KUALITI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PERLU DITINGKATKAN BAGI MENGHADAPI CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0

22 Februari 2018 – Satu Majlis Amanat Ketua Pustakawan 2018 telahpun berlangsung pada jam 9.00 hingga 11.30 pagi yang bertempat di Auditorium 2, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Ketua Pustakawan, Encik Salleh Hudin Mustaffa seterusnya menghadiahkan Al-Fatihah kepada beberapa rakan-rakan yang pernah bertugas di PSB yang telah dijemput Ilahi beberapa tahun yang lalu. Beliau mengingatkan staf tentang Visi dan Misi PSB yang telah diamalkan sejak beberapa tahun yang lalu serta penambahbaikan yang perlu dilakukan sejajar dengan perubahan dan cabaran teknologi terkini dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 seperti yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Beliau turut membentangkan prestasi perpustakaan dari aspek kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tahun 2015 dan 2016.

Dalam ucapannya, beliau menekankan prinsip “to provide the best education system in the world” perlu diikuti oleh PSB dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna. Hala tuju masa hadapan PSB perlu berdasarkan konsep “participatory library, meaningful space, embedded space, and new infrastructure” agar sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran, ujarnya lagi. Penyediaan ruang pembelajaran perpustakaan masa hadapan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak pengguna yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa seperti kemudahan WIFI, perpustakaan sebagai tempat belajar, membuat penyelidikan, perbincangan, bersosial, bersantai dan sebagainya.

Sejajar dengan aspirasi KPT, proses pembelajaran dan pengajaran yang menuju ke arah Revolusi Industri 4.0 perlu mencakupi segala aspek teknologi yang bukan sahaja memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini malah perlu melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing. Oleh yang demikian, PSB juga perlu melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan agar setaraf dengan peningkatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di akhir ucapan , beliau menyeru warga PSB agar dapat menjadikan PSB sebagai “Perpustakaan Tanpa Sempadan”.

Disediakan oleh: Norashikin Ibrahim

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

25total visits,2visits today