Perkhidmatan untuk Penyelidik

Pemerkasaan Penyelidikan!

Melakukan penyelidikan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan semua sokongan yang ada dari segi sumber dan perkhidmatan dari perpustakaan. Di PSB UUM, kami memastikan penyediaan maklumat terkini dan perkhidmatan sokongan sepanjang perjalanan proses penyelidikan dijalankan. Kami membantu semua bentuk dan peringkat penyelidikan pengguna; dari memberi khidmat nasihat dalam pencarian bahan dan perolehan bahan, penyelarasan proses penyelidikan, panduan terhadap isu berkaitan plagiat, pengurusan sitasi, pengaksesan terbuka dan membangunkan profail penyelidik. Sebagai tambahan, kami juga mewujudkan alatan bersesuaian yang boleh membantu dalam pencarian maklumat dan penyelidikan. Secara nyata kami akan membantu keperluan proses penyelidikan anda dalam apa jua perigkat, pastinya!

UUM Library Services for Researcher

Sebagai sokongan untuk memenuhi tuntutan penyelidikan anda, Perpustakaan menyediakan panduan yang terperinci untuk membantu perjalanan penyelidikan anda. Panduan ini akan membantu anda untuk meningkatkan dan membangunkan kemahiran secara sepatutnya. Apa yang lebih penting ialah bagaimana anda boleh memahami dan menjadi mahir dalam memanipulasi sumber perpustakaan untuk manfaat penyelidikan anda. Semakan penyelidikan berikut boleh membantu anda mengenalpasti tahap kemahiran yang anda miliki :

 
  • Adakah anda baru terhadap persekitaran Universiti dan Perpustakaan?
  • Adakah anda tahu sumber-sumber yang ditawarkan oleh perpustakaan?
  • Adakah anda biasa menggunakan katalog perpustakaan untuk carian buku?
  • Adakah anda tahu bagaimana mengesan tesis dan disertasi?
  • Adakkah anda biasa dengan kata kunci pangkalan data dalam bidang anda?
  • Adakah anda tahu bagaimana untuk membolehkan penyelidikan anda diterbitkan?
  • Adakah anda biasa dengan pengesanan plagiat?
  • Adakah anda tahu bagaimana mengakses pangkalan data jernal berkaitan?
  • Adakah anda tahu bagaimana memohon bahan yang TIDAK dimiliki oleh perpustakaan?
  • Adakah anda biasa dengan Sumber Percuma dan Repositori?
  • Adakah anda biasa dengan perkhidmatan Konsultasi Peribadi?
 

Jika kebanyakan jawapan anda berdasarkan semakan tersebut adalah "Ya", anda berada pada landasan yang betul kerana anda telah memiliki kemahiran untuk memperoleh maklumat yang boleh meningkatkan portfolio penyelidikan anda. Tetapi jika jawapan anda adalah bertentangan, anda patut meningkatkan usaha supaya tidak ketinggalan apa jua maklumat penting untuk penyelidikan anda. Semua sumber dan maklumat yang disediakan oleh perpustakaan akan dibazirkan jika anda mengabaikan kemahiran pencarian maklumat ini.

B. Sokongan Penyelidikan - Dapatkan Bahan / Maklumat yang Dikehendaki!

Perpustakaan menawarkan pelbagai sumber dan perkhidmatan untuk menyokong perjalanan penyelidikan anda dan anda mungkin terkeliru tentang apa yang ditawarkan dan dimana ia boleh diperolehi. Keterangan mengenai setiap perkhidmatan atau alatan tersebut seperti dibawah akan memperjelaskan fungsiannya.

