TUAN HAJI ABU HASSAN GHAZALI MENGAKHIRI TUGAS SELAKU KETUA JABATAN AUTOMASI DI PSB

26 September 2016 – Tuan Haji Abu Hassan Ghazali, Ketua Penolong Pustakawan (S48) merupakan hari terakhir beliau bertugas selaku Ketua Jabatan Automasi di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) seterusnya menamatkan perkhidmatannya sebagai staf Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau yang telah berkhidmat selama 23 tahun sebelum ini akan menyambung perkhidmatannya sebagai Pustakawan (S52) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Turut hadir bersama Tuan Haji Salleh Hudin Mustaffa,Ketua Pustakawan dan pegawai – pegawai serta warga PSB. Pihak perpustakaan tidak ketinggalan merakamkan saat-saat akhir beliau berkhidmat di sini.

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abu Hassan Ghazali dan jasamu sentiasa dikenang oleh semua warga atas sumbangan dan bakti di PSB khususnya dan UUM am nya.

Buah pauh delima batu,

Anak semilang di tapak tangan;

Walau jauh di negeri Terengganu,

Hilang di mata,di hati jangan.

Oleh: Isanuddin Bidin
Gambar oleh: Samsuhaimi Ghazali

56total visits,2visits today