![](https://library.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/03/Santun-Profesor-Web-2.jpg)
Latar Belakang
Santun Profesor
Santun Profesor merupakan sebuah program siri syarahan yang disampaikan oleh profesor di Universiti Utara Malaysia dengan Kerjasama Majlis Profesor UUM (MPUUM).
MPUUM ialah majlis yang terdiri daripada ahli profesor universiti yang mengumpulkan dan mewakili suara profesor di Universiti Utara Malaysia. Kewujudan MPUUM adalah untuk menyokong UUM dalam mencapai matlamat utamanya untuk menjadi universiti pengurusan terkemuka global. Sejak penubuhannya pada tahun 2001, MPUUM sentiasa menitikberatkan usaha meningkatkan imej, keterlihatan dan kualiti ahli akademik di Universiti Utara Malaysia. Atas semangat kolegiati, MPUUM bercita-cita untuk menjadi badan dalaman UUM yang membantu menggerakkan semangat dan aktiviti akademik UUM.
Atas dasar itu, perpustakaan mengambil pendekatan untuk memfokuskan kepada profesor UUM untuk perkongsian ilmu pengetahuan dengan penganjuran siri syarahan dalam pelbagai topik yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat sejagat.
Tujuan program ini adalah untuk:
- Memberikan pendedahan kepada pelajar, staf, pensyarah dan komuniti tentang isu semasa yang bermanfaat.
- Menyuburkan budaya perkongsian ilmu dan pemikiran.
- Menyalur dan menyebarluaskan ilmu pengetahuan berkaitan isu semasa di kalangan staf, pensyarah dan komuniti.
- Meningkatkan bilangan program akademik sesuai dengan moto UUM, iaitu, “Ilmu. Budi. Bakti.”
Santun Profesor Siri 11:
Mengakar ke Bumi, Menggapai ke Langit: Universiti untuk Masyarakat
Prof. Dr. Russayani Ismail
UUM College of Arts and Sciences
Santun Profesor Siri 9:
Persilangan Kecerdasan Buatan & Manusia: Mediasi Pembelajaran Melalui Teknologi
Prof. Dr Fauziah Abdul Rahim
UUM College of Arts and Sciences
Santun Profesor Siri 8:
Kewujudan Tuhan: Satu Bicara dari Sudut Pandangan Falsafah Islam
Prof. Dr. Shukri bin Ahmad
UUM College of Arts and Sciences
Santun Profesor Siri 7:
Keusahawanan Pelajar & Pendigitalan
Santun Profesor Siri 6:
Memaknai Kemerdekaan Malaysia: Peranan Generasi Milenial dalam Pembinaan Negara Bangsa
Prof. Dr. Ahmad Martadha Bin Mohamed
UUM College of Law, Government and International Studies
Santun Profesor Siri 5:
Sains Pilihan Raya: PRN2023
Prof. Dr. Mohd. Azizuddin bin Mohd Sani
UUM College of Law, Government and International Studies
Santun Profesor Siri 4:
Implikasi gaya Komunikasi Anda
Prof. Dr. Che Su Binti Mustaffa
UUM College of Arts and Sciences
Santun Profesor Siri 3:
Personaliti & Kerjaya
Prof. Dr. Noor Azniza Binti Ishak
UUM College of Arts and Sciences
Santun Profesor Siri 2:
Menyemarak Kasih Antara Kampus Dan Komuniti
Prof. Dr. Abdul Halim B Abdul Majid
UUM College of Business
Santun Profesor Siri 1:
Masyarakat Tanpa Tunai: Peluang, Cabaran Dan Realiti Semasa Di Malaysia.
Prof. Ts. Dr. Suhaidi B Hassan
UUM College of Arts and Sciences