  • Konsultasi Peribadi - Konsultasi khas secara peribadi dengan pustakawan rujukan kami yang boleh membantu anda mengenalpasti sumber atau bahan, maklumat penyelidikan, navigasi laman web, alatan pencarian perpustakaan dll.
  • Panduan Subjek - Satu alatan cadangan sumber yang ditawarkan oleh perpustakaan berdasarkan bidang studi anda iaitu meliputi bidang perkara, sumber yang ada dan jenis bahan. Anda boleh memilih diantara bidang perkara, sumber atau jenis bahan, atau kombinasikan diantaranya untuk spesifikasikan keperluan anda.
  • Datastream - Sebuah platform data kewangan dan ekonomi makro terhadap lebih dari 10 juta siri masa ekonomi untuk 162 pasaran dengan data perbandingan supaya anda boleh membangunkan carta dan analisis yang terkini. Anda boleh mengakses pangkalan data ini dengan menggunakan terminal perpustakaan di Aras 2 (Tingkat Pertama), Bangunan Baru Perpustakaan.
  • Sumber Terbuka Percuma - Satu sumber yang disyorkan untuk diakses secara percuma oleh semua pengguna dan dikendalikan oleh pihak organisasi ketiga dalam pelbagai bidang dan bahan.
  • Pengesanan Plagiat - Jangan lupa untuk menyemak kerja akademik anda untuk pengesanan plagiat kerana ia diwajibkan kepada mereka yang telah menyudahkan penulisan Proposal, Tesis, Disertasi dan Kertas Penyelidikan.
  • Tesis dan Disertasi UUM - Satu kompilasi digital Tesis dan Disertasi UUM yang boleh diakses oleh warga UUM dengan kemudahan untuk memuat turun teks penuh.
  • Repositori UUM - Sebuah koleksi bahan digital Repositori UUM yang meliputi penerbitan artikel jernal, kertas persidangan, laporan penyelidikan, bab buku dan artikel akhbar oleh staf dan pelajar UUM.
  • Data Terbuka Malaysia - Portal ini menyediakan pusat perkhidmatan sehenti atas talian untuk mengakses dan memuat turun data terbuka kerajaan. Anda juga boleh mendapatkan set data global lainnya jika anda menggunakan Panduan Subjek untuk memperincikan keperluan spesifik anda atau Klik Disini!
  • Perkhidmatan Maklumat Penyelidikan - Dikendalikan oleh Bahagian Rujukan & Perkhidmatan Maklumat yang boleh membantu anda membuat carian dan mendapatkan artikel berkaitan dengan topik anda tetapi dengan bayaran sebanyak RM10 untuk setiap topik dengan maksimum 20 artikel. Pencarian tersebut adalah terhad kepada sumber yang boleh diperolehi di dalam perpustakaan sahaja. Hubungi Meja Informasi untuk sebarang permohonan.
  • eSumber - Satu kompilasi pangkalan data langganan secara atas talian yang menawarkan maklumat semasa didalam pelbagai subjek yang diajar di dalam universiti terutamanya ebuku dan jernal.
  • Koleksi Perpustakaan - Koleksi utama dan tradisi perpustakaan yang meliputi pelbagai bentuk bahan dalam subjek yang berbeza seperti buku, laporan, tesis, prosiding, siri, arkib dll.
  • Bengkel Maklumat & Sumber - Dari masa ke semasa Bahagian Rujukan & Perkhidmatan Maklumat akan mengendalikan bengkel dalam topik tertentu khasnya tentang bagaimana untuk mengguna perpustakaan atau panduan kepada sesuatu topik. Anda boleh mendaftar untuk bengkel tersebut apabila ia diuar-uarkan menerusi laman web perpustakaan.
  • Pinjaman Antara Perpustakaan - Buku, terbitan berkala dan lain-lain bahan perpustakaan yang tidak terdapat di dalam milikan koleksi perpustakaan boleh dipinjam dari perpustakaan lainnya.
  • Google Scholar - Ia menyediakan kaedah mudah untuk membuat carian yang meluas terhadap kepustakaan sarjana, samada secara atas talian atau didalam perpustakaan; yang meliputi banyak bidang dan sumber seperti artikel, tesis, buku, abstrak dan pandangan mahkamah, dari penerbit akademik, golongan profesional, repositori atas talian, universiti dan lain-lain laman web. Ia mengindeks semua bahan ini termasuklah laman web yang dianggap sebagai berteraskan cendekiawan.

