PSB UMUM PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO 5S

29 April 2019 – Baru-baru ini, Jawatankuasa Induk 5S Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan satu Pertandingan Mencipta Logo 5S PSB. Penganjuran ini adalah terbuka kepada semua staf PSB dan ianya adalah untuk memberi nafas baharu kepada Logo 5S di PSB.

Pertandingan ini telah bermula pada 17 Mac 2019 (Ahad) sehingga 31 Mac 2019 (Ahad) dan telah menerima sebanyak 8 penyertaan dengan 42 rekabentuk logo untuk dinilai oleh jawatankuasa pertandingan. Penilaian oleh jawatankuasa adalah seperti berikut iaitu hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih dan penilaian logo adalah dikira daripada rekaan paling asli, kreatif, menepati kriteria 5S dan tema ‘Imej Korporat’. Semua penyertaan perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

En. Mohd Shazwan Nabil Shukor telah berjaya dipilih menjadi pemenang dalam pertandingan ini dimana hasil kreativitinya telah berjaya menambat hati juri serta memenuhi segala syarat pertandingan yang telah ditetapkan. Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah telah diadakan pada sesi taklimat ringkas bersempena aktiviti Gotong-Royong Perdana yang berlangsung pada 29-30 April yang lalu. Pemenang telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100. Hadiah telah disampaikan oleh En. Razak Siamin, Timbalan Ketua Pustakawan bertempat di Auditorium 1, Bangunan Utama, PSB.

Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Shazwan Nabil Shukor kerana telah berjaya menjadi pemenang pertandingan ini. Semoga dengan terciptanya logo 5S ini ianya dapat memacu amalan 5S yang berterusan di kalangan warga PSB dan seterusnya dapat menyediakan persekitaran yang kondusif dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

6total visits,1visits today