Semakan Plagiat – Turnitin

Mengapa Semakan Plagiat diperlukan Terhadap Dokumen Anda?

Untuk memastikan pengekalan kualiti kerja akademik dan penerbitan, pihak Universiti telah melaksanakan prosedur yang ketat kepada ahli akademik dan pelajar sarjana untuk menyediakan Artikel, Proposal, Tesis, Disertasi dan Kertas Penyelidikan untuk pengesanan plagiat. Tindakan ini dilakukan untuk memastikan semua penerbitan akademik oleh warga UUM adalah bebas dari perbuatan plagiat yang boleh memberi kesan terhadap penarafan universiti jika tidak dipandang serius. Bagi tujuan tersebut, Perpustakaan menyediakan alatan pengesanan plagiat yang dikenali sebagai Turnitin yang boleh diakses menerusi laman web ini.

Adakah anda bersedia untuk menyemak kertas pengajian anda? Klik DISINI!

(Turnitin adalah satu platform pihak ketiga yang menyediakan alatan untuk mengesan dan menyemak kerja akademik anda berdasarkan pangkalan datanya, dan jika ada kedapatan penulisan anda mempunyai keserupaan , atau persamaan berbanding, dengan sumbernya, satu Laporan Persamaan akan dihasilkan untuk tindakan atau ulasan. Ia tidak mempunyai perhubungan dengan Perpustakaan dalam sebarang cara kecuali ia dilanggan untuk mengendalikan tugasan berkenaan)

Pengenalan

Apakah Turnitin?

Turnitin adalah satu sistem pemadanan teks secara elektronik yang membandingkan teks dari tugasan pelajar dengan sumber-sumber dari pangkalan data. Pangkalan data ini mengandungi salinan teks secara elektronik dari Internet, penulisan yang diterbitkan, dari pangkalan data komersil, dan juga tugasan yang telah dihantar ke Turnitin oleh para pelajar dari universiti di seluruh dunia, termasuklah tugasan yang diperolehi dari laman Internet yang menjual dokumen mereka.

Turnitin menyediakan Laporan Keaslian yang mana teks yang sepadan akan digariskan, berkodkan warna, dan pautan ke sumber asal atau mempunyai keserupaan dokumen yang terdapat didalam pangkalan data. Laporan ini juga menyediakan indikasi terhadap perkadaran tugasan yang dihantar yang memadani sumber lainnya, yang dikenali sebagai Indeks Kesamaan.

Akaun Turnitin

a. Staf Akademik
Akaun tadbir adalah dikeluarkan oleh Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat di Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Ahli fakulti boleh menghubungi mereka untuk mengakses Turnitin. Setelah diwujudkan akaun, ahli fakulti akan menerima satu emel pengaktifan dari pihak Turnitin bersama arahan logmasuk. Sila Reset KataLaluan Turnitin jika anda tidak pasti samada emel anda telah didaftarkan untuk Turnitin atau tidak.

Klik Disini untuk Panduan Pantas Penyelia

Untuk memohon akaun, sila hubungi:

Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat,
Aras 1, Bangunan Baru,
Perpustakaan Sultanah Bahiyah.
604 – 928 3635 / 3636 / 3638 / 3639

b. Pelajar
Pihak Perpustakaan tidak menyediakan akaun Turnitin untuk pelajar. Penyelia atau pensyarah anda akan samada mendaftarkan anda secara langsung atau menyediakan ID kelas dan katalaluan Turnitin kepada anda mendaftar.

Klik Disini untuk Panduan Pantas Pelajar

Jika anda terlupa KataLaluan, klik butang "LogMasuk" dan kemudian klik pautan "Lupa KataLaluan Anda"?” dari laman web Turnitin. Untuk tetapan KataLaluan, sila masukkan maklumat seperti dinyatakan dibawah:

KATEGORI ALAMAT EMEL NAMA AKHIR ATAU KELUARGA
Staf Academik, Pentadbiran Alamat penuh emel UUM. Jika tidak berfungsi, sila cuba dengan info berikut:

Nombor staf anda

Jika nombor staf terkini tidak berfungsi, sila cuba dengan nombor staf terdahulu.

(Masukkan simbol sahaja)

Pelajar Sebagaimana didaftarkan dengan Turnitin Nama akhir atau keluarga anda.

Klik Logo untuk Akses

Notis Penting

Maklumat dan isi kandungan berkaitan Verifikasi Pengesanan Plagiat (VPC) untuk pelajar sarjana UUM ini disediakan oleh Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat berkaitan, sila hubungi :

Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat,
Aras 1, Bangunan Baru,
Perpustakaan Sultanah Bahiyah.
604 – 928 3635 / 3636 / 3638 / 3639

Kongsi :