Perkhidmatan untuk Pelajar

Persekitaran Pembelajaran Yang Ekslusif!

Perpustakaan menawarkan pelbagai perkhidmatan - dari koleksi buku atau monograf dalam pelbagai subjek yang ekstensif sehinggalah ke sumber atas talian yang tersedia untuk semua pelajar UUM, ahli penyelidik atau pensyarah. Kami juga menyediakan perkhidmatan dan peralatan yang diversiti untuk menyokong usaha anda dalam capaian maklumat untuk pembelajaran atau penyelidikan. Diatas semua itu kemudahan perpustakaan juga direka bentuk untuk serasi dengan keperluan yang pelbagai serta peringkat umur supaya semua akan mengalami pengalaman yang terbaik semasa menempuhi perjalanan akademik mereka. Panduan ini diharapkan akan membantu anda untuk mengatur pendekatan anda terhadap perkhidmatan, sumber atau peralatan perpustakaan supaya anda akan berjaya dalam setiap transaksi dan memenuhi keperluan anda, bukan sahaja kepada pelajar bahkan untuk kategori pengguna yang lain juga.

UUM Library Services for Students
A. Mencari Bahan Perpustakaan

Katalog Atas Talian - LibSearch

Sila gunakan LibSearch (Katalog Atas Talian) untuk mencari buku, tajuk jernal, sumber media dll yang terdapat di dalam perpustakaan. Ia menyediakan pengguna dengan poin-poin akses penting seperti nombor panggilan, status bahan dan lokasi. Anda boleh mencari berdasarkan nama pengarang, judul, kata kunci atau kombinasi diantaranya. Sila catatkan nama judul & nombor panggilan dan dapatkan bahan dari rak. Untuk tip bagaimana untuk mencari apa yang anda perlukan, sila lihat panduannya sini.

Sumber Lain

Selain dari bahan bercetak, terdapat juga bahan berbentuk atas talian seperti Pangkalan Data Jernal Berlanggan, eBuku, bahan mikro dll yang boleh dijadikan sumber tambahan untuk rujukan anda. lihat Koleksi Atas Talian

Bagaimana Mendapatkan Bahan Dari Rak?

Buku yang berada diatas rak disusun berdasarkan nombor panggilan mengikut Sistem Pengkelasan Library of Congress dan dihimpunkan berdasarkan jenis bahan. Buatlah carian bahan yang dikehendaki berdasarkan nombor panggilan yang sepadan dengan papan tanda dan susunan buku. Lihat panduan Penyusunan Bahan.

Walaupun anda boleh mendapatkan kebanyakan bahan dari Koleksi Umum di Aras Bawah (Bangunan Baru PSB), ia juga boleh dijejaki berada di dalam pelbagai koleksi berdasarkan subjek, jenis bahan atau berdasarkan keperluan mengikut program akademik. Pastikan anda mencatatkan lokasi bahan berada apabila anda melakukan carian dengan menggunakan LibSearch. Lihat panduan Koleksi Perpustakaan

Tidak Berjaya Mengesan Bahan di Rak

Pengguna digalakkan untuk mendapatkan bantuan dari staf di Kaunter Sirkulasi jika tidak berjaya mengesan bahan yang sepatutnya wujud berdasarkan dari status di WebOPAC. Staf perpustakaan akan membantu mengesan bahan tersebut dan pengguna akan dimaklumkan mengenai status bahan dalam masa 3 hari berkerja.

Secara umum kad staf/pelajar anda juga bertindak sebagai kad perpustakaan, dan anda boleh meminjam buku dan bahan lain dengan menggunakan Mesin Layan Diri yang terletak di lokasi strategik. Secara alternatif, anda juga boleh membawa buku ke mana-mana kaunter dan uruskan proses peminjaman dengan bantuan staf kami.

Apakah Kelayakan Peminjaman Anda?

Kategori Pengguna Bahan No. naskhah durasi
Pelajar Sarjana Muda Buku (Koleksi Umum) 10 14 hari
Buku (Koleksi Segitiga Utara) 1 2 jam
Kaset dan Kit* 15 3 jam
Disket* 5 14 hari
CD-ROM* 5 3 jam
Transparensi* 5 3 jam
Video* 5 3 jam
Pelajar Luar Kampus Buku (Koleksi Umum) 10 30 hari
Buku (Koleksi Segitiga Utara) 1 2 jam
Kaset dan Kit* 15 3 jam
Disket* 5 14 hari
CD-ROM* 5 14 hari
Transparensi* 5 3 jam
Video* 5 2 jam
Pelajar Sarjana Buku (Koleksi Umum) 20 30 hari
Buku (Koleksi Segitiga Utara) 1 14 hari
Kaset dan Kit* 15 3 jam
Disket* 5 3 jam
CD-ROM* 5 14 hari
Transparensi* 5 3 jam
Video* 5 3 jam

 

Penempahan

Penempahan buku boleh dilakukan menerusi WEBOPAC. Buat cari buku menerusi WebOPAC, tempah atau mohon buku tersebut jika ia berstatus sirkulasi. Pengguna boleh menyemak status penempahan menerusi eQuip. Status buku tersebut akan sedia untuk diambil apabila ia telah dikembalikan. Satu emel akan dihantar kepada pengguna sebagai notifikasi. Bahan tersebut akan disimpan untuk penempah selama 4 hari sahaja dan akan dibatalkan dari Pusat Sehenti Sirkulasi. jika ia tidak dipungut mengikut waktu, dan akan disusun semula diatas rak.

Pemulangan

Buku yang dipinjam boleh dipulangkan dengan menggunakan Mesin Book Drop atau Pusat Sehenti Sirkulasi. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk memulangkan bahan sebelum atau pada tarikh akhir untuk mengelakkan denda. Emel akan dihantar secara automatik oleh sistem 2 minggu sebelum tarikh akhir sebagai peringatan.

