TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG

PSB Online: Pertukaran staf antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam sesebuah organisasi seperti Universiti Utara Malaysia (UUM).

Berkuatkuasa pada 13 September 2020, 2 orang staf Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah diarahkan untuk bertukar PTJ.  Mereka yang terlibat adalah En. Samsuhaimi Bin Ghazali yang telah diarahkan bertukar ke Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz dan En. Mohammad Azli bin Azmi yang juga telah diarah bertukar ke Pusat Pengajian Ekonomi,Kewangan dan Perbankan. Pertukaran ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta kepelbagaian kemahiran dan ilmu pengetahuan kepada staf terlibat sepanjang kerjayanya.

Walaupun terasa kehilangan, namun semua warga PSB mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan serta selamat maju jaya walau di mana sahaja mereka berada. Sepanjang perkhidmatan, terlalu banyak memori yang terpahat di PSB serta kenangan bersama rakan-rakan. Segala jasa dan sumbangan mereka pastinya akan dikenang dan dihargai sepanjang hayat kerana sesungguhnya mereka adalah pekerja yang cemerlang dan berdedikasi. Menghargai jasa-jasa mereka, satu majlis perpisahan secara tertutup telah diadakan di Bahagian masing-masing yang melibatkan Bahagian Perkhidmatan Pengurusan  dan juga Bahagian Perkhidmatan Pengguna.

Ibarat “Patah tumbuh hilang berganti”, PSB juga amat berbesar hati serta turut mengucapkan selamat datang kepada pengganti mereka iaitu En. Mohd Rafaei Bin Md Tahir dan En. Mohammad Alwi Bin Awang Minai ke PSB. Semua warga PSB mengalu-alukan kehadiran mereka menjadi sebahagian daripada keluarga besar PSB.

Semoga kesemua mereka akan terus sukses dan maju jaya di tempat baharu.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Unit Arkib Media dan Izhar Hashim

Share :