Menguruskan data penyelidikan atau maklumat anda adalah agak kompleks jika anda tidak dapat mengendalikannya secara tersusun untuk memudahkan proses pencarian dan perolehan. Satu pengurusan data penyelidikan yang baik akan memastikan data anda selamat, memastikan verifikasi hasil penyelidikan, menyokong penyelidikan akan datang dan memenuhi keperluan Universiti sendiri (jika berkaitan).

(Perpustakaan tidak membuat pengesahan terhadap sebarang perisian atau platform berikut tetapi hanya mencadangkannya berdasarkan reputasi atau kebolehfungsiannya. Oleh itu kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang insiden atau kehilangan atau kerosakan berbangkit (termasuklah dan tidak terhad kepada sebarang kehilangan data dan/atau kehilangan berbentuk ekonomi dan/atau kehilangan keuntungan) berlaku darinya dan semuanya adalah diatas risiko anda sendiri) lihat Penafian.

  • Menguruskan Rujukan & Sitasi

EndNote ~ Kesan semua bahan yang anda baca menerusi EndNote. EndNote adalah perisian pengurusan rujukan bahan yang disyorkan oleh Universiti dan membolehkan anda menyimpan dan menguruskan dengan mudah rujukan bibliografi anda. Apa yang penting, EndNote berintergrasi dengan Word dan lain-lain aplikasi untuk anda memasukkan sitasi dan menjana bibliografi dengan pilihan rujukan anda.

Muat turun Perisian | LogMasuk Atas Talian | Panduan Penggunaan EndNote

Zotero ~ Zotero boleh diperolehi sebagai pasangan dengan Firefox atau juga versi mandiri, menyediakan sambungan pelayar kepada Firefox, Chrome, dan Safari yang mana intergrasinya dengan Firefox adalah dianggap efisien dari pelayar lain. Zotero membolehkan anda mengumpul, menyusun, memetik dan berkongsi sumber penyelidikan anda dan membolehkan muat turun, mengambil, dan mengindeks teks penuh dari PDF dan laman web.

Muat Turun | Daftar | LogMasuk Atas Talian | Panduan Penggunaan Zotero

Mendeley ~ Mendeley adalah salah satu aplikasi mandiri yang percuma, dengan mengendalikan fungsian yang sama dengan Zotero tetapi dengan sedikit perbezaan. Sebagai contoh, sementara Zotero dan Mendeley membenarkan anda untuk mengekstrak metadata (seperti judul, pengarang, dll.) dari PDF, Mendeley secara automatik melakukan proses ini dengan menyediakan pilihan menguruskan fail anda secara langsung dari cakera keras anda secara tersusun. Mendeley juga membenarkan anda untuk menyorot anotasi secara langsung pada artikel PDF.

Muat Turun | LogMasuk Atas Talian | Panduan Penggunaan Mendeley

  • Menguruskan Data Penyelidikan

Data Mendeley ~ Data Mendeley menawarkan pengurusan dan kolaborasi data penyelidikan secara modular yang boleh disesuaikan dengan keperluan data penyelidikan anda. Ia dibentuk untuk menguruskan penggunaan komprehensif data. Terdiri dari lima modul, ia membawa kepada, platform secara cloud untuk membantu institusi penyelidikan mengurus keseluruhan putaran hayat data penyelidikan, dan membolehkan penyelidik untuk mengakses dengan selamat dan berkongsi maklumat walau dimana mereka berada.

Muat Turun | LogMasuk Atas Talian | Panduan Penggunaan Mendeley

Penerbitan kerja akademik anda berdasarkan hasil atau data penyelidikan anda boleh menjadi rumit kerana anda perlu menguruskan proses tersebut secara strategik supaya ia boleh meningkatkan carian penyelidikan anda, memberi kesan dan disitasi. Ia boleh dilakukan jika anda menimbangkan konsep DIMANA seperti berikut sebelum menyerahkan manuskrip anda.

