KURSUS ASAS MICROSOFT EXCEL TINGKATKAN SKIL ANALITIKAL STAF

PSB Online  –  Jika antara senarai tugas anda memerlukan anda untuk menyiapkan laporan statistik Unit atau Bahagian Jabatan anda, kemahiran menggunakan Microsoft (MS) Excel semestinya akan sangat membantu dalam menyelesaikan tugasan tersebut. Secara umumnya, program MS Excel  membantu dalam memudahkan pengguna untuk menyusun, menghitung, mengolah dan menganalisa data-data keperluan dalam penyediaan laporan statistik pejabat. Untuk itu, Unit Latihan dan Kualiti Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan satu Kursus Microsoft (MS) Excel peringkat asas pada 03 November 2020 yang lalu  bertempat di Makmal  2, Bangunan Tambahan PSB.

Kursus yang mengambil masa sehari bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang ini telah dihadiri oleh seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada Pembantu Pustakawan dan Pembantu Tadbir (P/O) dari pelbagai Bahagian  di  PSB. Antara staf yang terlibat adalah dari Bahagian Sumber Ilmu, Bahagian Perkhidmatan Pengguna, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Maklumat Ilmiah, Bahagian  Perkhidmatan Pengurusan dan Bahagian Muzium Pengurusan. Objektif kursus ini adalah supaya para peserta dapat menyediskan laporan statistik bulanan menggunakan  program Excel sepenuhnya  terutama sekali  sekiranya laporan berkenaan mengandungi hitungan nombor dan kumulat.

Kursus ini telah dikendalikan  sepenuhnya  oleh Puan Zuraidah Darus, Pustakawan Kanan  merangkap Ketua Unit Sistem Komputer Perpustakaan, Bahagian Sistem Maklumat, PSB. Menurut Puan Zuraidah “kursus ini adalah lebih kepada refreshment tentang asas MS Excel kepada  semua  peserta memandangkan hampir kesemua peserta pernah menghadiri kursus  asas sebegini sebelum ini. Tambah beliau, “saya juga akan berkongsi beberapa  teknik dan tips  MS Ecxel versi terbaharu, iaitu Microsoft Excel  17.” Seterusnya  dengan kaedah hands-on, semua peserta  memulai kursus dengan pengenalan kepada fungsi-fungsi asas MS Excel dan  dibimbing  untuk aktiviti seperti  rename sheet, fill series, formula bar,  fungsi upper, merge and center, data validation, find and replace dan pivot table.

Di penghujung kursus, Puan Zuraidah turut memberi pendedahan secara ringkas tentang  cara membuat google form sendiri sekiranya peserta  diberi tugasan untuk mendapatkan dan mengumpul statistik sesuatu acara seperti kehadiran dan lain-lain kelak. Menurutnya, kaedah secara elektronik  ini dapat menjimatkan penggunaan kertas dan seterusnya membantu menyelamatkan alam sekitar.

Kursus ini tamat pada pukul 4.30 petang dan berdasarkan penilaian yang dibuat sesama peserta, kursus ini amat berguna dan sesuai dijalankan bagi tujuan ‘refreshment course’ khususnya  kepada staf  sokongan PSB.

 

Disediakan oleh : Azniza Ahmad

Gambar :  Azniza Ahmad dan Izhar Hj. Hashim

Share :