Meja Perkhidmatan

Kami Berkhidmat!

Untuk memastikan transaksi atau penyebaran maklumat adalah lancar di kalangan pengguna semasa penggunaan perpustakaan, kami menyediakan beberapa meja perkhidmatan di dalam premis perpustakaan. Meja perkhidmatan ini bertindak sebagai saluran komunikasi yang menyediakan poin perhubungan peribadi (SPOC) diantara kami dan pengguna. Tujuan ia diwujudkan adalah untuk memastikan pengguna menerima bantuan yang sewajarnya sesingkat mungkin dan juga berperanan sebagai poin sokongan kepada pengguna yang ingin mendapatkan maklumat tambahan berkaitan perkhidmatan tertentu perpustakaan, sumber atau alatan berdasarkan lokasi mereka berada. Jangan teragak-agak untuk mendekati mana-mana meja perkhidmatan jika anda memerlukan panduan khasnya di Pusat Sehenti Sirkulasi kerana ia merupakan meja perkhidmatan komunikasi utama kami dengan anda.

Meja Perkhidmatan Perpustakaan UUM
Pusat Sehenti Sirkulasi

Pusat Sehenti Sirkulasi memberi fokus terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kepada pengguna yang berkaitan dengan orientasi sirkulasi seperti peminjaman atau pemulangan bahan perpustakaan, pembayaran denda, pungutan bahan tempahan, permohonan pencarian bahan di rak dll.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Peminjaman atau Pemulangan Bahan Perpustakaan - Selain dari menggunakan mesin Layan Diri/Book Drop untuk mengendalikan aktiviti peminjaman/pemulangan bahan anda, anda juga boleh memohon staf di meja ini untuk membantu anda menguruskan transaksi tersebut khususnya jika bahan tersebut memerlukan perhatian lanjut seperti keralatan mengesan rekod metadata oleh mesin Layan Diri/Book Drop, tidak dapat menggunakan mesin Layan Diri/Book Drop atas isu tertentu, anda perlu mengesahkan rekod akaun anda, denda tidak berbayar, anda baru pertama kali menggunakan perpustakaan, dll.
  • Pembayaran Denda - Bagi mereka yang mempunyai bahan yang terlebih masa pinjaman, denda akan dikenakan secara automatik oleh sistem berdasarkan kategori bahan. Anda boleh melakukan pembayaran disini dan salinan resit akan diberikan sebagai bukti transaksi rasmi.
  • Pungutan Bahan Tempahan - Jika anda melakukan tempahan terhadap bahan yang berstatus peredaran, anda boleh memungut bahan tersebut disini pada tarikh pemulangan atau semak emel untuk memastikan pengesahan status. Bahan yang ditempah akan diletakkan selama 4 hari untuk pungutan sebelum disusun semula ke rak jika tiada tuntutan dilakukan.
  • Memohon Pengesanan Bahan - Dalam masa tertentu, sesuatu bahan mungkin akan tersalah susunan atau digunakan oleh pengguna terutamanya ketika waktu puncak seperti minggu peperiksaan atau kerja kursus. Jika anda gagal mengesan sesuatu bahan walaupun sistem menunjukkan keberadaannya di rak atau ia terletak di Bilik Stack, sila dapatkan bantuan dari staf. Hanya isikan borang yang disediakan dan kami akan memberi maklum dalam tempoh 3 hari.
  • Isu Akaun Perpustakaan - Jika anda mempunyai isu berkaitan dengan profail akaun perpustakaan anda, transaksi denda yang tidak betul, tidak boleh log masuk dll, anda boleh dapatkan bantuan dari staf untuk membuat semakan masalah berkaitan. Sila sediakan bukti berkaitan seperti kad pelajar atau identifikasi, pasport, pengesahan dari pihak berkuasa dll semasa proses tersebut.
  • Isu Kemasukan ke Perpustakaan - Anda mungkin menghadapi sekatan di pintu masuk perpustakaan kerana kad staf/pelajar anda tidak dapat dibaca oleh sistem keselamatan. Jangan panik, sahkan status menerusi staf bertugas dengan menghampiri meja ini untuk menyemak sebarang komplikasi kad anda.
  • Laporan Kehilangan Bahan - Jika anda kehilangan bahan yang dipinjam semasa didalam pimilikan anda, sila dekati meja ini secepat mungkin dan mohon bantuan staf untuk panduan. Anda akan dikehendaki untuk mengisi borang Laporan Kehilangan Bahan sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil. Jika perlu kami akan uruskan temujanji dengan Pustakawan Sirkulasi untuk menyelesaikan masalah tersebut secara berhemah.

Lokasi

Aras Satu (Tingkat Kedua), Bangunan Baru Perpustakaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Pusat Sehenti Sirkulasi, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah | Telefon : 04-9283628

 

