Carta Organisasi

Lain-lain : Mengenai PSB | Mesej Ketua Pustakawan | Carta | Pasukan Kami | Penyataan Q | Piagam Pelanggan | Pencapaian

**Klik pada tab atau foto untuk maklumat lanjut | Imej Carta : English / Melayu

Ketua Jabatan Perpustakaan UUM, Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM

En Salleh Hudin Mustaffa

Setiausaha

Norazianti

En Muhamad Mazlan Jalla

Juga Ketua Jabatan Perkhidmatan Pelanggan

 

Untuk menyedia dan memberikan perkhidmatan sokongan yang terbaik kepada seluruh staf perpustakaan dan bertindak sebagai pemudah cara untuk mereka berfungsi dengan cekap dan efektif; dengan objektif untuk:

> Memberi perkhidmatan sokongan dan menjadi pemudah cara atau fasilitator kepada Jabatan/Bahagian/Unit di Perpustakaan Sultanah Bahiyah.
> Memastikan segala bentuk perkhidmatan sokongan yang diberi atau disalurkan telah/akan digunakan oleh Jabatan/Bahagian/Unit di Perpustakaan Sultanah Bahiyah secara optimum mengikut garis panduan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan serta memastikan segala aspek keselamatan yang merangkumi seluruh warga PSBUUM, dokumentasi, maklumat, bangunan dan harta benda (peribadi dan kerajaan) sentiasa terpelihara dan terjamin.
> Melaksana dan memberi khidmat nasihat serta sokongan dalam pengurusan dan dokumentasi rekod, sistem keselamatan dan perkhidmatan perpustakaan.
> Memberi perkhidmatan yang berkesan dalam keurusetiaan mesyuarat, kebajikan dan sukan.
> Merancang dan mengurus sumber Perpustakaan Sultanah Bahiyah merangkumi sumber manusia, kewangan dan sumber lain agar dapat berfungsi dengan berkesan.
> Menilai dan mengambil tindakan wajar bagi penambahbaikan operasi dan perkhidmatan perpustakaan.

Mengendalikan sumber manusia, latihan & pentadbiran

 

Mengendalikan akreditasi penyelidikan, komunikasi korporat dan data statistik

Mengendalikan Muzium Pengurusan UUM

Untuk membangunkan, memantap dan memproses bahan perpustakaan serta menyediakan perkhidmatan yang berkualiti di dalam membantu usaha pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan; dengan objektif untuk :

> Membina dan memantap koleksi dalam pelbagai bidang dan format sejajar dengan keperluan pengguna.
> Memproses dan mengkatalog bahan perpustakaan mengikut plawaian.
> Menyediakan dan menawarkan perkhidmatan perpustakaan yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
> Memantau dan memastikan prasarana yang disediakan sentiasa berkeadaan baik dan digunakan secara optimum.

Mengendalikan perolehan bahan perpustakaan dan pembangunannya

Mengendalikan pengkatalogan bahan perpustakaan dan pengkelasan

Mengendalikan pembangunan hadiah dan pertukaran bahan perpustakaan

Mengendalikan perolehan bahan siri dan pangkalan data langganan

Mengendalikan bahan arkib dan pembangunannya

Untuk menyediakan dan menawarkan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti bagi menyokong proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan; dengan objektif untuk :

> Menyediakan dan menawarkan perkhidmatan perpustakaan yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
> Merancang, melaksana dan menilai program kemahiran maklumat kepada pengguna.
> Mengurus dan menyelenggara sumber maklumat yang berkaitan secara sistematik agar mudah dikesan dan diakses.
> Memantau dan memastikan prasarana yang disediakan sentiasa berkeadaan baik dan digunakan secara optimum.
> Mempromosi perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna.

Mengendalikan sirkulasi perpustakaan dan meja perkhidmatan

Mengendalikan koleksi nadir dan bahan media

Mengendalikan penyebaran maklumat dan perkhidmatan rujukan

Perpustakaan Cawangan UUM KL

Untuk merancang, melaksana dan memastikan aktiviti pengkomputeran yang optimum bagi menyokong pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan; dengan objektif untuk :

> Mengurus dan menyelenggara sistem perpustakaan bersepadu meliputi dokumentasi, latihan dan pengurusan aplikasi.
> Menyelenggara perkakasan dan perisian serta merancang peningkatan gunaselia pengkomputeran.
> Mengurus dan menyediakan infrastruktur serta perkhidmatan perpustakaan elektronik.

Mengendalikan sistem integrasi atas talian perpustakaan dan pembangunannya

Mengendalikan pelayan perpustakaan, aplikasi & penyenggaraan alatan

Mengendalikan sistem digital Repositori UUM dan laman web perpustakaan

Kongsi :