SUPER GIRLS DINOBAT JUARA ‘CHORAL SPEAKING 2020’

16 Februari 2020 – Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Super Girls dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu atas kejayaan merangkul gelaran Juara Pertandingan ‘Choral Speaking 2020’.

Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula jam 9.00 pagi. Seramai 9 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini dengan pelbagai tajuk dan kehebatan masing-masing.

Walaubagaimanapun, kejayaan adalah milik kumpulan Super Girls dengan tajuk mereka ‘Malaysia United’ yang telah memberikan persembahan yang cukup mantap dan kreatif sehingga menarik minat juri untuk memberikan markah tertinggi. Naib juara pula jatuh kepada Kumpulan The Hawks dari SMK Hosba dengan tajuk ‘The Colours of Malaysia’. Manakala tempat ketiga pula adalah milik Kumpulan Sintokian Soundwaves dari SMK Bandar Baru Sintok dengan tajuk ‘The Amazing Malaysia’. Kumpulan ini juga turut memenangi Anugerah Konduktor Terbaik yang dimenangi oleh Adik Amir Khuzairi Hasbullah. Ketiga-tiga kumpulan pemenang ini telah membawa pulang sebuah trofi berserta hamper. Turut bertanding adalah peserta dari SMK Tanjung Pauh, SMK Changlun, SMK Seri Mahawangsa, SMK Jerlun, SMK Tunku Bendahara, dan juga SMK Bandar Baru Darul Aman.

Jutaan ucapan tahniah juga perlu diberikan kepada Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat PSB beserta urusetia yang terlibat dalam merealisasikan penganjuran pertandingan ini. Semoga aktiviti penglibatan bersama komuniti sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

Share :