Pengaksesan W3C

Penyataan Pengaksesan Laman Web PSB UUM

Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM komited dalam memastikan pengaksesan digital untuk pengguna kurang upaya. Kami secara berterusan menambahbaik keperluan pengguna untuk semua peringkat, dan melaksanakan piawaian pengaksesan yang berkaitan.

Tindakan untuk menyokong pengaksesan

Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM mengambil tindakan berikut untuk memastikan pengaksesan Laman Web PSB UUM:

  • Memasukkan pengaksesan sebagai sebahagian dari penyataan misi kami.
  • Memasukkan pengaksesan dalam polisi dalaman kami.
  • Menyatukan pengaksesan dalam amalan perolehan kami.
  • Melantik pegawai yang mengendalikan pengaksesan dan/atau yang berkaitan.
  • Menyatakan capaian sasaran pengaksesan dan tanggungjawab yang jelas.
  • Memasukkan pandangan pengguna kurang upaya dalam perancangan reka bentu kami

Status Pematuhan

Panduan Pengaksesan Kandungan Laman (WCAG) mentakrifkan keperluan untuk pereka bentuk dan pembangun menambahbaik pengaksesan untuk pengguna kurang upaya. Ia mentakrifkan tiga peringkat pematuhan: Peringkat A, Peringkat AA, dan Peringkat AAA. Laman Web PSB UUM adalah mematuhi sebahagiannya dengan WCAG 2.1 peringkat A. Pematuhan sebahagian ini bermaksud bahawa terdapat beberapa kandungan laman yang tidak mematuhi sepenuhnya keperluan piawaian pengaksesan.

Pertimbangan pengaksesan tambahan

Disebalik objektif kami untuk pencapaian WCAG 2.1 Pematuhan Peringkat AA , kami juga melaksanakan kriteria Peringkat AAA seperti :
a. Imej untuk teks digunakan untuk tujuan dekorasi.
b. Pengesahan semula setelah tamat sesi tidak akan menyebabkan kehilangan data.
c. Sebahagian video mempunyai penafsiran bahasa atau sarikata.

Maklum Balas

Kami mengalu-alukan maklum balas anda terhadap pengaksesan Laman Web PSB UUM. Sila maklumkan kepada kami jika anda menghadapi masalah halangan pengaksesan pada Laman Web PSB UUM:

Keserasian dengan pelayar dan teknologi sokongan

Laman Web PSB UUM di reka bentuk untuk serasi dengan teknologi sokongan berikut:

  • Paparan terbaik pada desktop atau peranti pintar dengan pelayar Mozilla Firefox, Chrome dan IE dengan resolusi 1280 x 768
  • Pemasangan teknologi yang secara meluas diguna pakai dan diedarkan serta menopang pengaksesan

Laman Web PSB UUM tidak serasi dengan:

  • Pelayar terdahulu iaitu lebih dari 3 versi utama
  • Sistem operasi telefon mudah alih terdahulu iaitu lebih dari 5 tahun

Spesifikasi Teknikal

Pengaksesan Laman Web PSB UUM bergantung kepada teknologi berikut untuk berhubung dan kombinasi diantara pelayar web dan sebarang teknologi sokongan atau plugin yang dipasang didalam komputer anda:

  • HTML
  • CSS
  • JavaScript

Teknologi ini digunakan sebagai pematuhan dengan penggunaan piawaian pengaksesan.

Limitasi dan Alternatif

Walaupun dengan usaha kami untuk menjamin pengaksesan terhadap Laman Web PSB UUM, kemungkinan berlaku limitasi tetap ada. Berikut adalah beberapa limitasi, dan kaedah penyelesaian yang disyorkan. Sila hubungi kami jika terdapat isu yang tidak dinyatakan disini.

Limitasi terhadap Laman Web PSB UUM:

  1. Komen pengguna dalam kebanyakan halaman.: Pengguna tidak dibenarkan untuk memberi komen terhadap kebanyakan halaman yang merupakan kenyataan rasmi dari organisasi kerana tiada kepastian dari segi kualiti peyumbang dan atas alasan hak cipta. Walau bagaimanapun kami tetap mengawasi komen pengguna dan diselesaikan dalam masa 2 hari berkerja. Sila gunakan halaman 'Hubungi Kami', perkhidmatan chat atau media sosial jika anda menghadapi sesuatu isu.
  2. Tidak semua video dilengkapi dengan sarikata dan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris: Pengguna mungkin menghadapi masalah untuk memahami kandungan video kerana kebanyakannya adalah terbitan pihak ketiga. Kami dalam proses untuk mengalih bahasa dengan inisiatif sendiri. Buat masa sekarang sila dapatkan seseorang yang boleh membantu pemahaman anda.

Pendekatan Penilaian

Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM membuat penilaian terhadap pengaksesan Laman Web PSB UUM adalah berdasarkan kaedah berikut:

  • Penilaian Kendiri

Aduan Rasmi

Kami akan memberi maklum balas dalam tempoh masa 2 hari berkerja, dan akan memberi penyelesaian terhadap sesuatu isu dalam tempoh masa 7 hari berkerja. Anda berhak untuk membuat aduan kepada pihak Universiti, jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan atau maklum balas kami.


Penyataan ini dihasilkan pada 01 Ogos 2018 dengan menggunakan Alatan Generator Penyataan Pengaksesan W3C.

Perspektif Pengaksesan Laman Web

Apakah Pengaksesan W3C?

Pengaksesan laman web adalah satu amalan inklusif untuk memastikan tiada halangan yang akan mengganggu perhubungan dengan, atau mengakses laman web, oleh pengguna yang kurang upaya. Apabila sesebuah laman web dengan sebaiknya di reka bentuk, dibangunkan dan diedit, pada umumnya ia akan memberi pengaksesan yang setara untuk semua pengguna mendapatkan maklumat dan fungsinya.

Oleh itu, Panduan Pengaksesan Kandungan Laman (WCAG) dibangunkan menerusi proses kerjasama W3C dengan individu dan organisasi di seluruh dunia, dengan matlamat untuk menyediakan piawaian dikongsi secara bersama untuk pengaksesan kandungan laman yang memenuhi keperluan individu, organisasi, dan kerajaan di peringkat antarabangsa.

Definisi

Perkataan kurang upaya di dalam konteks ini bukan sahaja merujuk kepada keperluan mereka yang mempunyai kurang keupayaan dari segi fizikal malah juga sesiapapun tidak mengira kemampuan atau ketidak upayaan masing-masing, perisian atau peralatan. Ia termasuklah mereka yang mengalami masalah kesukaran fizikal dan mental seperti pergerakan, pendengaran, penglihatan atau tidak berupaya untuk memproses maklumat seperti orang biasa; mereka yang menggunakan hanya teks atau skrin yang kecil; mereka yang mengalami penyambungan internet yang perlahan; mereka yang tidak bercakap atau memahami bahasa yang disediakan; mereka yang terganggu oleh sesuatu secara tiba-tiba dan mereka yang masih menggunakan versi pelayar atau sistem terdahulu. Sementara pengaksesan laman web secara mudah boleh diinterpretasikan sebagai satu keupayaan untuk semua tanpa mengira keupayaan untuk terlibat, mengakses, sampai, memasuki atau mengguna dari mana-mana domain di dalam persekitaran atau elemen mereka. Malah jika kita melihat dari sudut lainnya; ia adalah satu proses untuk merekabentuk produk atau perkhidmatan yang boleh digunakan oleh semua seiring dengan keupayaan dan operasi mereka dalam setiap kemungkinan situasi atau keadaan.

Kongsi :