“PENGALAMAN MENDEWASAKAN USIA” : CORETAN OLEH PELAJAR PRAKTIKUM PSB (FEB – JUN 2017)

5 bulan yang lepas, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima seramai 5 orang pelajar praktikum daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) bermula Februari sehingga Jun 2017. Berikut adalah sedikit coretan pengalaman mereka sepanjang berada di sini.

Coretan 1 : Ainnatul Husna Binti Tan Halid                            

                “Assalamualaikum..

 Pelbagai pengalaman dan pengetahuan saya dapati secara langsung dan tidak langsung sepanjang 5 bulan menjalani latihan praktikum di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Bermula pada 1 Februari 2017 saya menerima sambutan yang ramah daripada semua staf perpustakaan yang tidak lokek berkongsi ilmu mengenai jalan kerja di perpustakaan. Saya juga mendapat penerangan daripada Ketua Pustakawan PSB sendiri iaitu    Encik Salleh Hudin Mustaffa mengenai visi, misi, piagam pelanggan dan carta organisasi perpustakaan. Saya menjalani tempoh orientasi selama sebulan dan dapat meneroka semua bahagian yang terdapat di perpustakaan ini. Setelah tamat tempoh orientasi saya telah ditempatkan di tiga bahagian terpilih iaitu Bahagian Teknik, Bahagian Automasi dan Bahagian Arkib. Saya menerima pelbagai tunjuk ajar daripada pegawai dan staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, saya juga mendapat bimbingan sepanjang merangka projek yang mempunyai kebaikan kepada perpustakaan. Di samping itu, saya juga dapat menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan. Kesimpulannya, pelbagai ilmu, pengalaman dan pengetahuan yang cukup berharga saya dapati sepanjang tempoh 5 bulan di sini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Saya menamatkan tempoh latihan praktikal pada 29 Jun 2017.”

Coretan 2 : Fatin Suri Binti Shukor

                “First and foremost, all praises to Allah SWT for making this possible – for giving me strength to do my internship along finishing my degree, for the good health and opportunity. Ultimately, without His consent all above would be impossible. Being an internship student teached me a lot about the real life – even someone would make it specifically only just on working environment. However, for myself it teaches me wholely as a grown up. To put into words; I need to deal with tasks but along the tasks I need to deal with people. All those people that are older than me – that some of them might even be the same age as my mother   and father. Thats the real deal, since you know you have some knowledge, but they have the experience that you dont – and its where the humble process took place. I learned in more practical way applying all the information into reality. What you learned by books and now you need to take along your understandings and imaginations on how to carry it out. I am forever grateful to all officers, staffs and my intern friends for giving me a lot of assist and for putting trust on me. Without the guidance I might just float around and clueless. All I wish, that this organization would stay strong as how it is, the bless be upon everyone and last but not least, thank you so much for this opportunity.”

Coretan 3 : Nur Adila Wahida Binti Adam

                 “Saya telah ditempatkan di tiga bahagian iaitu bahagian pemerosesan teknik, bahagian sirkulasi dan perkhidmatan pembaca dan juga bahagian sistem komputer perpustakaan. Sepanjang berada di bahagian pemerosesan teknik, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan “data cleaning” bahan siri dimana proses “data cleaning” adalah proses untuk menukarkan data bibliografi bahan perpustakaan daripada standard MALMARC kepada standard MARC 21, manakala di bahagian sirkulasi dan perkhimatan pelanggan, saya ditugaskan untuk membuat “retagging” bahan buku. Di bahagian terakhir sekali iaitu Bahagian Sistem Komputer Perpustakaan, saya ditugaskan untuk membuat “data cleaning” bahan siri.   Keseluruhan tugasan-tugasan ini dapat memberi pendedahan yang lebih jelas secara praktikal.”

Coretan 4 : Nadhirah bt Ahmad Nazam

                “Sepanjang menjalani latihan praktikal di PSB, saya telah ditempatkan di tiga unit berbeza.   Saya ditempatkan di Bahagian Sistem Komputer Perpustakaan, Bahagian Arkib dan Bahagian Pemerosesan Teknik. Di Bahagian Sistem Komputer Perpustakaan, saya mendapat ilmu-ilmu baru yang berbeza daripada apa yang saya pelajari di Universiti. Ianya merupakan pengalaman yang berharga bagi saya dan tidak akan saya lupakan. Selain itu, di Bahagian Arkib saya didedahkan dengan aktiviti – aktiviti yang berbeza dan sangat menarik. Aktiviti seperti “capsule” bahan dapat membantu saya memahami cara dalam memelihara bahan    agar bahan tidak rosak kelak. Bahagian terakhir yang saya ditempatkan ialah Bahagian Pemerosesan Teknik. Disini saya ditugaskan untuk melakukan “data cleaning” bagi bahan bersiri. Tugasan ini amat membantu saya dalam memahami katalog seterusnya memberi saya peluang untuk mempraktikkan apa yang saya telah belajar di Universiti. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung.”

Coretan 5 : Nur Diana Bt Awang

                “Assalamualaikum w.b.t .

               Sepanjang berada di sini, saya telah ditempatkan di bahagian yang berbeza iaitu di Bahagian Sirkulasi dan Perkhidmatan Pembaca, Bahagian Pemerosesan Teknik dan Bahagian Arkib. Di bahagian Sirkulasi, saya telah diajar untuk membuat proses “retagging ” pada bahan–bahan di koleksi undang-undang. Selain itu, saya juga diajar untuk membuat “original cataloging” dan “copy cataloging” serta diberi tugasan untuk membuat “ data cleaning” bagi bahan bersiri berdasarkan standard MARC 21 semasa ditempatkan di Bahagian Pemerosesan Teknik. Di Bahagian Arkib, saya diberi tugas seperti membuat keratan akhbar mengenai UUM, pendaftaran majlis-majlis atau aktiviti-aktiviti di sekitar UUM dan pencarian curricular vitae (CV). Antara projek yang saya bangunkan untuk penambahbaikan PSB ialah seperti membuat brosur untuk akses ke ‘pangkalan data’, e-thesis dan APA reference style. Selain itu, saya juga terlibat dalam pembangunan laman web pusat islam dan penambahbaikkan bagi sudut kanak- kanak. Banyak benda baru yang saya pelajari sepanjang berada di sini dimana sebelum ini saya hanya belajar teori sahaja dan di sini saya dapat mempraktikkannya di dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Kakitangan PSB sangat mesra dan mudah didekati untuk sebarang pertanyaan dan perbincangan , malah mereka juga sangat pemurah. Aktiviti – aktiviti yang disediakan juga menjadikan saya dan pelajar praktikal yang lain dapat mengenali kakitangan PSB dengan lebih rapat. Antaranya ialah seperti aktiviti menjelajah Hutan Sintok, menguruskan aktivti Pesta Buku Utara, bengkel- bengkel literasi maklumat, penyediaan bubur lambuk , dan banyak lagi. Oleh itu, banyak memori yang tercipta di antara kami semua. Jasamu dikenang”

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani praktikum di PSB dapat memberi pendedahan yang bermanfaat kepada semua pelajar-pelajar ini dalam menempuh bidang pekerjaan kelak.

Diedit oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

40total visits,5visits today