakukan pada masa hadapan mungkin mengujakan tetapi ia juga boleh menjadi sedikit kecelaruan. Terlalu banyak untuk dinilai, untuk membuat keputusan dan menyediakan diri anda untuk pembelajaran. Gunalah langkah berikut untuk memastikan langkah anda bermula dengan sempurna.

> Sila klik pada ikon berimej untuk melayari seterusnya setiap halaman.

Arah Tuju

Kepada anda yang baru di dalam kampus yang luas ini anda mungkin akan tersesat termasuklah mengenal arah ke perpustakaan. Jangan risau, sila semak peta kampus dan tunjuk arah supaya anda dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan mengklik imej dibawah.

Dimana Untuk Bermula?

Biasakan diri anda dengan perkhidmatan, sumber dan kemudahan perpustakaan dan nasihat kami mulakan studi dan penyelidikan anda segera. Kenali bagaimana kami dapat menyokong objektif studi anda. Klik imej dibawah untuk Pemula atau bantuan dari Pustakawan kami!

Taklimat Perpustakaan

Perpustakaan menawarkan pelbagai kelas taklimat atau tutorial untuk pelajar dalam semua peringkat. Ini termasuklah untuk pelajar baru, rujukan subjek dan sesi Sarjana. Sila semak Kalendar Taklimat Perpustakaan untuk mendaftar dan ikuti kelas yang berkaitan dengan anda.

Akses

Sebagai pelajar berdaftar UUM, anda berkeistimewaan untuk mengakses bangunan dan kemudahan perpustakaan. Kami telah mengambil langkah untuk menetapkan ruang akses yang bersesuaian dengan apa jua situasi supaya suasana pembelajaran yang lancar tercapai.

Mengenai PSB

Kenali kami secara mendalam akan membantu anda memahami siapa kami, apakah visi dan misi kami, status kedudukan, kebolehgunaan sumber, perkhidmatan tersedia dll dalam proses kami membantu usaha pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan anda. Berhubung melalui platform media sosial untuk perhubungan langsung.

Waktu Pembukaan

Menerima pakai sesi dua semester secara tahunan, Perpustakaan dibuka untuk semua pengguna secara wajarnya. Semasa sesi Semester dijalankan, secara biasanya perpustakaan dibuka mulai jam 8 a.m ke 10 p.m dan limitasi ke 5 p.m semasa Cuti Semester. Sila semak waktu pembukaan perpustakaan untuk merancang kunjungan anda.

Koleksi

Koleksi perpustakaan adalah merangkumi kepelbagaian buku atau monograf, sumber digital, bahan arkib, jurnal atau majalah, laporan penyelidikan dll dan telah sedia dikenali kerana mempunyai koleksi yang komprehensif dalam pengajian pengurusan dan perniagaan. Sila semak maklumat bagi setiap koleksi untuk mengenali sumber yang ditawarkan.

Komputer

Kegunaan utama sistem komputer perpustakaan atau sumber komputer adalah untuk tujuan akademik, pendidikan, dan penyelidikan. Perpustakaan berhak untuk menghadkan masa penggunaan untuk setiap komputer yang digunakan terutamanya semasa waktu puncak untuk memastikan penggunaan yang setara untuk semua pelajar.

Panduan Perpustakaan

Untuk memastikan anda memahami perkhidmatan, kemudahan dan sumber perpustakaan, kami turut menyediakan pelbagai kaedah penerangan seperti kelas, panduan bercetak, tutorial atas talian dll. Beri ruang kepada diri anda untuk membaca panduan yang diberikan pada masa kelapangan dan hubungi pegawai bertanggungjawab untuk sebarang pertanyaan.

Bahasa

Kebanyakan staf kami mahir dalam pertuturan bahasa Inggeris dan semestinya bahasa Melayu. Anda boleh bertutur dengan menggunakan bahasa tersebut untuk mengemukakan sebarang persoalan di meja perkhidmatan perpustakaan. Anda juga mungkin berminat untuk memahami beberapa istilah perpustakaan yang digunakan dalam membantu kelancaran pembelajaran anda.

Sokongan

Perpustakaan menawarkan pelbagai kaedah untuk membantu anda sebagai individu atau berkumpulan. Kami mengalu-alukan sebarang komen, cadangan dan pendapat yang akan membantu kami untuk menyediakan perkhidmatan atau sumber yang terbaik. Hubungi Pustakawan kami jika perlukan bantuan atau pertanyaan mengenai perpustakaan.

Keselamatan

Sifat situasi sesuatu kecemasan yang tidak dapat diramalkan amatlah memerlukan refleksi tindak balas dan pemikiran segera yang jelas untuk mengelak kecederaan. Sila biasakan diri anda dengan prosedur berikut untuk melindungi diri anda semasa berlakunya sebarang kecemasan atau apa jua situasi berkaitan semasa kunjungan anda ke premis perpustakaan.

Kongsi :