(Perpustakaan tidak membuat pengesahan terhadap sebarang perisian atau platform berikut tetapi hanya mencadangkannya berdasarkan reputasi atau kebolehfungsiannya. Oleh itu kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang insiden atau kehilangan atau kerosakan berbangkit (termasuklah dan tidak terhad kepada sebarang kehilangan data dan/atau kehilangan berbentuk ekonomi dan/atau kehilangan keuntungan) berlaku darinya dan semuanya adalah diatas risiko anda sendiri) lihat Penafian.

  • Dimana untuk Diterbitkan?

Anda perlu memikir dan memutuskan dimana untuk menyerahkan manuskrip anda ke jernal bereputasi yang boleh memberi kesan positif terhadap reputasi anda seperti menjadi pilhan pembaca dan bersitasi kerja penyelidikan anda. Beberapa pertimbangan untuk difikirkan adalah reputasi atau kerelevanan jernal tersebut, indikator metrik, semakan sejawat dll. Menurut University of Adelaide Library, anda patut memikirkan 10 pertimbangan berikut:

  1. Adakah jernal ini benar-benar dilakukan semakan sejawat ?
  2. Adakah jernal tersebut dibaca oleh pembaca sasaran?
  3. Adakah jernal tersebut termasuk didalam bidang subjek anda?
  4. Adakah ia menerbitkan jenis artikel yang bersesuaian?
  5. Adakah jernal tersebut mempunyai impak yang tinggi?
  6. Adakah jernal tersebut boleh dicari menerusi pangkalan data?
  7. Apakah limitasi perkataan dan keperluan strukturnya?
  8. Apakah masa pusingan untuk penerimaan?
  9. Adakah terdapat caj penerbitan?
  10. Adakah anda mempertimbangkan penerbitan jernal secara Akses Terbuka?

Rachel Ankeny, Professor dari Sekolah Kemanusiaan, Fakulti of Arts dari University of Adelaide memberi tip berguna untuk pertimbangan anda semasa memilih jernal yang berkualiti dalam video berikut .

Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menyertai kempen membantu penyelidik mengenalpasti jernal yang boleh dipercayai untuk penyelidikan mereka. Ia adalah satu senarai semakan yang boleh digunakan oleh penyelidik untuk mengakses maklumat penting jernal atau penerbit. Akses Think Check Submit laman web.

  • Dimana untuk TIDAK Diterbitkan?

Menurut Perpustakaan Murdoch University, pertimbangan sewajarnya dibuat berdasarkan tip berikut :

Penerbitan Palsu

Penerbitan palsu selalunya melibatkan:
- tiada proses semakan sejawat
- penulis membayar fi untuk penerbitan
- penerbit menjual kerja yang diterbitkan kepada pembaca
- menawarkan penerbitan tesis

Penerbit kebiasaannya menjejak penulis berdasarkan persidangan dan laman web institusi. Mereka menawarkan suatu peluang penerbitan yang menarik untuk penyelidik yang baru memulakan karier, tetapi penerbitan palsu ini tidak mengamalkan proses ketat seperti semakan sejawat dan pengeditan salinan.

Penerbitan Pemangsa

Penerbitan pemangsa ini selalunya melibatkan:
- satu judul profesional melibatkan buku, jernal atau persidangan dan kebiasaannya laman web yang berbentuk profesional
- pendekatan secara langsung dengan penulis berpotensi
- tiada atau hanya sedikit sokongan penyunting
- tiada semakan sejawat atau pengeditan salinan
- penulis membayar sejumlah fi untuk penerbitan sementara penerbit berbelanja untuk kepentingan penulis secara minima
- penggunaan nama penulis tanpa kebenaran dalam jawatankuasa penyuntingan - mengguna reputasi dan juga institusi mereka untuk menarik lebih banyak penyerahan artikel dari penulis lain dan lebih fi akan diperolehi

Alatan untuk Penilaian Jernal & Impak Penyelidikan

Adalah amat penting untuk menyemak kesahan jernal yang anda ingin terbitkan kerja akademik anda. Untuk melakukannya anda perlu satu sistem untuk meniliti senarai jernal akademik dan mengesahkannya sebagai jernal berkualiti yang boleh diambil kira. Alatan berikut sewajarnya membantu anda bagi maksud tersebut.

