Kaedah Rujukan

Apakah Rujukan?

Rujukan adalah sitasi atau memaklumi sumber maklumat (buku, jernal, laman web dll.) yang anda gunakan didalam tugasan atau penulisan. Ia amat penting dilakukan kerana setiap rujukan mempunyai maklumat yang lengkap supaya pembaca boleh menyemak sumber asal darinya. Ia perlu dimasukkan maklumat yang lengkap dan tepat dalam sumber petikan, penyelidikan, imej, pandangan dll. (malah setiap sumber yang tidak dihasilkan oleh anda) dalam kandungan teks dan didalam senarai rujukan yang terletak di penghujung penulisan anda. Secara nyatanya senarai rujukan adalah merujuk kepada petikan sumber yang digunakan didalam kandungan penulisan anda dan tiada persamaan dengan bibliografi .

Kaedah Rujukan

Terdapat banyak kaedah rujukan yang digunakan. Anda perlu menyemak kaedah yang dikehendaki oleh Fakulti atau Sekolah anda untuk digunakan tetapi kebanyakannya di UUM, kaedah APA adalah yang paling efektif dan diguna pakai.

Apakah Manfaatnya??

  • Mengelak plagiat
  • Menguatkan hujah dan dakwaan akademik anda
  • Mengakui sumbangan penulisan lain
  • Membenarkan pembaca atau pensyarah anda untuk mengesahkan maklumat anda
  • Menunjukkan kedalaman atau cakupan penyelidikan anda
  • Menunjukkan kepada pembaca sumber-sumber yang anda gunakan

Alatan Rujukan

Jika anda menggunakan kaedah APA untuk tugasan anda, anda boleh menggunakan alatan atau isi kandungan berikut sebagai panduan.

  • Satu siri video tentang bagaimana untuk menguruskan rujukan atau sitasi dalam kaedah APA berdasarkan isi kandungan oleh Crystal Rose, Pustakawan Perkhidmatan Awam, Perpustakaan Universiti Memorial, dengan kerjasama jabatan universiti iaitu Pengajian Jarak Jauh, Pembelajaran & Sokongan Pengajaran. Klik Disini!
  • Satu tutorial oleh laman web APA yang ditujukan kepada mereka yang tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai kaedah APA®. Ia menunjukkan kepada pengguna bagaimana untuk menstruktur dan memformatkan kerja mereka, mencadangkan cara untuk mengurangkan bias dalam bahasa, mengenalpasti bagaimana untuk mengelak tudukan memplagiat, menunjukkan bagaimana untuk sitasi rujukan dalam teks, dan menyediakan contoh rujukan terpilih. Klik Disini!
  • REDBOOK: Ia merupakan satu panduan Penulisan Akademik dan memformat APA yang akan membantu anda menajamkan kemahiran menulis laporan penyelidikan dan esei serta mengikut panduan memformat kaedah American Psychological Association (APA). Ia amat berguna kepada pelajar universiti dalam sains sosial, termasuklah psikologi, kriminologi, kerja sosial, dan pendidikan, dan juga kesihatan , seperti kesihatan awam dan sains latihan. Klik Disini!
  • Satu panduan dari Scribbr terhadap kaedah rujukan APA dan sitasi termasuklah menggunakan Penjanaan Sitasi Kaedah APA secara atas talian. Klik Disini!
Kongsi :