Akaun Saya

Apakah Ia dan Mengapa?

Untuk memastikan transaksi yang selamat dan lancar dalam penyampaian perkhidmatan, Perpustakaan menyediakan beberapa halaman khas kepada ahli sahaja. Oleh itu alatan log masuk diperlukan untuk membolehkan ahli mengakses perkhidmatan atau kemudahan yang ditetapkan. Sebagai contohnya perkhidmatan seperti pangkalan data langganan adalah dihadkan kepada warga UUM sahaja, oleh itu log masuk secara sah adalah penting dan diwajibkan.

Jangan berkongsi, hilangkan atau mendedahkan butiran log masuk anda kerana ia mungkin akan digunakan oleh individu yang tidak sah dan akaun anda akan dibekukan jika dikesan. Sila pastikan profail anda khasnya saluran komunikasi adalah terkini seperti alamat emel dan nombor telefon.

Log Masuk Akaun Perpustakaan - WebPAC Pro

Akaun Perpustakaan adalah satu platform kepada semua ahli perpustakaan untuk menguruskan aktiviti sirkulasi mereka seperti peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan, kemas kini profail, membuat tempahan, menyemak dendaan dll.

Untuk log masuk ke Akaun Perpustakaan anda > Masukkan butiran Log Masuk anda iaitu Nama Awal sebagai KataNama & Nombor ID Staf/Pelajar sebagai KataLaluan. Jika anda terlupa ID anda, sila dekati Pusat Sehenti Sirkulasi atau Telefon : 6049283628 untuk pertanyaan.

Lihat panduan Bagaimana Mengakses Akaun Anda disini.

Anda boleh log masuk ke Akaun Anda DISINI!

eSumber perpustakaan atau Sumber Elektronik adalah satu platform yang menghimpunkan kebanyakan koleksi atas talian khasnya pangkalan data yang dilanggan dalam pelbagai subjek yang dipelajari di dalam universiti. Ia menyediakan skop yang luas dalam sumber elektronik termasuklah ebuku, akhbar, jernal, pangkalan data, artikel jernal teks penuh, indeks, laporan, prosiding, fail kes, kertas penyelidikan, tesis dan disertasi, dll. Sehingga kini terdapat sejumlah 1,272,089 Buku Elektronik, 67,710 Jernal Elektronik dan 23 Pangkalan Data langganan.

Ia boleh diakses oleh warga UUM sahaja dengan menggunakan kombinasi KataNama dan KataLaluan. Bagaimanapun, atas sebab sekatan hak cipta/pelesenan, tidak semua pangkalan data boleh diakses dari rumah.

Lihat panduan Cara Akses eSumber dari panduan ini.

Anda boleh mengakses eSumber di sini atau gunakan Pautan Pantas untuk pilihan.

Untuk memastikan pengumpulan dan menguruskan semua penerbitan akademik, Repositori UUM dibangunkan untuk liputan ahli fakulti, staf dan pelajar sarjana seperti artikel jernal, kertas persidangan, laporan penyelidikan, bab buku dan artikel akhbar. Teks penuh bahan-bahan ini boleh di muat turun (dengan kebenaran penulis) dan bertindak sebagai rujukan utama penerbitan akademik oleh warga UUM. Sebagai ahli fakulti, anda boleh muat naik penerbitan akademik anda ke dalam sistem dengan melakukan log masuk (perlukan akaun) atau mewakilkan proses tersebut kepada staf kami di Bahagian ePerpustakaan.

  • Untuk memperolehi akaun, sila hubungi Puan Ku Safina Ku Ismail di o49283660 atau Puan Norazmilah Yaakub di 049283662 atau mohon menerusi atas talian untuk tujuan tersebut. Satu akaun repositori akan diwujudkan dibawah profail anda dan anda boleh mendeposit metadata penerbitan sendiri. Lihat panduan Permohonan Akaun Repositori
  • Wakilkan proses tersebut kepada staf Bahagian ePerpustakaan dengan menyatakannya menerusi borang atas talian. Metadata penerbitan anda akan didepositkan bagi pihak anda dari masa ke semasa berdasarkan permohonan anda atau makluman yang diberikan oleh Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat yang mengendalikan pemantauan terhadap semua dokumen penerbitan UUM. lihat Permohonan untuk Deposit Bahan Repositori

Ia adalah satu koleksi yang berkembang pantas dengan menghimpunkan tesis sarjana yang dihasilkan oleh penyelidik UUM. Ia meliputi judul-judul yang didigitalkan dari bentuk cetakan dan telah mula dihasilkan dari tahun 1986 dalam pelbagai subjek yang diajar didalam universiti. Kandungannya adalah bebas diakses untuk tujuan penyelidikan peribadi atau pembelajaran, pendidikan, atau bukan untuk tujuan keuntungan dari sistem yang disediakan .

Setiap bahan boleh diakses secara teks penuh .pdf menerusi kata laluan yang boleh diperolehi dari eSumber . Lihat panduan Bagaimana Akses eTesis

Untuk koleksi cetakan, anda boleh memperolehinya dari Koleksi Khas yang berada di Aras 3 (Tingkat 3), Bangunan Baru perpustakaan.

Anda boleh mengakses eTesis UUM DISINI!!

Melainkan anda adalah salah seorang Pentadbir laman web kami, anda adalah dilarang untuk mengakses platform laman web kami : WordPress. Sebarang log masuk lain jika kedapatan, yang berkaitan dengan fungsi laman web kami akan diletakkan di bahagian hadapan laman dan akan dinyatakan untuk kemudahan anda. Pada masa sekarang semua pendaftaran umum adalah dibekukan untuk tujuan sekuriti dan dihadkan kepada staf perpustakaan sahaja.

Untuk log masuk sebagai pentadbir, sila pilih Log Masuk Pentadbir dari menu Pautan Pantas.

Kongsi :