Langkah Pemula di Perpustakaan

Perlu memulakan langkah anda di perpustakaan? Ini adalah panduan ringkas kepada staf dan pelajar dan jika anda memerlukan bantuan lebih mendalam, pustakawan di Meja Informasi boleh membantu anda. Atau Hubungi Kami secara atas talian atau menerusi platform media sosial untuk menghantar persoalan anda.

Dapatkan Bahan Bacaan Anda

Alternatifnya gunalah LibSearch untuk mencari bahan bacaan anda. Dapatkan panduan bagaimana untuk meneroka bahan perpustakaan dan mengakses ke sumber-sumber lainnya.

Selaraskan Penyelidikan Anda

Selaraskan proses penyelidikan anda dengan menggunakan alatan yang betul dan sumber yang berkaitan.

  • Dapatkan sokongan penyelidikan untuk memperoleh bahan dan maklumat penyelidikan yang anda kehendaki, uruskan sitasi dan penerbitan.
  • Perlukan bantuan dari Pustakawan kami? Jadualkan diri anda untuk Konsultasi Peribadi yang akan membantu anda mempercepatkan proses pencarian dan perolehan maklumat.
  • Anda telah menyiapkan penulisan Proposal, Tesis, Disertasi dan Kertas Penyelidikan? Masa untuk kerja akademik anda melalui proses Pengesanan Plagiat kerana ia adalah satu kewajipan.
  • Biasakan diri anda dengan Kaedah Rujukan yang efektif dan digunakan oleh universiti .
  • Kenali mengenai Plagiat dan jauhkan diri anda dari tabiat buruk tersebut.

Teroka Ruangan Perpustakaan

Terokai apakah yang perpustakaan dapat tawarkan untuk menjadikan pengalaman pembelajaran anda di dalam premisnya berjalan lancar. Kami mempunyai pelbagai persekitaran studi untuk menyokong pembelajaran dan penyelidikan anda, menyediakan ruang untuk peribadi dan kerja-kerja berbentuk berkumpulan. Ruangan-ruangan ini akan anda perolehi secara meluas di Bangunan Utama dan Baru Perpustakaan.

  • Biasakan diri anda dengan pilihan kawasan untuk bacaan dan studi.
  • Perlukan ruang tambahan untuk keperluan khas? Tempahlah auditorium untuk aktiviti khas seperti seminar, ceramah, taklimat dll.
  • Perlukan bilik peribadi atau ruang diskusi secara berkumpulan untuk kerja akademik anda? Tempahlah bilik karel atau diskusi bagi tujuan tersebut.
  • Jika anda tidak berupaya untuk mengikuti bengkel pada permulaan tahun sesi akademik anda, ambil masa anda dengan panduan kendiri dan memahirkan diri anda dengan ruang bangunan perpustakaan.

Libatkan Diri Anda

Libatkan diri anda dengan bengkel kemahiran pencarian maklumat dan sumber kami atau aktiviti perpustakaan.

  • Jalinkan diri anda dengan aktiviti membaca atau informasi seperti inisiatif kempen membaca, sukarelawan di dalam aktiviti hari kanak-kanak, pertandingan menulis, pesta buku, pameran dll
  • Dermalah buku atau bahan bacaan kepada perpustakaan supaya budaya berkongsi terus diamalkan.

Akses Kepelbagaian Sumber

Jangan terkongkong dengan sumber yang terhad, jadilah kreatif! Perpustakaan menawarkan pelbagai sumber untuk kemudahan anda.

Kembangkan Kaedah Pengajaran

Lakukan aktiviti pengajaran berbentuk strategik dan bantu pelajar anda membangunkan kemahiran dalam pencarian atau menilai maklumat berdasarkan perkhidmatan, sumber atau alatan perpustakaan.

  • Lihat apakah keistimewaan anda sebagai seorang ahli akademik dalam persekitaran perpustakaan.
  • Bantu kami dengan mencadangkan bahan akademik bagi tujuan perolehan dan membangunkan koleksi kami untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
  • Libatkan diri dalam membangunkan profail penerbitan anda menerusi Repositori UUM kerana ia menyediakan asas utama sumber rujukan terhadap penerbitan akademik oleh warga UUM.

Sentiasa Berhubung

Kemaskini maklumat akaun perpustakaan atau log masuk anda untuk mengakses sebarang sumber atas talian kami .

  • Akses akaun perpustakaan anda untuk selaraskan pinjaman, penyambungan tempoh pinjaman buku dan mengelak dendaan.
  • Semak akaun emel rasmi anda secara berterusan untuk mengetahui notis penting dari perpustakaan.
  • Sambung secara percuma dengan WiFi semasa anda berada di dalam perpustakaan.
  • Akses teknologi sokongan, kemudahan dan alatan di dalam perpustakaan.
  • Dapatkan maklumat log masuk dengan betul dan akses koleksi atas talian kami dengan lancar dan tepat.

Dapatkan Bantuan

Dapatkan panduan dimana untuk mendapatkan bantuan di dalam perpustakaan termasuklah menghubungi pustakawan kami.

Kongsi :