Khidmat untuk Alumni/Pelawat

Semua Dialu-alukan!

Sebagai sebuah perpustakaan akademik yang memberi fokus kepada penyampaian bahan untuk menyokong pembelajaran akademik, pengajaran dan penyelidikan kepada warga UUM, kami juga mengalu-alukan komuniti dari pihak awam, institusi pendidikan rendah seperti sekolah, pusat matrikulasi, vokasional, pusat latihan dll, jabatan kerajaan dan swasta, institusi pendidikan tinggi, kanak-kanak serta juga orang berkepentingan ke perpustakaan. Semua dialu-alukan untuk melawat Perpustakaan Sultanah Bahiyah, kampus UUM dan menggunakan buku, jernal atau kebanyakan bahan untuk keperluan pengajian, rujukan dan penyelidikan anda. Anda boleh merujuk kepada hampir semua koleksi kami (bergantung kepada kelayakan) dan sumber dengan kemudahan terbaik yang tidak boleh disangkal. Kami berharap anda akan memperoleh lawatan yang menyenangkan dan kami akan, bagaimanapun, melakukan yang terbaik untuk anda demi memastikan lawatan dan penggunaan perpustakaan tercapai.

UUM Library Services for Alumni or Visitors
Kategori Pelawat

Kami mengalu-alukan individu atau kumpulan dari mana-mana institusi atau organisasi ke perpustakaan terutamanya alumni UUM dan staf yang bersara. Kami akan menguruskan sesi pandu lawatan jika diperlukan oleh staf kami kepada jumlah pelawat yang besar (dalam berkumpulan).

  • Pelawat Individu atau Berkumpulan (Rasmi) ~ Sila alamatkan permohonan rasmi anda kepada Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah untuk menyatakan keinginan anda dengan maklumat berikut : Maklumat organisasi, Tarikh & Masa Lawatan, Jumlah Peserta, Wakil Rasmi Personel, Tujuan Lawatan dan Keperluan Khas (jika ada). Hantar permohonan tersebut sekurang-kurangnya 2-3 minggu sebelum jangkaan kedatangan supaya pihak kami dapat menguruskan keperluan maklum balas atau persediaan awal staf untuk pandu lawatan .
  • Pelawat Terbuka ~ Ini termasuklah ahli alumni, staf yang bersara, Pelajar Malaysia & Luar Negara dari Universiti Awam Malaysia (ahli PERPUN) atau Universiti Swasta (Bukan Ahli PERPUN).
  1. Alumni & Staf yang Bersara : Satu pas lawatan harian akan diberikan untuk mengakses perpustakaan pada hari berkaitan dan hanya berkuat kuasa mengikut masa berkerja sahaja
  2. Pelajar Malaysia & Luar Negara dari Universiti Awam Malaysia (ahli PERPUN) : Lawatan adalah percuma dengan pengesahan berdasarkan dari Surat Rujukan Institusi atau ID Kad Staf/Pelajar anda. Anda perlu mengikut kod pemakaian sepanjang lawatan anda di dalam premis perpustakaan atau kampus UUM. Dari segi kelayakan, anda hanya boleh merujuk kepada koleksi bercetak perpustakaan, menggunakan perkhidmatan fotokopi dan perkhidmatan rujukan di InfoDesk.
  3. Pelawat Luar Negara & Pelajar Luar Negara dari Universiti Swasta Mlaysia (Bukan Ahli PERPUN) : Anda perlu membayar sejumlah RM30 untuk setiap hari lawatan dan disahkan menerusi Kad ID Pelajar atau Passport anda. Anda perlu mengikut kod pemakaian sepanjang lawatan anda di dalam premis perpustakaan atau kampus UUM. Dari segi kelayakan, anda hanya boleh merujuk kepada koleksi bercetak perpustakaan, limitasi akses terhadap pangkalan data atas talian, menggunakan perkhidmatan fotokopi dan perkhidmatan rujukan di InfoDesk.
  • Kanak-Kanak ~ Kanak-kanak turut dialu-alukan ke perpustakaan tetapi dihadkan kepada seksyen yang dikenali sebagai Sudut Kanak-Kanak. Jika mereka adalah termasuk didalam pelawat berkumpulan, ibu bapa atau penjaga adalah bertanggungjawab untuk memastikan tiaada gangguan berlaku semasa sesi lawatan. Kami memerlukan supaya mereka mengawal kanak-kanak tersebut sepanjang masa, kerana Perpustakaan ini adalah persekitaran dewasa dan tidak bersesuaian dengan kanak-kanak untuk tempoh masa yang panjang. Staf Perpustakaan berhak untuk memohon mereka untuk meninggalkan premis perpustakaan jika didapati mengganggu pengguna sedia ada atau tidak dikawal selia dengan sebaiknya. lihat Sudut Kanak-Kanak didalam seksyen dibawah.

Walaupun anda mempunyai limitasi dari segi peminjaman bahan dari koleksi kami atau penggunaan sumber semasa berada di dalam perpustakaan, anda masih boleh mempergunakan kebanyakan perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan.

