KUNJUNGAN UIAM KE PSB ERATKAN SILATURAHIM

Seramai 6 orang pegawai daripada Perpustakaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Ini merupakan salah satu siri lawatan kerja yang dijalankan oleh Perpustakaan UIAM di kawasan utara semenanjung. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Basri Hassan, Ketua Pustakawan UIAM. Ketibaan mereka telah disambut oleh Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Penolong Pustakawan dan diiringi oleh pegawai-pegawai PSB yang lain.

PSB memulakan majlis dengan menyampaikan taklimat umum mengenai perpustakaan dan seterusnya sesi soal jawab .Kunjungan ini bukan sahaja bertujuan memenuhi objektif penandaarasan malah ianya membuka ruang kepada kedua-dua buah institusi ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan amalan-amalan terbaik bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan di jabatan masing-masing.

Tetamu juga berpeluang melawat ke bahagian-bahagian di PSB seperti Bahagian Automasi, Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat, Koleksi Tun Mahathir, Koleksi Khas dan Media serta Arkib bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai sistem pengurusan, pelaksanaan tugas dan perkhidmatan serta proses-proses kerja di PSB. Lawatan ini berakhir pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh: Isanuddin Bidin
Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

100total visits,3visits today