SESI ORIENTASI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI BERSAMA KETUA-KETUA BAHAGIAN PSB SECARA ATAS TALIAN

PSB Online – Berikutan penutupan Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berkuatkuasa pada 5 Oktober 2020 ekoran peningkatan kes Kluster Bah Sintok, semua warga UUM telah diarahkan untuk bekerja dari rumah (BDR) bagi mengekang penularan wabak ini.

Turut sama terkesan dengan arahan ini adalah pelajar latihan industri daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baru sahaja melaporkan diri di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada 1 Oktober 2020 yang lalu. Mereka adalah saudara Cik Fatimah Az-Zahra Bt Zainudd-Din, Cik Nur Imanina Najwa Bt Ruslie dan En. Muhamad Ammar Miqdad Bin Muhamad Supri.

Walaubagaimanapun, dengan menggunakan aplikasi Webex, sesi orientasi pelajar latihan industri bersama Ketua-ketua Bahagian dan juga Unit dapat diteruskan seperti biasa. Dianjurkan oleh Unit Latihan dan Kualiti, sesi ini telah berjaya diadakan bermula pada 13 sehingga 15 Oktober 2020.

Sebanyak 5 sesi telah diadakan dengan sesi pertama adalah bersama Bahagian Sistem Maklumat oleh En. Norhardi Saad sebagai “host” mesyuarat. Manakala sesi kedua pula adalah bersama Bahagian Sumber Ilmu dikendalikan oleh Pn. Rahimah Ishak. Sesi ketiga bersama Cik Mazyana Hashim dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan dan sesi keempat adalah bersama Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Maklumat Ilmiah yang dikendalikan oleh Cik Hanie Azzyati Abd Jamil. Untuk sesi terakhir iaitu sesi kelima adalah bersama Pn. Hasma Harun dari Bahagian Arkib Universiti.

Pelajar-pelajar ini telah didedahkan tentang struktur, objektif dan carta organisasi beserta fungsi di setiap Bahagian yang terdapat di PSB. Segala tumpuan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka sepanjang sesi orientasi ini berlangsung adalah amat dihargai. Semoga mereka dapat menjalani sesi latihan industri mereka dengan sukses dan cemerlang kelak.

 

Disediakan ole: Noraini Alias

Gambar oleh: Ku Rosyidi Ku Md Razi

Share :