Peraturan Perpustakaan

Objektif Perpustakaan adalah untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti. Peraturan dan pengawalan diperlukan oleh Perpustakaan untuk capaian objektif tersebut. Setiap ahli perpustakaan adalah tertakluk kepada peraturan ini. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan berikut.

  1. Hanya pengguna berdaftar dan mereka yang diluluskan oleh Ketua Pustakawan dibenarkan untuk mengguna perpustakaan.
  2. Pengguna perpustakaan perlu menggunakan kad mektrik pintar beliau untuk memasuki premis perpustakaan menerusi halangan elektronik dan mempamerkannya apabila diminta berbuat demikian oleh staf perpustakaan.
  3. Pengguna berdaftar adalah dilarang untuk membawa masuk sebarang makanan dan/atau minuman ke dalam Perpustakaan kecuali air mineral atau air kosong, merokok termasuk secara konvensional atau rokok elektronik, membuat bising, tidur atau membuat sesuatu yang boleh mengganggu persekitaran pembelajaran di dalam perpustakaan.
  4. Mencacatkan, merosakkan atau memusnahkan sebarang harta hak milik perpustakaan atau sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kemusnahan terhadap harta tersebut adalah satu kesalahan. Pengguna tersebut akan dipertanggungjawabkan untuk membayar pampasan kepada perpustakaan pada kadar dua kali ganda nilai kos hak milik yang dimusnahkan.
  5. Pengguna perpustakaan diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan pengawalan perpustakaan.
  6. Setiap pengguna perpustakaan juga perlu mematuhi kod pemakaian Universiti.
  7. Pengguna perpustakaan adalah dilarang untuk menggunakan sebarang peranti/alatan elektronik seperti telefon bimbit, walk-man, kamera atau lain-lain yang boleh mengganggu pengguna lainnya.
  8. Pengguna perpustakaan perlu mematuhi peraturan limitasi peminjaman buku dan akan bertanggungjawab untuk memulangkannya pada tarikh yang ditetapkan.
  9. Denda akan dikenakan untuk pemulangan pinjaman bahan yang lewat.
  10. Peminjam adalah bertanggungjawab terhadap item/bahan yang dipinjam. Untuk sebarang kehilangan yang berlaku, peminjam akan dikenakan kadar dua kali ganda nilai harga bahan tersebut. Walaubagaimanapun pengguna boleh menggantikan bahan tersebut dengan nashkah yang sama atau edisi terbaru bahan tersebut. Jika kes tiada gantian, Ketua Pustakawan berhak untuk menetapkan bayaran yang munasabah untuk menggantikan item/bahan yang hilang tersebut.
  11. Staf perpustakaan berhak untuk membuat pemeriksaan terhadap beg, tas tangan, folder, fail atau pemilikan pengguna yang lainnya sebelum mereka meninggalkan premis perpustakaan.
  12. Sebarang perubahan terhadap alamat pengguna perlulah dimaklumkan dengan segera kepada perpustakaan.
  13. Tempahan tempat duduk adalah dilarang. Sebarang item yang ditinggalkan diatas meja lebih dari 30 minit tanpa kawalan akan diambil oleh staf perpustakaan. Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan kepada sebarang item peribadi pengguna.
  14. Pengguna perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan barangan yang dibawa ke dalam premis perpustakaan.
  15. Semua perkhidmatan kaunter di dalam premis perpustakaan akan ditutup 15 minit sebelum tempoh masa penutupan perpustakaan. Loceng akan dibunyikan dua kali untuk menandakan masa penutupan. Pengguna perpustakaan perlu meninggalkan dengan segera premis perpustakaan pada masa penutupan.
  16. Staf perpustakaan berhak untuk mengarahkan pengguna untuk meninggalkan premis perpustakaan jika adanya pelanggaran terhadap peraturan perpustakaan atau universiti.
  17. Pengguna yang membawa keluar/masuk dalam milikan mereka sebarang bahan perpustakaan menerusi/melalui amaran elektronik tanpa bukti resit peminjaman atau tanpa kebenaran Ketua Pustakawan akan dihadapkan untuk tindakan disiplin oleh Universiti/Pihak Berkuasa Universiti.

(sepertimana diluluskan oleh Jawatankuasa Perpustakaan pada 17 November 1985 dengan pindaan pada 29 September 1999, 2 Jun 2005 dan 22 Januari 2017)

Lain-lain : Peraturan dan Pengawalan terhadap penggunaan Perkhidmatan PSB

Kongsi :