Senarai Hitam Jernal oleh pihak Kementerian - Sebagai satu entiti berkuasa dalam pendidikan untuk negara ini, Kementerian Pendidikan telah menyenaraikan jernal di seluruh dunia yang di senarai hitamkan dan tidak diperaku untuk mana-mana ahli akademik di Malaysia untuk menghantar kerja akademik mereka kepada jernal terbabit.

Senarai Jernal Publon - Sistem ini melihat kepada kekuatan ulasan terdahulu, penerbit yang telah mantap, sokongan dari penyelidik bereputasi, dan intergrasi dengan Publon akan membantu anda mengenal pasti jernal yang mempunyai reputasi baik serta diiktiraf oleh lain-lain ahli akademik.

Scopus - Scopus adalah pangkalan data sitasi dan abstrak terbesar meliputi ulasan karya semakan sejawat: jernal saintifik, buku dan prosiding persidangan. Ia memberi gambaran menyeluruh secara komprehensif mengenai hasil penyelidikan dari seluruh dunia dalam bidang sains, teknologi, perubatan, sains sosial, kesenian dan kemanusiaan. Scopus menyediakan alatan pintar untuk menjejak, menganalisa dan memberi gambaran mengenai sesuatu penyelidikan dan anda juga boleh menggunakan CiteScoreMetrics atau Scopus Compare Sources untuk mengukur impak sesuatu jernal di dalam platform mereka.

Find the Right Journal : Wiley - Satu panduan untuk tujuan penerbitan dan disyorkan bagi mencari jernal yang berkualiti.

Springer Journal Suggester - Ia menggunakan teknologi semantik untuk membantu anda memilih jernal Springer untuk kerja akademik anda.

Elsevier® Journal Finder - Membantu anda mencari jernal yang bersesuaian untuk menerbitkan artikel saintifik anda. Ia menggunakan teknologi carian pintar dan kosa kata spesifik berdasarkan bidang penyelidikan untuk memadankan artikel anda dengan jernal Elsevier.

Scival - Ia membenarkan anda untuk membandingkan prestasi penyelidikan individu dan kumpulan kepada panda aras Australia dan global serta mengenalpasti dan menilai rakan kolaborasi.

Web of Science - Satu pangkalan data sitasi atas talian yang meliputi bidang sains termasuklah pertanian, biologi, sains persekitaran, kejuruteraan, kimia, fizik dan sains kesihatan. Ia membenarkan anda untuk mengukur h-indeks anda dengan menggunakan data WOS termasuklah mencipta analisa sitasi untuk penulis.

Akses Terbuka

Penyelidikan secara akses terbuka adalah satu sumber yang boleh diakses secara percuma dan anda berpotensi untuk mendapat pembaca yang tinggi dan mendapatkan sitasi dari penyelidik lainnya. Anda boleh berkolaborasi dengan penyelidik lain dalam subjek yang sama dan menjana minat terhadap topik anda.

SPARC - SPARC (the Scholarly Publishing and Academic Resources Coalition) membolehkan hasil penyelidikan dan bahan pendidikan di kongsi secara terbuka untuk mendemokrasikan akses kepada ilmu pengetahuan, mempercepatkan hasil penemuan, dan meningkatkan nilai tambah pelaburan dalam penyelidikan dan pendidikan.

ResearchGate - Ia adalah satu rangkaian profesional untuk para saintis dan penyelidik. Lebih dari 15 juta ahli dari seluruh dunia telah menggunakannya untuk berkongsi, meneroka, dan berbincang mengenai penyelidikan.

DOAJ - Directory of Open Access Journals (DOAJ) adalah satu jernal akses terbuka secara komuniti dan berfokuskan untuk carian maklumat berkualiti, bahan semakan sejawat secara akses terbuka.

Quality Open Access Market- Ia adalah satu pasaran untuk jernal santifik dan sarjana yang diterbitkan secara akses terbuka. Pemarkahan berkualiti dari jernal QOAM adalah berdasarkan sumber akademik; maklumat harga termasuklah nilai berlesen dari institusi.