Denda Kelewatan

Setiap kelewatan pemulangan bahan akan dikenakan denda seperti berikut :

Kategori Koleksi Denda
Koleksi Umum 20 sen setiap hari
Koleksi Siri RM 1.00 setiap hari
Koleksi Terhad RM 1.00 untuk setiap 15 minit & RM 2.00 untuk setiap 15 minit
Koleksi Media 20 sen setiap bahan pada setiap hari

 

Kehilangan Bahan

Anda bertanggungjawab untuk setiap bahan yang dipinjam. Anda mesti melaporkan kehilangan bahan kepada staf di Pusat Sehenti Sirkulasi dengan kadar segera. Anda boleh melakukan pembayaran kos penggantian bahan atau menggantikan bahan yang hilang. Untuk setiap bahan yang hilang, anda perlu membayar kadar dua kali ganda kos bahan. Sila jelaskan kadar bayaran di Bahagian Sirkulasi dan Perkhidmatan Pembaca atau menerusi pemotongan gaji untuk staf UUM.

Pembaharuan Tempoh Pinjaman

Anda boleh melakukan pembaharuan menerusi 2 kaedah :

Menerusi Telefon [04-9283618/3628]

Setiap ahli boleh menggunakan kaedah ini yang disediakan oleh Bahagian Sirkulasi semasa waktu pejabat. Semua permohonan perlu dilakukan 5 hari sebelum tarikh akhir. Sila nyatakan nama anda, nombor kad pengenalan, nombor aksesan bahan dan judul semasa memohon. Untuk bahan media, perkhidmatan ini adalah dihadkan untuk staf sahaja. Sila telefon Bahagian Koleksi Khas [04-9283656] semasa waktu pejabat.

Secara Atas Talian

Sila log masuk ke akaun perpustakaan anda (e-Quip) untuk memperbaharui secara atas talian . Masukkan nama anda, kemudian ID pelajar/staf dan kata laluan (ID pelajar/staf), klik Hantar. Apabila anda berjaya mengakses akaun anda, sila klik perbaharui semua atau tandakan kekotak buku yang dipilih untuk pembaharuan, kemudian klik butang perbaharui. Akhirnya klik ya untuk meneruskan.

Anda boleh mengakses dan menguruskan akaun perpustakaan anda menerusi akaun perpustakaan.

Ia akan membolehkan anda melakukan editan terhadap perincian akaun, perbaharui tempoh peminjaman bahan, melakukan tempahan, semakan denda jika kedapatan dll. Masukkan nama anda, kemudian ID pelajar/staf dan kata laluan (ID pelajar/staf), klik Hantar. Lihat panduan Akaun Saya

Menyudahkan tugasan anda seperti yang dikehendaki oleh kerja kursus akademik atau pensyarah anda adalah satu tugas kritikal pada setiap semester. Untuk memastikan keperluan ini berjaya, anda perlu memahirkan kemahiran tertentu dalam pengumpulan maklumat dengan menggunakan sumber dan bahan yang disediakan oleh perpustakaan. Untuk membantu anda memahami langkah-langkah yang perlu, anda boleh mendapat idea kasar dari panduan DISINI!.

Kawasan pembelajaran boleh didapati dalam premis perpustakaan secara keseluruhan pada setiap aras. Perpustakaan mempunyai ruang pembelajaran yang berbeza untuk memenuhi keperluan anda, samada anda memerlukan komputer, karel, bilik pembelajaran senyap atau ruang diskusi secara berkumpulan. Kebanyakan ruang duduk adalah bebas untuk diduduki berdasarkan konsep yang terawal akan dilayani dahulu kecuali pada ruang pembelajaran tertentu yang perlu ditempah terlebih dahulu. Ini termasuklah Bilik Pembelajaran Peribadi atau Bilik Perbincangan. Sila dekati Pusat Sehenti Sirkulasi untuk membuat tempahan bilik yang dikehendaki kerana ia juga berdasarkan konsep yang terawal akan dilayani dahulu.

  • Ruang Setempat Sarjana - Satu ruang khas direka bentuk untuk menampung keperluan pelajar Sarjana UUM dimana mereka boleh mempunyai karel pembelajaran atau penyelidikan peribadi, diskusi berkumpulan atau poin rangkaian. Kebanyakan tempat duduk adalah bebas untuk diduduki dengan konsep yang terawal akan dilayani dahulu dan terletak di Aras Satu, Bangunan Baru PSB.

Pinjaman Antara Perpustakaan

Anda boleh memohon perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan untuk meminjam bahan yang tidak kedapatan didalam perpustakaan dari perpustakaan-perpustakaan lain. Ia akan membantu mengesan bahan-bahan seperti buku, artikel dan prosiding yang dimiliki oleh perpustakaan lain di Malaysia atau pembekal komersil. Anda boleh memohon pinjaman antara perpustakaan sini.

Meja Informasi

Terletak pada Pusat Sehenti Perpustakaan , Pustakawan yang bertugas akan membantu anda dalam setiap permasalahan berkaitan sumber atau perkhidmatan perpustakaan. Semak panduan perkhidmatan pada halaman Meja Perkhidmatan disini.

Untuk memastikan pengalaman yang teratur apabila anda mengunjungi perpustakaan, sila patuhi kod pemakaian UUM sepenuhnya supaya sebarang konflik dapat dielakkan. Staf berhak untuk menegur terhadap mana-mana pelanggaran peraturan atau perlakuan yang boleh menyinggung pengguna lainnya dan mengarahkan anda untuk keluar dari perpustakaan jika ada keperluan.

Kongsi :