LAWATAN MESRA PSZ UTM KE PSB

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima satu lawatan mesra daripada Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2 Oktober 2019, jam 8.30 pagi.

Seramai 4 orang pustakawan telah hadir iaitu Puan Noraziah Sharuddin, Ketua Pustakawan PSZ, Puan Nor Asikin Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan PSZ, Encik Mohd Razib Karno, Ketua Bahagian Automasi dan Puan Khairulbahiyah Yaakub, Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan. Turut menyertai  kumpulan audit OSH UUM ini ialah Razak Siamin, Timbalan Ketua Pustakawan PSB. Tujuan lawatan ini  diadakan adalah untuk melihat perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di PSB disamping menikmati keindahan persekitaran PSB umumnya. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Academic Common, Postgraduate Common, InfoCommon, Auditorium, Koleksi Umum, dan Koleksi Khas dan Media.

Lawatan  audit ini berakhir pada pukul 11.00 pagi.

 

Disediakan dan gambar oleh : Hanie Azyyati Abdul Jamil

Share :