PSB ONLINE: PSB telah berjaya menjalankan satu Bengkel Pemantapan Perpustakaan Akademik kepada semua pustakawan UUM dan beberapa institusi lain, termasuk Universiti Muhammadiah Malaysia Perlis, ANS, UniSHAM, dan lian-lain pada 20 dan 21 Mei 2024 di paras 4, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).
Ini adalah program pertama yang dijalankan oleh Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (diketuai oleh Puan Farhana Abdul Wahab) bagi tahun 2024 yang fokus khas kepada amalan terbaik bagi memantapkan pengurusan perkhidmatan di perpustakaan akademik.
Pembentang adalah terdiri dari Ketua Pustakawan sendiri, YBrs.Profesor Dr. Che Azlan Taib dengan tajuk pembentangan “ Kepimpinan di Pepustakaan “, “Kesedaran Persediaan AI di Perpustakaan” oleh YBrs. Dr. Mohamad Sabri Bin Sinal@Zainal, “Perkhidmatan Maklumat dan Pengguna” oleh Cik Hanie Azyyanti Abdul, “Pengurusan Perolehan Bahan dan Pangkalan Data” oleh Puan Rahimah Ishak, “Meningkatkan Pengalaman Pengguna Melalui Perkhidmatan Automasi Perpustakaan” oleh Puan Mazyana Hashim, “Sistem Pengkomputeran Perpustakaan” oleh Puan Siti Noraini Ismail, “Statistik di Perpustakaan” oleh Puan Zuraidah Darus dan “Metadata” dibentangkan oleh Cik Darina Khairil Anwar.Bengkel sepanjang dua hari ni telah memberi refreshment kepada semua pustakawan yang hadir dengan pendedahan kaedah dan approach yang terbaik dalam menguruskan perkhidmatan di perpustakaan akademik kepada pengguna. Kepentingan kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan perkhidmatan perpustakaan yang diketengahkan oleh Dr. Mohamad Sabri menjadi tumpuan perbincangan kerana AI boleh diaplikasikan dalam menawarkan perkhidmatan perpustakaan kepada generasi sekarang, terutama generasi Z dan alfa.
AI boleh memudahkan pengesanan bahan-bahan perpustakaan dan boleh diolah sehingga pengguna perpustakaan boleh mendapat maklumat dikehendaki dengan pantas, tepat dan dalam format digital serta lebih menarik dan juga boleh dicipta dalam mod interaktif. Panduan kepada penggunaan sumber-sumber ilmu dan semua kemudahan fizikal perpustakaan boleh dicipta menggunakan virtual reality (VR) dan augmented reality (AUG) bagi meningkatkan minat dan keinginan pengguna perpustakaan kepada sumber-sumber ilmu berkualiti yang disediakan oleh perpustkaan.