Konsultasi Peribadi

Bantuan Tambahan!

Konsultasi Peribadi (IPC) adalah satu perkhidmatan profesional yang disediakan oleh Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat selain dari Meja Perkhidmatan yang berbentuk umum. Pelajar UUM, ahli fakulti dan staf adalah dialukan untuk membuat janji temu secara konsultasi bersemuka dengan pustakawan rujukan. Perkhidmatan ini disasarkan kepada pengguna yang memerlukan bantuan mendalam, atau lanjutan dengan penyelidikan mereka atau membincangkan perkhidmatan dan sumber yang pelbagai di perpustakaan.

Pustakawan profesional kami akan membantu anda untuk mempercepatkan proses pencarian maklumat, mendapatkan butiran perkhidmatan dan aktiviti perpustakaan terkini, pengaksesan sumber elektronik perpustakaan dan banyak lagi. Tingkatkan pengetahuan anda dalam :

  • Identifikasi Sumber
  • Jenis bahan perpustakaan
  • Informasi Penyelidikan
  • Navigasi Laman
  • Alatan pencarian perpustakaan
  • Tip dan panduan
  • Maklumat terhadap bidang spesifik yang berkepentingan
  • Latihan terhadap pencarian dan perolehan maklumat

PENANGGUNGJAWAB

Hubungi kami untuk janji temu konsultasi peribadi :

  • Mazyana Hashim - Telefon : 049283636 ; emel: mazyana@uum.edu.my
  • Nor Allia Askandar - Telefon : 04-9283639; emel: norallia@uum.edu.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Meja Informasi - Telefon : 04-9283627

Jika anda ingin membuat janji temu dengan pustakawan kami, sila pilih dari pustakawan berikut :

  • Mazyana Hashim - Telefon : 049283636 ; emel: mazyana@uum.edu.my
  • Nor Allia Askandar - Telefon : 04-9283639; emel: norallia@uum.edu.my
Kongsi :