Meja Informasi adalah satu pusat hentian Perkhidmatan Rujukan yang dikendalikan oleh Pustakawan yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat serta panduan berkaitan sumber yang disediakan di dalam perpustakaan.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Konsultasi Peribadi - Satu perkhidmatan konsultasi profesional dari Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat untuk membantu pengguna yang memerlukan panduan secara peribadi terutamanya penyelidik dalam perolehan maklumat dan melakukan kerja penyelidikan.
  • Rujukan & Bengkel Maklumat - Pengguna boleh mendapatkan nasihat mengenai perolehan maklumat latar, memilih dan menilai sumber, mencari maklumat, dan teknik sitasi penyelidikan atau perolehan sumber berdasarkan maklumat yang diperlukan.
  • Sesi Pendidikan Pengguna - Skil maklumat akan diajar di dalam kelas pendidikan pengguna, dianjurkan dari masa ke semasa. Pelajar boleh menyemak jadual kelas yang akan diadakan.
  • Panduan Perpustakaan & Tip Pengguna - Panduan praktikal dan tip berkaitan pengkalan data atas talian, katalog perpustakaan, perkhidmatan perpustakaan dan kemudahan dapat diperolehi disini.
  • Perkhidmatan Maklumat Penyelidikan - Ia adalah perkhidmatan berbayar dengan fokus untuk menyokong usaha penyelidikan dengan menyediakan pencarian dan perolehan maklumat profesional.
  • Pertanyaan Umum - Bertemu dengan pustakawan rujukan untuk mengenalpasti sumber berkaitan, belajar untuk membuat carian pangkalan data secara efektif, atau langkah pemula di perpustakaan. Anda juga boleh bertanya mengenai arah tuju atau sebarang panduan semasa di perpustakaan.
  • Mengemukakan Aduan - Jika anda mempunyai isu berkaitan dengan perkhidmatan, sumber, kemudahan atau alatan kami, sila dekati tanpa ragu dan berunding dengan pustakawan kami di meja ini untuk bantuan. Kami mungkin boleh membantu untuk menyelesaikan isu tersebut secara tuntas atau anda boleh mengisi Borang Aduan sebagai notis rasmi.

Lokasi

Aras Satu (Tingkat Kedua), Bangunan Baru Perpustakaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Meja Informasi, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah | Telefon : 04-9283627 | emel : refquery@uum.edu.my

Meja Koleksi Undang-undang & Terhad adalah direka bentuk untuk membantu sebarang pertanyaan berkaitan dengan Koleksi Undang-undang dan Terhad & yang diletakkan di dalam persekitaran aksesan secara separa tertutup ini. Ini bermakna anda boleh mengakses koleksi ini dengan bebas dan membuat pinjaman bahan (berdasarkan kelayakan yang ditetapkan) tetapi hanya boleh merujuk koeksi terhad jika anda mempunyai maklumat berkaitan judul atau lokasi bersama anda.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Peminjaman Bahan Koleksi Terhad - Dekati staf bertugas dengan nombor kelas atau judul dari carian anda supaya mereka boleh melakukan carian di rak koleksi secara tepat. Sila ambil perhatian bahawa kebanyakan bahan adalah untuk peminjaman dalam tempoh masa pendek sahaja seperti pinjaman semalaman atau berdasarkan jam.
  • Peminjaman Buku Undang-Undang - Jika anda telah mendapat buku yang dikehendaki, anda boleh meminta staf bertugas untuk memproses peminjaman anda di meja ini. Anda juga boleh menggunakan mesin Layan Diri berdekatan di aras yang sama.

Lokasi

Aras Lima , Bangunan Utama Perpustakaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Pusat Sehenti Sirkulasi, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah | Telefon : 04-9283628

Ia disediakan untuk membantu pengguna yang mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan dengan aksesan koleksi ini yang menghimpunkan penerbitan bernilai dan tidak ternilai, termasuk buku nadir, Tesis UUM & Disertasi, Kertas Akademik Pelajar, Laporan Penyelidikan, Koleksi VC UUM, Koleksi Tun Dr. Mahathir, Laporan Syarikat dll.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Peminjaman Bahan Media - Dekati staf bertugas dengan maklumat nombor panggila atau judul supaya mereka dapat menyemak lokasi bahan dengan tepat dari kompartmen koleksi media. Bahan seperti cd-rom, cd atau dvd boleh dipinjam (berdasarkan kelayakan pengguna) dan pengguna adalah dinasihatkan untuk membuat pemulangan di lokasi yang sama.
  • Mengakses Koleksi Khas - Kebanyakan bahan di dalam Koleksi Khas adalah berbentuk nadir dan disusun secara persekitaran akses tertutup. Pengguna tidak dibenarkan untuk menyemak bahan secara bebas sepertimana di rak umum kecuali anda telah mengesan lokasi bahan terlebih dahulu. Anda boleh memohon bantuan dari staf untuk mengesan bahan atau menggunakan LibSearch.

Lokasi

Aras Kedua (Tingkat Ketiga), Bangunan Baru Perpustakaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Koleksi Khas, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah | Telefon : 04-9283656

Untuk memastikan perkhidmatan yang lancar, selamat dan sistem pemantauan berterusan, kami menyediakan Meja Sekuriti di pintu masuk di kedua bangunan perpustakaan. Staf akan berada disitu sepanjang masa sesi perkhidmatan perpustakaan berjalan dan akan membantu anda berkaitan dengan isu sekuriti seperti tidak dapat memasuki pintu aksesan sekuriti, laporan kehilangan barangan, laporan gangguan, kawalan kecurian dll.

Adalah dinasihatkan kepada semua pengguna bahawa staf bertugas akan melakukan pemeriksaan secara rawak di pintu masuk atau keluar atas alasan keselamatan dari masa ke semasa tanpa notis. Kami mengharapkan agar pengguna tidak panik sebaliknya membantu proses tersebut dan terus bergerak setelah selesai.

 

Jika anda memerlukan bantuan untuk carian buku di rak, tidak dapat mengesan lokasi tertentu atau alatan, bertanya arah tuju, mencapai buku di rak dll, jangan ragu untuk memohon bantuan dari staf petugas di meja ini. Meja ini terletak di aras 1 (Tingkat Bawah) Bangunan Baru yang direka bentuk untuk membantu pengguna dengan masalah pengaksesan bahan atau buku perpustakaan.

Lokasi

Aras 1 (Tingkat Bawah), Bangunan Baru Perpustakaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Pusat Sehenti Sirkulasi, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah | Telefon : 04-9283628

Kongsi :