  • Pengaksesan kepada sumber: kebanyakan bahan dalam semua koleksi adalah terbuka untuk diakses di dalam premis perpustakaan. Sila paparkan kad pelawat/pelajar/staf anda pada sepanjang masa atau apabila dikehendaki oleh staf atas faktor pengawalan. Selain jika dilarang, anda bebas untuk menggunakan semua sumber atau bahan tanpa had.
  • Rancang lawatan anda: Semasa sesi Semester berjalan Perpustakaan akan mengalami kesibukan khususnya diantara 11:00a.m - 15:00 p.m, Ahad - Khamis terutama pada minggu peperiksaan. Oleh kerana ruang pembelajaran adalah terhad, jika boleh sila lakukan lawatan diluar tempoh masa tersebut.
  • Peraturan & Undang-undang : Semua pelawat adalah diperlukan untuk mengikuti peraturan dan undang-undang perpustakaan khasnya berkaitan kod pemakaian UUM.

Kanak-kanak dialu-alukan ke Perpustakaan tetapi terhad kepada seksyen yang dikenali sebagai Sudut Kanak-Kanak iaitu merupakan satu projek komuniti oleh UUM untuk kemudahan anak warga UUM didalam kampus UUM serta kawasan persekitaran. Ia telah dibuka pada 1987 dan meliputi bahan kanak-kanak seperti buku fiksyen, koleksi umum, ensiklopedia dan majalah.

  • Objektif
  1. Untuk menyediakan panduan kepada kanak-kanak dalam pembangunan ilmu menerusi pembacaan dan aktiviti perpustakaan.
  2. Untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan kanak-kanak menerusi kepelbagaian aktiviti dan program.
  3. Untuk memupuk kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seperti bercerita, kuiz, pembacaan, diskusi, mewarna, dll.
  • Peraturan
  1. Terbuka kepada kanak-kanak berumur diantara 6 hingga 13 tahun.
  2. Perlu mengisi Borang Pendaftaran untuk menjadi ahli
  3. Menghantar foto berukuran 2cm x 3cm [2]
  4. Membayar yuran tahunan sebanyak RM5.00
  5. Membayar deposit tahunan peminjaman sebanyak RM10.00 untuk setiap buku.
  • Yuran Tahunan ~ Bermula dari Mac 1999, setiap kanak-kanak hanya perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM5.00 sahaja.
  • Waktu Pembukaan

Semasa Sesi Semester

Hari Waktu Pembukaan
Isnin 8.30 am-5.00 pm
Jumaat/Sabtu/Cuti Umum DITUTUP
Cuti Sekolah & Semasa Cuti Semester
Ahad-Khamis 8.30 am-5.00 pm
Jumaat/Sabtu/Cuti Umum DITUTUP
  • Aktiviti ~ Perpustakaan akan menganjurkan aktiviti pada setiap bulan seperti :
  1. Pertandingan membaca
  2. Bercerita
  3. Kuiz/Permainan
  4. Pertandingan mewarna
  5. Pertunjukan Boneka
  6. Nyanyian dan Puisi Nurseri
  7. Pembelajaran Komputer
  8. Pertunjukan Video

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Bahagian Sirkulasi, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah | Telefon (Puan Asmaniza Mansor : 04-9283615 / En. Norhardi Saad : 04-9283616)

Pihak Perpustakaan akan mengadakan pameran di premis perpustakaan secara berkala berdasarkan sambutan tertentu atau topik/isu berkepentingan seperti Hari Kemerdekaan, Hari Terbuka UUM, Pameran Buku, Tragedi Alam dll. Semua pelawat adalah dialu-alukan untuk mengunjungi pameran tersebut samada secara perseorangan atau berkumpulan.

Walaupun secara rasmi kami dipertanggungjawabkan untuk membantu warga UUM dalam pengumpulan maklumat dan menyediakan bahan akademik, kami juga memberi tumpuan untuk melibatkan diri di dalam projek CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) dari masa ke semasa. Program ini pada kebiasaannya akan dianjurkan oleh kelab staf yang dikenali sebagai Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM (BAKAL).

  • Objektif
  1. Untuk mengekalkan perhubungan baik dan reputasi diantara kami dan lain-lain organisasi/masyarakat terutamanya mereka yang memerlukan.
  2. Untuk membantu mereka dibawah tema sosial seperti membantu mereka yang tidak bernasib baik, membantu mereka yang terlibat didalam bencana alam, terlibat didalam projek komuniti tempatan dan memberi pembelajaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.
  3. Untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran staf terhadap tanggungjawab mereka kepada komuniti sekitar dan secara meluas.

Kami mengalu-alukan setiap staf, pelajar dan pelawat yang berminat untuk turut sama menyertai usaha kami. Kami akan maklumkan setiap program aktiviti CSR yang akan dilaksanakan didalam laman web.

Kongsi :