Latar Belakang Prof. Emeritus Dato' Mohd Yusof Hasan
Kelahiran
- 20 Januari 1940
- Hosba, Jitra, Kedah.
Pendidikan
- Sekolah Melayu Hosba, Jitra, Kedah.
- Sekolah St. Michael (Swasta), Alor Setar, Kedah.
- Pusat Latihan Harian (Day Training Centre)
- Cert. Ed (Perguruan)
- Peperiksaan MCE (Persendirian)
- Peperiksaan HSC (Persendirian)
- Universiti Malaya, Kuala Lumpur
- Diploma Pendidikan (Dip. Ed)(Perguruan)
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) B.A. (Hons) Pengajian Melayu
- Latihan Ilmiah "Novel-Novel Shahnon Ahmad: Kajian dari Sudut Psikologi".
- Universiti Sains Malaysia
- Ijazah Sarjana (M.A) Kesusasteraan Moden
- Tesis "Bahasa Daerah Dalam Karya Shahnon Ahmad".
- Ijazah Sarjana (M.A) Kesusasteraan Moden
- Australia National University (ANU), Canberra
- Ph.D (Kesusasteraan Moden)
- Tesis "Novels of the Troubled Years: Works of Shahnon Ahmad 1965-1978".
- Ph.D (Kesusasteraan Moden)
Kerjaya
- Guru
- Sek. Keb. Tunjang, Jitra, Kedah.
- Sek. Men. Air Hitam, Jitra, Kedah.
- Sek. Men. Pulau Nyior, Jitra, Kedah.
- Sek. Men. Dato' Syed Omar, Alor Setar, Kedah.
- Tutor Universiti Sains Malaysia
- Pensyarah Universiti Sains Malaysia
- Profesor Madya Universiti Utara Malaysia
- Profesor
- Universiti Utara Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Profesor Emeritus Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pengalaman Pengurusan Universiti
- Timbalan Dekan SBPS, Universiti Utara Malaysia.
- Dekan SBPS, Universiti Utara Malaysia.
- Pengarah Penerbit Universiti Utara Malaysia.
- Pengarah Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
- Felo Penyelidik Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
- Bapa
- Hasan Alang
- Ibu
- Wan Pah Wan Ahmad
- Isteri
- Datin Hajah Fatimah Haji Saad
- Anak
- Fahainis
- Shafiz Affandi
- Shafiza Nawal
- Siti Ilyana
- Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (SPB4L)
- Luhur
- Lahir
- Logik
- Lateral
- Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K)
- Konsep Pemikiran Kerohanian
- Konsep Pemikiran Kebitaraan
- Konsep Pemikiran Kesaintifikan
- Konsep Pemikiran Kekreatifan
- Kesimpulan
- Teori yang diperkenalkan bukan hanya boleh digunakan dalam bidang sastera malah boleh digunapakai dalam bidang politik, sains dan lain-lain untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
- Teori SPB4L dan SPB4K boleh digarap, dikembang, dan mencari titik-titik pemantapan dan pemurnian dalam usaha untuk berada di persada jutaan teori pemikiran dan sastera
- Sebagai manusia juga kita sepatutnya mempunyai keempat-empat jenis pemikiran tersebut untuk memandu kita ke arah kehidupan yang sejahtera dan kita seharusnya mempunyai kepercayaan agama, minda yang bijak dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri, mempunyai kemampuan berfikir secara logik dan benar disertai fakta yang kukuh dan bernas, serta mempunyai kemampuan berfikir secara kreatif.
- Bintang Khidmat Masyarakat (B.K.M) pada tahun 1986
- Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) pada tahun 1998
- Tokoh Guru Kedah pada tahun 1998
- Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1998
- Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 2000
- Gelaran Profesor Emeritus Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2009
- Anugerah Buku Terbaik Malaysia (Bidang Tamadun) Minda Melayu Global pada tahun 2014
- Anugerah Buku Negara Kategori Buku Umum Terbaik (Tokoh Pendidikan) Awang Had Salleh: Legenda Pendidikan Global Malaysia pada tahun 2019
Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah khazanah ilmu ini.....
Marilah kita mencari erti pekerti....
Membina perawakan dan perwatakan
Nasib bangsa, negara dan nusa
Marilah kita membuat perhitungan
Memperkembangkan sains dan sastera....
Marilah kita mencari ceria deria.....
Dengan tidak menzalimi diri sendiri
Pada penentuan kesejahteraan hidup
Kita di sini dan kita di sana
Abad 21 Alaf baru menjelang tiba
Zaman IT Y2K Internet Intranet
Bersama nada nadi virtual, siber dan maya
Memasuki era globalisasi dan pasca modernisma
Bersama Megatrend Asia dan Wawasan Malaysia
Dengan projek raksasa negara
Koridor Raya Multimedia kecanggihan teknologi tinggi
Demi anjakan paradigma dan pemikiran futuristis
Bagi menangani perubahan demi perubahan
Sesungguhnya, demi masa depan penuh cabaran
Perpustakaan Sultanah Bahiyah ini menumpang arus pembangunan
Bersama visi dan misi gagasan negara
Untuk kesejahteraan ummah bersama!
Semoga..... Terbinalah sebuah tugu naluri cintakan ilmu
Di persada negara tercinta
Damailah Perpustakaan Sultanah Bahiyah bertuah ini
Dalam dakapan kasih kemanusiaan
Dalam mencari cinta kesejagatan
Penuh makna kedamaian dan kebahagian bersama.
Nukilan:
Prof. Dr. Mohd Yusuf Hasan
*Semua maklumat disediakan oleh Unit Pembangunan Koleksi Khas. Sebarang pertanyaan hubungi 04-9283667.