Untuk memastikan pengekalan kualiti kerja akademik dan penerbitan, pihak Universiti telah melaksanakan prosedur yang ketat kepada ahli akademik dan pelajar sarjana untuk menyediakan Artikel, Proposal, Tesis, Disertasi dan Kertas Penyelidikan untuk pengesanan plagiat. Tindakan ini dilakukan untuk memastikan semua penerbitan akademik oleh warga UUM adalah bebas dari perbuatan plagiat yang boleh memberi kesan terhadap penarafan universiti jika tidak dipandang serius. Bagi tujuan tersebut, Perpustakaan menyediakan alatan pengesanan plagiat yang dikenali sebagai Turnitin yang boleh diakses menerusi laman web ini.

 

Klik Disini untuk Menyemak Kerja Akademik Anda!

Untuk menonjolkan aktiviti penyelidikan anda atau profail termasuklah data biografi anda, satu platform profail penyelidik seharusnya diwujudkan. Malah ia amat penting untuk menampilkan aktiviti penyelidikan anda seperti penerbitan, projek kolaborasi, kerja dalam bidang, koleksi data, biografi peribadi dll untuk komuniti akademik atau kesarjanaan agar rakan yang lainnya akan dapat menjalinkan perhubungan untuk memperkembangkan skop bidang atau berkongsi maklumat.

Apakah Kelebihannya?

  1. Dengan mudah dapat menguruskan senarai penerbitan anda
  2. Membezakan diri anda dari penyelidik lain yang mempunyai nama yang sama
  3. Mengesan jumlah sitasi
  4. Mempromosi penyelidikan anda secara lokal, nasional dan antarabangsa
  5. Dikenali oleh kolaborasi yang berkenaan atau organisasi pembiayaan berpotensi

Anda dengan mudah dapat menguruskan profail anda dengan menggunakan cadangan platform berikut :

ORCID - Ia menyediakan pengenalan digital berterusan yang membezakan anda dari penyelidik lainya dan, menerusi intergrasi diantara aliran kerja kunci penyelidikan seperti manuskrip dan penyerahan geran, menyokong pautan secara automatik diantara anda dan aktiviti profesional anda untuk memastikan kerja anda diiktiraf.

Researcher - Ia menyediakan satu solusi kepada masalah kekaburan penulis didalam komuniti penyelidikan kesarjanaan. Setiap ahli akan diberikan satu pengenalan unik untuk membolehkan penyelidik menguruskan senarai penerbitan mereka, mengesan jumlah sitasi dan h-indeks, mengenalpasti kolaborasi berpoteni dan mengelak identifikasi yang salah mengenai penulis. Sebagai tambahan, maklumat IDPenyelidik anda berintergrasi dengan Web of Science dan pematuhan ORCID, membolehkan anda untuk memaparkan penerbitan dari satu akaun sahaja. Anda boleh membuat carian kolaborasi, mengulas senarai penerbitan dan meneroka bagaimana penggunaan proses penyelidikan di seluruh dunia!

Scopus Author - Ia akan menyediakan satu nombor pengenalan unik kepada setiap penulis di dalam pangkalan data Scopus dan menghimpunkannya dengan penerbitan mereka. Ia menyusun pelbagai versi nama dengan memadankan afiliasi, alamat, bidang subjek, rakan penulis dan tarikh penerbitan. Ia akan secara automatik mengira jumlah sitasi dan h-indeks.

Google Scholar Citations - Ia menyediakan cara mudah bagi penulis untuk mengesan sitasi artikel mereka. Anda boleh menyemak siapa yang membuat sitasi terhadap penerbitan anda, mendapatkan geraf sitasi berdasarkan masa, dan mengira metrik sitasi berkaitan. Anda juga boleh menjadikan profail anda sebagai publik, supaya ia dipaparkan didalam keputusan carian Google Scholar jika terdapat carian terhadap nama anda.

Kongsi :