LAWATAN PEER REVIEW TEAM (PRT) AKREDITASI AACSB KE PSB

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) merupakan salah satu pusat tanggungjawab yang terpilih dalam ‘campus tour’ oleh akreditasi The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) baru-baru ini. Prof. Dr. Michael Powell selaku Pengerusi Peer Review Team (PRT) dan Pro Naib Canselor Griffith Business School, Griffith University, Australia telah mengunjungi PSB bagi melihat sendiri kemudahan fasiliti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh PSB dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di UUM. Lawatan yang berlangsung hampir satu jam ini turut disertai oleh Encik Salleh Hudin Mustafa, Ketua Pustakawan PSB dan beberapa pegawai PSB yang lain. Antara lokasi yang dilawati beliau adalah ruang bacaan, one stop center, academic dan post graduate common serta koleksi perpustakaan. Sepanjang sesi lawatan, beliau kelihatan amat teruja dan kagum dengan kemudahan yang disediakan PSB. Ini dapat dilihat melalui catatan beliau di dalam buku rekod pelawat PSB dengan komennya ‘very spacious and well eqquiped’.

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil
Gambar oleh: Sakinah Zainol

22total visits,1visits today