Koleksi Perpustakaan

Koleksi perpustakaan adalah merangkumi kepelbagaian buku atau monograf, sumber digital, bahan arkib, jurnal atau majalah, laporan penyelidikan dll dan telah sedia dikenali kerana mempunyai koleksi yang komprehensif dalam pengajian pengurusan dan perniagaan. Perpustakaan kini memiliki lebih dari dua ratus ribu naskhah bahan dengan capaian lebih dari 100, 000 edaran bahan setiap tahun. Sebaliknya, koleksi digital perpustakaan terus meningkat dengan pantas merangkumi lebih dari 1 juta termasuklah Tesis dan Disertasi UUM, Repositori, eBuku dll.

Koleksi Umum

Koleksi Umum menempatkan koleksi terbesar dengan lebih dari 100 ribu bahan bercetak seperti buku akademik dan umum dalam pelbagai perkara untuk membantu keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di dalam universiti.

| | Info Lanjut

Koleksi Atas Talian

Koleksi ini meliputi lebih dari 200 ribu bahan digital seperti pangkalan data langganan artikel jernal dalam pelbagai perkara, bahan repositori, eTesis digital & Disertasi, eBuku dan Sumber Percuma dengan aksesan kepada semua warga UUM.

| | | Info Lanjut

Koleksi Khas

Koleksi Khas menempatkan penerbitan bernilai dan nadir perpustakaan, termasuk buku nadir, Tesis UUM & Disertasi, Kertas Akademik Pelajar, Laporan Penyelidikan, Koleksi VC UUM, Koleksi Tun Dr. Mahathir, Laporan Syarikat dll.

| | | Info Lanjut

Koleksi Mikro

Secara keseluruhan ia merangkumi koleksi mikro filem yang terdiri dari isi kandungan berbentuk arkib keratan akhbar, artikel jernal, prosiding, penyelidikan, dll dan juga koleksi mikrofis ERIC yang meliputi dari tahun 1953-2001 (no. ED000001 - ED458352).

| | | Info Lanjut

Koleksi Arkib

Koleksi Arkib dibangunkan untuk memulihara rakaman memori mengenai Universiti yang diabadikan dalam bentuk imej, bertulis dan lisan sejak tertubuhnya Universiti pada tahun 1984. Ia mengandungi rekod mengenai aktiviti Universiti, jawatankuasa, lembaga, fakulti, staf dan pelajar serta juga koleksi imej yang meluas.

| | Info Lanjut

Koleksi Siri

Koleksi Siri adalah meliputi penerbitan bercetak atau atas talian yang diterbitkan secara berkala seperti tahunan, bulanan, mingguan, harian dll. Bahan-bahan liputan termasuklah majalah tempatan, jernal, akhbar, terbitan tahunan (seperti laporan, buku tahunan dan direktori) dalam pelbagai judul dan perkara.

| | Info Lanjut

Koleksi Kanak-Kanak

Sudut Kanak-Kanak adalah satu projek komuniti oleh Perpustakaan untuk kanak-kanak warga kampus UUM dan kawasan persekitaran. Ia dibuka pada tahun 1987 dan koleksinya terdiri dari bahan kanak-kanak seperti buku fiksyen, koleksi umum, ensiklopedia dan majalah.

| | Info Lanjut

Koleksi Rujukan

Koleksi Rujukan adalah seleksi bahan-bahan tidak boleh dipinjam merangkumi kamus, ensiklopedia, almanak, direktori, atlas, gazet, piawaian dan biografi, serta bahan seumpama dengannya, yang dipilih untuk memberi aksesan kepada maklumat berkaitan disiplin-disiplin kursus yang dipelajari dalam UUM.

| | Info Lanjut

Koleksi Undang-Undang

Ia adalah satu koleksi komprehensif mengenai undang-undang, laporan mahkamah dan bahan pengurusan berkaitan meliputi skop Anglo-American, luar negara, tempatan, perbandingan diantaranya dan undang-undang antarabangsa termasuklah dari bidang kuasa U.S, Britain dan Komanwel, Eropah, dan kebanyakan negara Asia.

| | Info Lanjut

Koleksi Terhad

Ia merupakan satu koleksi salinan buku-buku teks akademik yang dicadangkan oleh ahli fakulti, monograf terpilih, nota syarahan, soal selidik penyelidikan dll sebagai rujukan untuk para pelajar. Keseluruhan bahannya adalah untuk pinjaman dalam tempoh yang singkat seperti semalaman atau mengikut tempoh jam.

|

Koleksi Media

Koleksi ini menyediakan pengguna kepada format tambahan bahan perpustakaan bagi tujuan akademik dan rekreasi untuk pelajar, ahli fakulti, dan staf. Ia terdiri dari pelbagai bahan dalam format audio visual seperti DVD, CD-Rom, kaset audio dan CD. Ia hanya boleh digunakan secara dalaman dan kelengkapan tidak disediakan untuk kebanyakan format.

|

Koleksi Bacaan Ringan

Ia mengutarakan satu koleksi fiksyen bacaan ringan atau bahan waktu senggang seperti novel laris edisi kulit lembut, cerita pendek, novel bergrafik, komik berjilid dll. Ia menawarkan alternatif stimulasi untuk kerehatan otak kepada para pelajar, staf dan ahli fakulti.

|

Koleksi Kertas Peperiksaan Terdahulu

Koleksi Kertas Peperiksaan Terdahulu adalah satu koleksi atas talian kertas peperiksaan UUM yang meliputi judul yang telah didigitalkan dari bentuk cetakan dalam pelbagai subjek yang diajar di UUM dan telah diterima oleh pihak Perpustakaan sejak 2008. Kandungan kertas peperiksaan ini boleh diakses oleh warga UUM sahaja menerusi platform eSumber.

| | | Info Lanjut

Sudut Profesor UUM

Ia adalah merupakan satu panel paparan profail profesor dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menyumbang terhadap pembangunan UUM dalam usaha pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Galeri ini memaparkan biografi mendalam dan senarai penerbitan didalam subjek yang berbeza berkaitan dengan jurusan masing-masing serta juga profail akademik.

| | Info Lanjut

Diskripsi Ikon

: Akses Terbuka

: Akses Terhad

: Akses Atas Talian Sahaja

: Bahan Boleh Dipinjam

: Perlu Log Masuk dgn KataNama/Laluan

: Bahan Tidak Boleh Dipinjam, Aksesan Dalaman

: Bahan boleh Dimuat Turun

: Bahan Boleh Dipinjam Dalam Masa yang Ditetapkan

: Alatan untuk Membaca, Simpan atau Cetakan disediakan

: Mesin Fotokopi Disediakan

Pembangunan Koleksi

Untuk membangunkan satu tahap bahan perpustakaan yang terbaik bagi tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UUM, kami berusaha untuk memperoleh bahan rujukan yang berkualiti untuk koleksi kami. Bagi mencapai maksud tersebut pihak Perpustakaan membeli bahan dari pembekal atau penerbit yang diiktiraf dari seluruh dunia. Perolehan bahan yang berkualiti ini seperti buku, jernal, audio visual dll diperolehi dengan kerjasama ahli fakulti dan para pelajar dalam membuat pemilihan bahan. Seterusnya bahan tersebut diproses oleh pustakawan untuk memastikan pengguna mudah mengesan bahan yang dikehendaki.

 

Bantu Kami Membina Koleksi Terbaik

Kongsi :